Student zaman sekarang bukan macam zaman saya dahulu masa 10 tahun lalu. Zaman sekarang orang buat dua kerja bukan satu perkara yang pelik. Zaman sekarang sudah zaman internet. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia memang mempunyai smartphone dan pasti ada sambungan internet. Jadi bila sudah ada kemudahan dan juga peluang, maka sudah tentulah untuk mencari kerja tambahan untuk tambah buat bukannya sesuatu yang sangat sukar. Saya tidak katakan ianya mudah tetapi ianya bukanlah suatu yang sangat sukar. Ada peluang untuk anda buat dan jana duit bagi anda yang mahu mencarinya samada secara online mahupun offline. Berminat?
Apa yang bakal saya share dan kongsikan ini bukan untuk anda yang bergelar pelajar, student atau mahasiswa sahaja. Anda yang orang biasa pun boleh. Kita sama sama bantu. Saya bukan seorang pakar. Tetapi ada sedikit ilmu yang boleh saya kongsikan. Anda baca dan buat kalau setuju. Kalau tidak setuju tidak boleh buat apa. Tahukah anda, jika anda seorang yang terlalu fokus kepada tawaran bisnes secara offline sahaja, maka usaha anda memang kena betul betul hebat. Lagi hebat kalau anda boleh lakukannya dengan menggunakan kemudahan teknologi internet. Saya faham, sesetengah orang kurang berminat, tetapi anda boleh mencuba kalau mahu.

Sistem buat duit dengan topup yang popular di Malaysia iaitu Reload King
Jenis Kerja Part Time Ketika Belajar
Bisnes Topup – kalau anda seorang pelajar dan tinggal di asrama. Tahukah anda yang kebanyakkan pelajar memang akan menggunakan simkad jenis prepaid. Masa zaman belajar anda bukan perlukan duit sampai ribuan ringgit pun. Anda dapat RM100 sebulan pun saya pasti anda sudah bersyukur. Bayangkan anda boleh jadi tokan, supplier kepada topup simkad telefon. Ramai orang mahu topup dan “mungkin” mendapatkan penjimatan dari anda. Siapa yang tidak mahu topup simkad mereka melalui anda. Mudah, cepat dan murah. Cubalah. Modal pun percuma.

Saya beli dan langgan simkad postpaid RedOne
Bisnes Simkad – tahukah anda, diluar sana terdapat beberapa jenis simkad yang memberikan peluang kepada anda untuk menjana income secara aktif dan juga pasif. Contohnya simkad seperti Tone Excel, OneXOX, RedOne dan lain lain. Setiap jualan simkad jimat pun anda sudah dapat duit. Setiap kali orang topup pun anda boleh dapat duit. Malah rangkaian anda berkembang pun anda boleh dapat duit. Menarikkan? Modal kena ikut jenis simkad yang anda promosikan.

Pandangan sisi reka bentuk penapis air Coway model Villaem
Bisnes Penapis Air – tahukah anda di pasaran Malaysia sekarang ada banyak jenis penapis air. Yang popular ada 3 iaitu Chungho, Coway dan juga Cuckoo. Anda masuk sahaja mana mana pelan. Anda boleh buat part time dan juga full time. Terjual satu produk sebulan pun sudah dapat income ratusan ringgit. saya sekarang adalah Agen Chungho. Hendak join saya boleh Whatsapp saya di [ 017-4836797 ]. Anda dari negeri mana pun boleh. Kalau teknik promosi anda adalah online, lebih baik join saya. Saya pun online juga. Modal tidak sampai RM200 pun. Ada yang percuma juga.

Kumoten adalah salah satu lubuk atau website supplier dropship Malaysia terbesar
Bisnes Dropship – masalah pelajar yang utama adalah tiada modal besar dan tiada produk. Jangan risau. Kalau anda jenis yang suka berjual secara online, maka anda sertai sahaja bisnes dropship. Anda ambil produk orang lain dan anda jual semula dengan mark-up sedikit harga untuk keuntungan anda. Anda boleh jual baju kurung, tudung, barang rumah, kasut, dan banyak lagi samada di Lazada, 11Street, Shopee, atau mana mana tempat yang anda rasa pembeli boleh mudah mencari dan membeli dari anda. Kalau anda memang betul tiada produk, sila dapatkan produk anda di sini – [ Kumoten ]. Modal biasanya percuma sahaja. Kalau ada yuran pun sangat murah.

Affiliate Agoda juga termasuk dalam program buat duit dengan Involve Asia
Bisnes Affiliate – biasanya ini adalah model bisnes buat duit untuk anda yang suka menghabis masa untuk “berblogging”. Pendapatan jenis ini tidak aktif. Bagi saya ianya jenis pasif. Ada orang cari dan beli, maka anda dapatlah komisen. Ianya elok untuk anda yang jenis tidak kisah dapat berapa banyak dan bagus untuk long term. Kalau berminat, sila daftar di sini – [ Affiliate InvolveAsia ]. Ada banyak produk dari Lazada, Zalora, 11Street, Shopee, Agoda dan banyak lagi yang boleh anda promosikan di blog anda. Modal biasanya percuma.

PitisCoin sudah masuk CoinMarketCap
Bisnes Blockchain – anda boleh beli matawang digital dari sekarang. Kalau “benar” yang teknologi blockchain menjadi arus perdana, sudah tentu teknologi yang berkaitan dengannya akan menerima tempias dari segi kenaikkan harga. Kalau ada duit, sila beli sedikit wang digital yang POPULAR seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple dan sebagainya ya. Kalau saya pula, saya suka membeli matawang digital Malaysia seperti PitisCoin dan juga Lavida Coin. Saya support produk buatan Malaysia. Jangan paksa beli banyak dan mahal. Berapa yang anda ada, anda beli sedikit. Itu sahaja. Ini lebih kepada pelaburan untuk jangka panjang pada masa hadapan.
Apa yang saya cuba sampaikan di ata sini adalah konsep buat duit yang sesuai untuk para pelajar. Tidak berisiko tinggi. Modal rendah atau percuma. Boleh buat secara online dan juga part time. Dan insyaallah kurang mengganggu urusan pembelajaran anda. Yang penting anda kena pandailah urusakn waktu anda buat duit dan waktu anda untuk belajar. Tidur kena cukup. Itu sahaja. Ada banyak lagi yang boleh saya kongsikan. Saya takut anda kurang fokus pula nanti. Anda seorang pelajar, sudah tentu anda kena fokus belajar. Cumanya panduan ini hanyalah sebagai rujukan buat anda yang mahu menambah wang saku semasa anda belajar. Kita faham. Bukan semua orang senang.
Kalau anda berjaya dalam pelajaran dan juga bisnes yang saya kongsikan ini. Saya boleh cakap yang anda sudah menyediakan tapak untuk anda menjadi senang selepas anda tamat pelajaran anda. Ramai pelajar bila habis belajar kena cari kerja. Kalau bisnes yang anda mulakan ketika anda belajar ini berjaya, sudah tentulah anda tidak tergopoh gopoh untuk mencari dan memohon kerja. Anda sudah ada wang yang walaupun kecil ianya memberikan anda sesuatu ketika selepas anda grad. Malah ada sesetengah pelajar menjadi bisnes ketika mereka belajar itulah sebagai mata pencarian utama mereka selepas tamat belajar. Terpulang kepada perancangan kewangan anda. Apa apa pun, selamat lulus cemerlang dalam pendidikan anda ya. Selamat berjaya.
[…] Akan ada 3 laluan dalam hidup anda yang biasanya orang lakukan. Yang pertama adalah membuat kerja kerja part time. Cari dan tambah duit poket sebelum sambung belajar. Yang kedua adalah terus bekerja samada dalam […]