Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Kerja › Jawatan Kosong › Kilang di Penang Yang Sesuai Untuk Lepasan Graduan

Kilang di Penang Yang Sesuai Untuk Lepasan Graduan

Review By admin / 8 years ago — Jawatan Kosong, Kerja

Adakah anda seorang graduan mahasiswa yang sedang mencari peluang pekerjaan? Jika anda adalah lepasan universiti, politeknik dan juga kolej di Pulau Pinang, ada kemungkinan besar yang anda mahu terus mendapatkan pekerjaan di Pulau Pinang bukan? Saya adalah seorang lepasan universiti di Pulau Pinang dan telah berpengalaman bekerja di kilang kilang di kawasan bayan baru di Pulau. Dan di sini saya ingin kongsikan beberapa buah kilang di Penang yang mungkin sesuai buat ada untuk anda mohon.

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai jenis industri kilang di Penang yang mana masing masing pakar kepada skop yang tertentu. Namun begitu, industri yang terbesar adalah di dalam bidang elektrik, elektronik dan mekanikal. Peluang pekerjaan adalah sangat besar dan terbuka luas. Anda memerlukan kemahiran yang tertentu untuk memudahkan anda mendapat kerja di kilang yang akan saya senaraikan nanti di bawah ini.

Logo Keysight Sebuah Kilang di Penang

Logo Keysight Sebuah Kilang di Penang – image credit to http://www.pressdemocrat.com

Senarai Kilang di Penang

Saya sendiri berpengalaman bekerja di Agilent, Keysight, Venture, Plexus, Flextronics dan juga Kobe. Antara kilang di Penang yang paling seronok untuk bekerja adalah di Agilent. Untuk pengetahuan anda, Agilent kini (2014) baru sahaja berpecah menjadi dua syarikat yang baru tetapi tetap di bawah satu bumbung (bangunan yang sama). Dan kini nama 2 syarikat adalah Agilent dan KeySight (terbesar). Kenapa saya katakan seronok? Kerana suasana bekerja yang santai dan juga time in/time out (scan/punch card) yang tidak begitu ketat.

Baiklah, saya akan senarai kilang di Penang untuk anda mendapat idea akan mana satukah kilang yang anda mungkin berminat untuk memohon bekerja di sana. Antaranya adalah Agilent, KeySight, Intel, AMD, Seagate, Venture, Flextronics, Plexus, Kobe, Motorola, Western Digital, Jabil, Inary, Bosch, Osram, ASE, Plexus dan juga B Braun. Maaf jika ada yang saya terlepas pandang. Saya akan berikan sedikit penerangan yang saya tahu tentang kilang yang saya sebutkan tadi

AMD & Intel – Kilang elektronik pembuatan barangan komputer. Agak susah untuk mohon kecuali jika anda benar benar mempunyai result keputusan yang bagus

Agilent & KeySight – Sebuah kilang dengan suasana bekerja gaya “western” yang tidak terlalu menekan seperti kilang Jepun. Saya rasa anda faham maksud saya bukan. Suasana bekerja yang santai kalau mengikut pengalaman saya

Kobe & Western Digital & Seagate – Sebuah kilang yang ada kaitan dengan pembuatan “Hardisk” komputer. Saya berpengalaman bekerja di Kobe. Ianya sebuah kilang di dalam menghasilkan “disk” iaitu piring yang menjadi komponen penting dalam menentukan kapasiti Hardisk samada 1GB, 10GB, 100GB, 1TB dan sebagainya

Venture & Flextronics & Plexus – Sebuah kilang “sub contract”. Mengikut pengalaman saya, di antara ketiga tiga kilang ini, Flextronics adalah paling terbaik kerana faktor gaji yang tinggi. TETAPI anda perlu masuk kilang ini daripada kilang lain. Maksud saya, jadikan flextronics sebagai kilang yang kedua bagi anda setelah anda mempunyai pengalaman bekerja di kilang lain. Ini kerana, kenaikkan gaji yang diberi agak tinggi jika berbuat demikian berbanding jika anda terus bekerja di Flex sebagai kilang pertama anda.

Osram – Ramai juga yang berpindah dari tempat semasa kepada Osram. Saya tiada pengalaman bekerja di sini. Mengikut cakap cakap ramai, ianya sebuah kilang yang ok.

Jabil – Jika anda boleh bekerja dalam situasi yang agak “pressure”. Maka kilang ini sesuai buat anda. Kenapa saya katakan begitu. Ini kerana, jikalau saya tidak silap, jadual bekerja adalah dalam bentuk 3 shift. Namun begitu, faktor gaji yang tinggi, peluang membuat kerja lebih masa (Overtime = OT) yang banyak, membuatkan siapa yang bekerja di sini selalunya mendapat gaji bulanan yang cukup lumayan.

B Braun – Satu kilang yang agak susah untuk anda mohon. Jika anda diterima, maka beruntunglah anda. Ianya sebuah kilang yang berasaskan membuat peralatan “KESIHATAN” yang membekal kepada hospital. Tahukah anda, kilang yang berlatar belakangkan barangan hospital adalah kukuh. Malah kelebihan (benefit) yang anda terima adalah tersangat baik berbanding kilang kilang lain di Pulau Pinang ini. Dengar cerita, “benefit” yang diberikan adalah hampir sama dengan apa yang pekerja kerajaan dapat dari sektor awam. Terbaik bukan

Saya tidaklah bermaksudkan yang kilang di Penang ini ada yang seronok dan ada yang susah yang membuatkan anda faham ianya adalah sebegitu rupa. Ianya juga bergantung kepada jenis tugasan kerja anda, department bahagian mana anda di letakkan dan sebagainya. Mungkin kilang tersebut mempunyai pressure yang tinggi, tetapi rupanya anda di bahagian yang kurang sibuk. Mungkin juga anda  bekerja dikilang yang santai tetapi skop tugasan anda pula yang menyebabkan anda sibuk. Ianya adalah subjektif. Seperti yang saya  katakan tadi, mungkin saya terlepas pandang akan kilang di Penang yang lain lain. Akan tetapi saya mencadangkan anda utuk memohon berkerja di senarai kilang yang saya sebutkan di atas tadi. Selamat bekerja.


>> Dapatkan Panduan Mencari Kerja Lengkap Di Sini – [ Click Here ] <<<

Related posts:

Jabil adalah salah satu kilang di Pulau Pinang yang terbaikSenarai Kilang Di Pulau Pinang Yang Popular peluang kerja kilang di keysight technologiesPengalaman Kerja Kilang Di Keysight Technologies cara memohon kerja kilang melalui Manpower Staffing Services (agensi pekerjaan Penang)Cara Memohon Kerja Kilang Swasta di Penang

kerja kilang di Penang kilang di Penang kilang di Pulau Pinang kilang elektronik di Penang senarai kilang di Penang

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Trackbacks

  1. Senarai Agensi Pekerjaan Penang Dan Peranannya says:
    07/11/2018 at 9:11 am

    […] sebelum ini ada menulis tentang cara memohon kerja di kilang Penang dan juga senarai kilang cadangan yang boleh di pohon bagi mahasiswa yang baru sahaja menamatkan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in