Setuju tidak kalau saya katakan yang kebanyakkan dari kita apabila memohon kerja kerajaan sangat sangat terlalu bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebenarnya ada banyak peluang, kaedah dan cara untuk Memohon Kerja dengan pihak government. Artikel pada kali ini saya akan menjuruskan kepada sektor awam iaitu bagaimana cara untuk memohon kerja disektor kerajaan tanpa kebergantungan keterlaluan dengan portal kerja SPA. Adakah terdapat diluar sana cara yang lain untuk mudah mendapat kerja. Jawapannya YA dan ada. Saya tidak katakan ianya kaedah mudah tetapi ianya adalah alternatif yang boleh membantu anda meningkatkan lagi peluang anda mendapat kerja. Ingin tahu?
Selain dari SPA, pihak kerajaan selalunya ada mengiklankan kekosongan jawatan disektor awam di surat khabar. Tidak ramai yang ambil peduli akan saluran dan kaedah ini bukan. Saya tidak menyalahkan anda kerana bukan semua orang mampu dan mahu membeli surat khabar berhari hari melainkan yang memang jenis membaca surat khabar sehari hari. Tetapi kaedah dan saluran sebegini selalunya mengikut musim tertentu dan pada waktu tertentu. Tentu penat bagi anda untuk mengikutinya bukan. Ada cara lain sebenarnya.
Memohon Kerja Melalui Laman Website Kerajaan Negeri
Saya tidak pasti samada anda tahu ataupun tidak. Tetapi saya percaya anda “perasan” akan hal ini cumanya anda tidak begitu mengambil berat kerana “payah” dan tiada “dorongan” untuk membuat kaji selidik dan mencarinya satu persatu. Apa itu? Sebenarnya anda pasti sedar ada kalanya dan selalu juga kekosongan iklan kerja di sektor awam ada diiklankan dilaman web agensi kerajaan. Saya beri contoh, bomba, polis, perpustakaan, Mardi, Fama, Sirim, TNB, dan pelbagai lagi sektor kerajaan semuanya ada laman website mereka sendiri. Dan didalam website itu pula selalu juga ada mengiklankan kekosongan jawatan seperti kerani, pemandu, juruteknik, arkitek, juru ukur, komputer, dan pelbagai lagi dengan tawaran sepenuh masa dan juga separuh masa. Anda sudah dapat menangkap apa yang ingin saya sampaikan?
Adakah anda ingin Memohon Kerja dengan cara sebegini iaitu memohon secara terus melalui penawaran iklan jawatan kosong di website kerajaan? Saya pasti anda mahu. Tetapi untuk anda mencari satu persatu agak sukar. Oleh itu pihak infokerjaya ada membuat satu salinan senarai agensi kerajaan yang menawarkan iklan kekosongan jawatan. Sebanyak 241 senarai agensi kerajaan yang telah disusun untuk memudahkan anda terus melawat dan melihat jika ada kekosongan jawatan. Malah ianya juga disusun mengikut negeri. Jadi sudah tentu ianya memudahkan anda Memohon Kerja bukan.
Apa yang mahu saya sampaikan adalah, saya mahu anda dapatkan senarai lengkap agensi iklan kekosongan jawatan sektor kerajaan melalui link atau banner dibawah. Selepas itu anda lawat link yang diberikan mengikut negeri anda dan membuat carian iklan kerja yang sesuai buat anda. Jika jumpa, anda pohonlah melalui cara cara dan syarat yang diberikan kepada anda. Untuk pengetahuan, anda tetaplah memohon di SPA, cumanya cara ini adalah kaedah lain untuk menambah cerahnya peluang anda untuk Memohon Kerja dan mendapatkan kerja yang anda idamkan. Saya harap anda berjaya.
6 Comments
Terima kasih atas perkongsian ini, pada mulanya saya memang mati-mati ingat kalau nak kerja kat government kena mintak kat spa. tengok iklan kat surat khabar tu macam tak yakin je.. heheh..
surat khabar memang rasa mcm tu sebab persaingan tinggi, skrg dah mudah dengan adanya susunan laman agensi kerja kerajaan negeri ni
teringat dulu-dulu pakai surat, risau surat tak sampai. sekarang semuanya mudah dan diermudahkan lagi bila bukan satu cara sahaja. selamat memohon semua.
dulu dulu memang manual, memang suatu kenangan juga tu kan
kerja je mana-mana.
janji halal dan cukup untuk anak bini.
betul tuh