Semalam saya telah mengeluarkan duit dari mesin atm di Public Bank menggunakan kad debit CIMB Bank. Masalah mula timbul apabila wang duit dari mesin atm Public Bank tidak berjaya dikeluarkan akan tetapi akaun online banking CIMB clicks menunjukkan pengeluaran tunai telah berjaya dilakukan. Mudah cerita, saya tidak dapat duit dari mesin ATM Public Bank akan tetapi duit saya telah berjaya di deduct dari akaun bank simpanan CIMBclicks saya. Jadi bermulalah episod saya untuk membuat semakan di Public Bank dan juga CIMB Bank. Harap anda jelas dengan kronologi awal ini.
Keesokkan harinya saya ke Public Bank kerana ingin meminta bantuan mereka tentang isu wang tidak keluar di atm machine tetapi akaun saving telah deduct duit. Akan tetapi pihak Public Bank mengatakan yang isu tersebut bukan dari bank mereka dan meminta saya untuk ke CIMB bank untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walaupun saya kurang faham kenapa dan siapa yang sebenarnya yang bersalah dan patut untuk selesaikan masalah ini. Saya ikut sahaja saranan mereka dan ke Cimb bank untuk bertanyakan jalan penyelesaian terhadap masalah ini.
Duit CIMB Kena Tolak Walau Pengeluaran Tidak Berjaya
Pihak CIMB terus membuat panggilan kepada customer service dan saya perlu bercakap sendiri. Hasil panggilan tersebut pihak CIMB meminta beberapa butiran seperti Nama, Kad Pengenalan, ATM machine di bank mana dan berlaku pada pukul berapa. Mereka perlu mendapatkan maklumat dan membuat laporan terlebih dahulu. Pihak bank CIMB akan membuat siasatan terhadap isu tersebut dengan pihak Public Bank dan jika benar dan terbukti saya tidak menerima duit yang saya keluarkan dari mesin atm Public Bank, barulah duit yang telah di withdraw keluar dari akaun CIMB saya akan dipulangkan semula.
Dan proses ini memakan masa antara 15-30 hari bekerja. Rupanya tidak mudah ya untuk kita dapat semula duit kita. Tetapi kita kena fahamlah, kita beritahu pihak bank yang kita tidak dapat duit dari mesin atm. Akan tetapi pihak bank mana tahu samada kita bercakap benar atau menipu. Jadi mereka perlu membuat semakan dan siasat terlebih dahulu akan kes berkenaan. Selepas terbukti kita memang benar benar tidak dapat duit dari mesin atm dan duit dalam akaun simpanan pula telah berkurang, maka barulah pihak bank akan kredit pulangkan semula duit kita. Harap maklum ya.
Dan selepas 1 bulan, saya buat panggilan semula ke bahagian customer service CIMB dan berikan mereka nombor report (report number). Ketika saya buat aduan ke CIMB sebelum ini, mereka berikan nombor report untuk kita mudah menyemak semula status semasa aduan kita samada belum selesai, telah selesai atau perjalanan kes telah sampai ke tahap mana. Setelah semakan dibuat, alhamdulillah kes saya berjaya dan mereka akan kredit pulangkan semula duit ke dalam akaun savings CIMB saya dalam masa sehari.
Kenapa boleh jadi keadaan seperti ini? Jawapannya saya tidak tahu. Dan keadaan ini adalah situasi pertama kali bagi saya. Saya pun tidak pasti samada masalah ini berpunca dari mesin pengeluaran wang ATM di Public Bank atau sistem CIMB bank itu sendiri. Yang buat saya paling bimbang adalah jika selepas kes ini disiasat dan ianya adalah salah saya sendiri, sudah tentu wang yang saya tidak berjaya keluarkan dari mesin atm akan hangus begitu sahaja. Alhamdulillah, saya tidak melakukan apa apa kesilapan dan telah menerima semula wang tersebut. Terima kasih CIMB.
Salah satu benda yang saya sedikit kesal adalah tindakkan dari pihak bank yang agak lambat untuk kes kes seperti ini. Manakan tidak, saya perlu menunggu 15-30 hari untuk mendapatkan semula duit saya. Tempoh masa ini sebenarnya agak lama. Kalau nilai duit yang tergantung tersebut tidak besar, mungkin boleh terima. Bagaimana kalau duit tersebut dalam jumlah yang besar, pasti akan memberikan kesan kepada pemilik wang tersebut yang terdesak untuk membayar bil itu dan ini dan juga untuk kegunaan rumah. Setuju?
Saya menceritakan kes ini kepada adik saya. Rupa rupa rupanya beliau pun pernah mengalami perkara yang sama. Dan beliau juga mengiyakan keadaan di mana beliau hanya menerima wang tersebut selepas 30 hari. Saya tahu ianya ambil masa kerana ianya melibatkan dua bank yang berbeza. Saya tidak pasti bank yang mana. Sangat lama. Bagi saya isu isu seperti ini bolehlah pihak bank mencari jalan penyelesaian yang segera agar pelanggan tidak menghadapi pengalaman yang kurang menyenangkan seperti ini.
CIMB HQ Customer Service
- 03-62047788
Tidak mengapalah. Saya sudahpun menerima wang tersebut semula. Cuma kepada anda yang menghadapi situasi keadaan seperti saya, anda boleh membuat panggilan perkhidmatan bank tersebut. Mereka akan hubungkan anda dengan jabatan yang sepatutnya dan membuat laporan. Untuk anda yang seperti saya iaitu pemilik akaun dari bank CIMB, boleh menghubungi pusat customer service melalui nombor talian telefon yang saya kongsikan di atas ini ya. BYE!!!.