Sebenarnya saya cukup tidak suka apabila ada individu yang PM saya di Facebook dan ingin meminta bantuan tentang Google Adsense mereka. Bukanlah perihal adsense itu yang menjadi masalah. Akan tetapi niat dan tujuan mereka yang salah tentang untuk mendapat duit dengan Google Adsense. Apakah mereka perlu melakukan perkara yang dilarang sama sekali hanya kerana ingin membuat duit yang banyak. Ada banyak kesalahan Adsense yang saya terima dari individu yang sebegini
Sepanjang saya buat duit dengan Adsense. Saya rasa ramai yang akan bersetuju dengan saya iaitu untuk buat duit dengan adsense anda hanya memerlukan 1 perkara sahaja iaitu TRAFIK. Lagi tinggi trafik yang masuk ke dalam blog anda lagi tinggi earning yang akan anda terima. Tanpa trafik, sampai bila bila pun anda tetap tidak akan dapat duit dengan adsense. Ini adalah asas cara untuk mendapat earning dengan Adsense.
Jenis Kesalahan Adsense Yang Keterlaluan
Saya akan kongsikan akan beberapa alasan yang saya selalu terima dari PM di Facebook berkenaan cara dapat duit dengan Adsense. Kadang kala pertanyaan mereka itu mudah dan ringkas. Tetapi sukar untuk kita menerangkannya kalau perkara asas tentang dapat duit dengan adsense ini MEREKA SENDIRI TIDAK PEDULI. Sudahlah begitu masih bertanya pula kenapa mereka tidak berjaya dapat duit. Seperti yang saya katakan tadi pokok pangkal adsense adalah dengan TRAFIK.
Antara Soalan Kenapa Tidak Berjaya Dengan Adsense
Perihal Trafik – Saya tanyakan soalan berapakah jumlah trafik yang masuk ke dalam blog mereka. Mereka boleh bertanya pula kepada saya bagaimana untuk lihat trafik blog mereka. Sudahnya kalau begini, bagaimana untuk buat duit dengan adsense bukan. Yang lebih sedih, akaun adsense mereka dapatkan dengan cara BELI. Sepatutnya mereka mendapatkan ilmu dahulu baru dapatkan akaun adsense
Tingkatkan Trafik – Saya katakan yang mereka perlu tingkatkan trafik blog mereka. Bagaimana cara? Mudah sahaja iaitu perlu memperbanyakkan artikel. Mereka bertanya pula, adakah 20 artikel cukup? adakah 100 artikel? atau berapa? Trafik bukan berapa jumlah artikel tetapi tentang berapakah sesuatu artikel itu mampu memberikan trafik
Tidak Bina Backlink – Ada sesetengah blog sukar untuk rank di Google. Maka mereka perlu meningkatkan backlink. Bila saya check, backlink kadang tiada atau cuma bawah 10 sahaja. Saya nasihat kepada mereka untuk meningkatkan backlink cara mudah dengan senantiasa komen di blog orang lain. Ini dapat membuat blog kita dan juga artikel kita akan naik rank dan mudah terima trafik. Selepas 2-3 bulan masih lagi bertanya soalan kenapa tidak dapat duit adsense. Bila check, backlink pun malas buat. Bagaimana?
Susah Naikkan Trafik – Perkara ini subjektif. Tengok pada artikel yang anda mahu buat. Memang sesetengahnya sukar untuk rank dan seterusnya susah untuk dapat trafik. Namun begitu memperbanyakkan artikel adalah jalan terbaik dan amalkan Tips SEO selalu. Untuk long term pasti boleh
Salah satu kesalahan Adsense yang sangat sangat yang saya tidak boleh terima adalah apabila ada individu yang meminta tolong kepada saya untuk membuat iklan Google Adsense beliau untuk terpapar secara popup. Senang cerita, pembaca blog tidak boleh membaca blog selagi tidak tekan iklan. Ini sudah jelas melampau malah keterlaluan apabila kita mencari dan mendapatkan duit dengan cara ini. Jujur kata saya akan abaikan permintaan sebegini. Nasihat saya kepada pengguna Google Adsense, sila elakkan kesalahan Adsense sebegini. Janganlah dapat duit dengan cara yang tidak halal sebegini. Jom kita berblogging dengan betul.
6 Comments
Yang letak float tuh menyusahkan betul
setuju sangat dengan artikel ni…terbaik
Bagus artikel ni. Saya sedang kemaskini blog lama dan update mana yang ada broken link dan sebagainya . Ada hampir 300 artikel nak kena check semula. Paling kurang 3 bulan baru selesai dan apply adsense. Bersabar aje.
pakai jer plugin puan Rahimah, plugin tu nama dia “broken link”. nanti dia check mana yang broken dan kita leh terus repair. X yah tgk tgk satu persatu artikel, penat tuh
ada je ramai guna popup tu..kat pc ok, tapi kalau mobile, penuh satu skrin, kena klik dulu baru boleh off kan ads tu..malas je aku nak report..:D
aku punya ok x. hehe