Salam kepada pembaca. Saya kerap mendapat pertanyaan tentang wang boleh anda dapat selepas anda tamatkan dan terminate loan asb anda. Ramai juga yang suruh saya tolong mereka membuat kira kira. Malah ada yang masih ragu betulkah dapat balik duit pelaburan asb tersebut. Kepada anda yang mempunyai masalah ini, saya akan menjelaskan di artikel ini. Selepas ini harap anda berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan. NAMUN! Penjelasan ini adalah berdasarkan fahaman saya sahaja dan bukan dari pihak asb.
Ini kerana saya sendiri pun tidak mendapat jawapan dari pihak asb berkenaan bagaimana mereka membuat kira kira tentang jumlah wang asb yang saya boleh dapat selepas saya tamatkan loan asb saya dengan pihak bank. Namun kira kira yang saya buat dan akan saya kongsikan ini boleh dikira hampir tepat. Ini kerana saya cuba membandingkan dengan apa yang saya dapat dengan data dari perjanjian pinjaman loan asb. Harap anda faham ok!
Berapa Dapat Selepas Tamatkan Loan ASB
Saya tahu anda kini sedang terfikir hendak tamatkan loan asb anda bukan? Dan anda mahu tahu berapakah wang yang anda boleh dapat kembali bukan? Jadi sebelum kita pergi lebih jauh. Saya mahu anda lihat perjanjian pinjaman asb anda dengan pihak bank iaitu jadual bayaran balik. Saya pasti anda pernah melihat jadual jumlah pinjaman dan bayaran bulanan yang perlu anda bayar. Dan saya mahu anda lihat hanya 2 perkara sahaja iaitu berapakah bayaran bulanan loan asb anda dan berapakah jumlah interest yang dikenakan.
Kalau dulu perjanjian pinjaman asb menggunakan konsep “interest” seperti ini iaitu BLR (base lending rate) – diskaun 1.65%. Dan yang sekarang dan terkini menggunakan konsep “interest” BR (base rate) + 1.4% (contoh sahaja). Kedua dua ini walau berbeza, tetapi ianya sama sahaja. Iaitu, ianya adalah tentang jumlah interest tahunan yang dikenakan terhadap anda. Jadi saya mahukan anda melihat 2 perkara iaitu INTEREST dan juga BAYARAN BULANAN anda.
Mari kita buat contoh kira kira menggunakan beberapa contoh yang saya ambil ini. Anda boleh membuat kira kira anda sendiri berdasarkan contoh yang saya berikan.
Katakan anda mengambil loan asb dengan pihak Maybank. Dan anda mahu membuat pinjaman asb sebanyak RM50K dan membayar balik selama 20 tahun. Dan jadual “Asb Repayment” dari pihak Maybank menunjukkan, anda perlu membayar loan asb setiap bulan sebanyak RM336. Dan interest yang dikenakan adalah (BR + 2.0%) = 3.2% + 2.0% = 5.2% setiap tahun. Dan katakan anda mahu tamatkan loan asb tepat tepat selepas 4 tahun. Jadi berapa wang yang anda dapat? Mari kita kira.
Tentang Interest – Anda kena faham akan apa itu interest. Ianya adalah tentang berapakah keuntungan yang pihak bank mahu DAPAT terhadap pinjaman yang mereka berikan kepada anda. Itulah cara pihak bank buat duit dan dapat untung. Anda pinjam loan asb maybank sebanyak RM50K. Dan anda dikenakan interest sebanyak 5.2% setahun. Jadi jumlah interest tahunan yang anda kena bayar pada pihak bank adalah = RM50K x 5.2% = RM2600 setahun.
Bayaran Bulanan Setelah Setahun – Dari jadual asb repayment. Pihak bank sudah tunjukkan dan ceritakan kepada anda yang anda perlu membayar sebanyak RM336 setiap bulan. Jadi setelah setahun, bayaran anda kepada bank adalah = RM336 x 12 bulan = 4032 setahun.
Bayaran Terlebih Bayar – Kalau anda perhatikan. Jumlah interest yang pihak bank mahu dapat dari pinjaman yang mereka berikan kepada anda hanyalah RM2600 setahun. Tetapi anda bayar sebanyak RM4032 setahun. Dengan kata lain anda terlebih bayar. Duit yang terlebih bayar inilah yang anda akan dapat balik. Berapa? RM4032 – RM2600 = RM1432 adalah wang terlebih bayar.
Jumlah Total Wang Dapat Balik – Anda sudah tahu yang anda terlebih bayar setiap tahun sebanyak RM1432 setahun betul? Jadi sudah berapa lamakah anda membuat bayaran bulanan tersebut? Dalam kes ini, anda sudah bayar selama 4 tahun dan anda mahu berhenti dan tamatkan loan asb anda. Jadi wang terlebih bayar ini selama 4 tahun adalah = RM1432 x 4 tahun = RM5728. Inilah wang yang anda akan dapat selepas anda tamatkan loan asb anda selepas 4 tahun.
Anda pasti akan bertanya kepada saya. Kenapa pula selepas anda tamatkan loan asb anda, anda boleh dapat balik wang pelaburan anda. Jawapanya mudah sahaja. Pinjaman loan asb anda samada dari Maybank, CIMB atau RHB itu sebenarnya pihak bank hanya mahu keuntungan mereka sahaja iaitu duit hasil dari interest yang mereka kenakan terhadap pinjaman asb. Wang pokok RM50k yang anda labur itu pihak bank dapat balik. Dengan kata lain, pihak bank dapat wang pokok RM50K mereka semula dan mereka juga dapat interest mereka juga. Jadi kenapa pula pihak bank mahu MAKAN duit terlebih bayar yang anda bayar itu? Logik? Saya harap anda berpuas hati dengan penjelasan dari fahaman saya ini. Harap maklum.
JANGAN TAMATKAN LOAN ASB ANDA!!! Mari gunakan TEKNIK ASB untuk bayar ptptn dan beli rumah dengan mudah dan pantas dengan klik link di bawah ini. Cepat!!!
68 Comments
info yang menarik dan sangat membuka minda untuk sesiapa yang ingin pelaburan bijak.
ok, noted pasal ni
kelicikan pihak bank menjana duit berdasarkan duit memang tip top..hanya mereka yang celik boleh overcome perkara ini
Memang tak pernah terfikir dahulu masa buat loan ASB ni, once dah tahu memang tak buat dah la..terasa rugi..
Ada yang tertinggal. Dividen ASB dari hasil 4 tahun dapat ke peminjam. Jika secara purata 8% dividen setahun oleh ASB RM50,000 X 8% = RM4,000.00 x 4 Tahun = RM16,000.00
Dividen + Bayaran terlebih Bayar (4 thn) = RM16,000.00 + RM5728 = RM 21,728.00
Maka jumlah yg peminjam dapat adalah sebanyak RM21,728.00
untung jugakkan?
Ok. Bru sy faham. Means kita akn dpt smua amount yg kita bayar setiap tahun + bayaran terlebih bayar la kn?
Modal sebenar adalah rm336 x 12 sahaja = rm4032
Tahun ke 2
Tahun ke 3
Tahun ke 4 adalah bayar guna dividen sahaja.. ( xda untung sbb buat bayar balik kat bank)
50,000 ÷ 240 bulan = rm208 sepatutnya kita bayar tp kita byr rm336 kat bank bermakna lebih tu la interest bank.
So,bila serrender hanya modal sahaja d refund
Rm208 x 48 bulan = .rm9984
Tolak modal setahun rm4032
9984 – 4032 = 5952 inilah keuntungan sebenar kita selama 48 bulan buat loan
Keuntungan bank pulak inteest sebulan rm128 x 48 bulan = Rm6144
Kesimpulannya kita dapat bamk pun dapat lebih drpda kita…
Cuba kita bandingkan sekiranya x perlu buat loan…
Simpan rm124 sebulan selama 4 tahun = rm5952 sama ketika kita buat loan 50,000 selama 4 tahun dan terminated pd tahun ke empat…
Sekurang2nya bank xdpt apa2…huhu…
memang lebih kurang sama sahaja… tapi ada kelebihan lain simpanan melalui ASB loan… ada cover insurans jumlah yang kita pinjam… sekiranya berlaku kematian kepada peminjam… waris akan dapat jumlah penuh pinjaman tanpa apa2 bayaran lain… walaupun baru buat pinjaman….
Loan ASB
RM50,000 monthly payment RM336
Anggaran dividen 8% setahun = RM4000 x 4 = RM16,000
Lepas terminate = RM5728
Total untung = RM16000+5728 = RM21728
Kalau simpan sendiri 4 tahun dengan nilai yang sama (RM336 sebulan) hanya akan dapat RM16,128 selepas 4 tahun. Campur dividen ASB bernilai RM3494 so total simpan sendiri akan dapat RM19622 sedangkan by loan dapat RM21728 plus life insurance on top of that.
So memang lagi untung kalau buat loan ASB. Yang paling penting berapa cash back yang kita dapat on hands. Memang bank akan kenakan interest, tapi ASB akan bagi dividen based on jumlah simpanan. Lagipun kalau loan bank, akan ada satu paksaan untuk menyimpan macam kita main kutu la. Kalau nak simpan sendiri, memang duit sentiasa ada urgency untuk digunakan. Kan?
yaaa betull tuu saya sokong ni..
Mcm x je.. aritu sy buat dgn maybank dh 4 thn.terminate dpt dlm 2k gitu je.rs sgt2 rugi
buat loan berapa RM? ansuran berapa tahun. lama tak proses utk terminate
Nk tnya…nnti dwet msuk ak bnk mna..kalau xdk ak bnk cimb ble ka..ke bnk lain
hi nak tanya, sya terminate loan asb cimb pd 29/2/2016. sya dh 2 thn buat loan asb ni. jadi berapa yg sya dapat balik selepas 2 thn buat loan ni. tiap bulan sya byr rm564.pinjaman dlm rm100k.
as salam, nak tahu berapa lama tempoh di bolehkan untuk terminate loan asb ni? dah 2 tahun boleh tak terminate loan asb ni?
Tiap2 bln simpan…tiap2 thn ambk dividen..cm na nk dpt bnyk KLU terminate
Tuan salah faham ni, dividen tu hak kita, hak bank pula adalah “bayaran pinjaman termasuk interest”. Jadi kalau berhenti memang ada dapat duit balik, cuma x banyak lah
Salam, tuan bole tolong kira kan x?
sy buat loan asb 50k selame 30tahun. bulan2 rm275.. klu sy nk terminate slps 4tahun berapa pulangan yg sy dapat balik ye.
Salam nak tanya..sy buat asb loan dgn mbb dah 5thun lebih…dah matang.sy tertunggak 3bln..sy pergi mbb utk terminated 28sep2017..bln oct dah masok 4bln sy xbyr…adakah sy masih blh dpt pulangan sy?pegawai ckp sy kne byr atleast 1bln utk mngelakkn jd 4bln tertunggak sbb borang akn proses 1bln..then sy ckp kt staff tu sy mmg xdpt byr sbb sy dah xbekerja..staff tu kata xpelah kalau mcm tu…so sy nk tau sy blh dpt x pulangan sy lps terminated.staff tu kata take 1month n duit masok acc
ya tetap akan dapat, itukan duit kita. tp MUNGKIN dia akan tolak tunggak tu dulu kot
Salam admin…betul tak pengiraan saya ini….sy mempunyai 3 akaun satu akaun saya nak ttup memandangkan x mampu membayar….sy membuat loan 20k selama 20 thun….genab bln january 2018 sudah 9 thun..20k x5.2%=1040. 130×12 bln=1560-1040=520×9=RM4680…adakah betul jumlah yg sy dpt.tq
Assalamualaikum Admin,
Kira-kira tuan sgt mudah dan membantu. Tetapi kebanyakan penulisan yg sy baca tentang terminate EASY ASB loan pasti akan di kena kan shortfall. Kenapa ye? Kira2 tuan di atas boleh diguna pakai utk semua bank ke? Sekian
boleh jelaskan kepada saya shortfall tu macam mana
As Salam, saya ada buat pinjaman ASB loan 100K dah 8 tahun. molek nak terminate?
agak2 berapa dapat kalau saya terminate ngn MBB.
Rosli, baca artikel saya dan fahamkan cara kiraan dia, saya pasti Rosli akan boleh membuat agakkan kira kira
Salam nk tnye, merujuk kpd calculation admin, nape pihak bank perlu ambil lagi interest rm2600 sedangkan byrn bulanan sebanyak rm336 selama 4thn dah bayar kpd bank termsuk interest?
Assalamualaikum.
Sy baru terminate loan asb cimb.setelah 3tahun buat byran..tp ms isi form terminate sy lupa nk bgtau untuk terminate insurans..
So,sy nak terminate insurans mcm mne ye? Memang kene terminate asing ke
bab ini saya x pasti, kawan kawan minta tolong jawab ya
Admin sy ada buat ASB pd thn 2014,tp sy Tak pernah masukan duit sehingga kini jadi sekarang ni apa yg saya perlu buat.minta pencerahan
Assalamualaikum admin.
Maaf nak Tanya pasal pulangan balik selepas terminate loan ASB. Tadi saya call pegawai bank yg saya buat loan 3 tahun lalu. Katanya duit principle yg kita byr tu dah ditolak dgn dividen yg kita dapat. Dia kata CTH klu baki loan kita Rm48000 lagi tinggal so bermakna hanya 2 ribu jet yg kita dapat.campur insurance DLM 600. Jadi klu balance kita ada 49850 make yg dpt cuma 150 + 600 = 750 . so byk yg mengelirukan saya.
Saya dah terminate ASB baru je lepas 4 tahun, saya buat sikit je rm30k, x banyak mana pun dan pelik juga bila dengar PEGAWAI BANK ckp nanti dapat refund dan saya pun terkejut sedikit, dia siap semak lagi kat komputer dia “Encik akan dapat 3K dalam masa sebulan update ASB balik ye”.. Nilai sebenar tunggu sebulan lagi ye, Bila tengok post nie baru la saya tahu duit 3K tu hasil dari mana (Tula saya pun dah lama x update accounting knowledge walaupun ade MIA haha). Balik pun rasa “Gembira” jela la sebab lepas keluar dividen hari tu, dapat lagi imbuhan 3K dalam masa sebulan lagi. Walaupun rasa rugi kawan2 cakap tindakan saya tapi nak buat mcm mana, saya ukur baju badan sendiri je,skrg nie komitment bulan2 makin naik,dengan suasana ekonomi skrg lagi,huhu, dulu masa bujang boleh la rotate balik dividen. Skrg, saya simpan bulan2 jela mana yg mampu.
ramai juga yang x baca tulisan saya, lepas tu tanya macam mana dapat duit? so bro dah baca tulisan saya dan faham macam mana bro dapat duit, betul x. Saya minta pembaca sila baca dahulu tulisan saya ini, dan buat kira kira, nanti anda akan faham kepada anda dapat dan kawan yang lain x dapat, maksud saya kena faham bab kira kira dahulu
Sy da terminate bln 12 2016…maybank. 30k utk 25thn…bln2 rm191. Pegwai bank xmesra alam lngsung. Sy tnya smla di kaunter bawah diaorg ckp akn potong lg loan smpi bln 3 2017. Ntah la brape dpt.
Sekarang dapat berapa Norul
Saya pun dah terminate pada bulan 6/2017 blh saya tahu brpa lama bank ambik masa untuk buat bayaran balik… Tq
2 bulan lebih selalunya akan masuk
salam..saya baru je terminate asb loan bulan lepas…selepas 2 tahun buat loan ni..then org bank tu kate akan dapat bayaran balik 400 je..kalo bawah 4 tahun mmg xdpt dapat lebihan bayaran macam kiraan di atas ke? terima kasih 🙂
cuba Asikin tanyakan kepada mereka kenapa begitu
Terima Kasih Admin.
Penerangan anda diatas sgt membantu sy nak mencongak brapa rm dapat…
sy xberapa pasti mengenai jumlah interest tapi sy tgk kt cimb click ada tulis
interest rate : 5.1. adakah itu 5.1% tuan?sy kira based on figure tu and jumlah refund logik…lagi 1 boleh ke sy kira based on monthly if sy punya tahun pinjaman tak tepat kira xcukup 2 bulan lg 4 tahun.
Kini menunggu brapa rm sebenar akan bank refund.
ya macam itulah kiraannya, boleh jer kiraan base on monthly, kita cuma mahu tahu kiraan kasar dia sahaja
salam admin
. Jadi maknanya kiraan yang ditunjukkan tidak termasuk dividen yg kite dpt tiap thun la kan ?
Saya buat 50k slma 25 tahun. sudah 3 tahun buat Dan terminate pada awl bulan ni . Dalam awl bulan 5 sya akn dpt refund untuk bulan 1,2,3 sbb smntra proses kne byr dlu dan tiap thun sy amik dividen sya .
50k asb bulanan rm298
outstanding balance rm48,628.86
50k x 5.00%= rm2500 setahun
rm298 x 12= rm3576
rm3576 – rm2500=rm1076
rm1076 x 3=rm3228
rm3228 adalh jumlah yg akn sya dpt klau betul la kiraannya. tidk termsuk insurans dan refund untk 3 buln trkhr dlm thun ni yg akn dipulangkn . perbetulkn kalau ade ksilapn.
Reply
ya betul tuh Afdal, yg bank nak cuma interest dia ja, kita dapat balik lebih tu
Mmg lbih bayar.. Utk loan kita cuma perlu bayar hanya 1 tahun.. Tahun berikutnya kita hanya perlu kemas kini n bayar loan dgn menggunakan dividen .. Namapn loan (pijaman) bank kan… Mesti LA bank akan ambil untung.. Modal hanya setahun… Selepas tamat loan dapat 50k.. Siapa yg bayar siapa sbnrnya?
Assalam.. saya baru terminate loan asb cimb 100k selepas lebih dari 3 tahun bersama… saya suda dapat refund dari cimb…tetapi bila saya tgok blog Encik dan menggunakan kaedah pengiraan yang Encik berikan sepertinya jumlah yang saya dapat tidak sama malahan lagi sedikit plus jarak jumlah dengan perkiraan sgt jauh berbeza…adakah cara Encik ini applies sehingga ke hari ini ?? Apa pendapat Encik ??
Loan Principal: RM100k
Interest: 5% p.a.
Interest per year: RM5,000.00
Installment: RM619 x 12 = RM7,428.00
Year Paid: 2 Years 6 Months
Terlebih Bayar: RM7,428.00 – RM5,000.00 = RM2,428.00 untuk setahun
Expected amount dapat selepas terminate: RM2,428.00 x 2.5 years = RM6,070.00
tapi ni hari baru terima refund dari Maybank, kurang dari RM6,070.00…amount yg aku dapat RM2,000.00++ saja, 30% dari amount yg sepatutnya…kenapa tu?
Saya baru terminate RHB loan 1/6/17. Loan 100k baru bayar 30 bulan.
Semalam update buku ASB, cume dpt 657.07. Mmg ni je ke yang saya dapat?
Leh tlg clarify : lindabaharom79@yahoo.com.my
Salam linda, saya ada tulis artikel baru pasal ni di sini – http://myrujukan.com/kelebihan-loan-asb-yang-ramai-tidak-tahu/
Assalamualaikum admin…. saya masih keliru dengan untung kalau nak terminate loan asb cimb saya… sesiapa tolong kirakan…saya ambil loan asb cimb january 2013 untuk 15 tahun rm20k…. bulan2 rm 160 x pernah miss out bayar… dan tiap awal tahun saya de ambil dividen?…. ok persoalannya kalau saya nak terminate loan ni agak2 berapa saya akan dapat? adakah jumlah rm160x52bulan=rm8320??
memang x reti kira…please annyone help…
Salam niza, admin ada tulis artikel baru pasal ni, baca kat sini ya – http://myrujukan.com/kelebihan-loan-asb-yang-ramai-tidak-tahu/
okay ini yang bayaran dari bank. so duit kita dalam acc asb tu tolak 40K la kirenye?
ermm saya x faham soalan Aimy
contohnya kita pinjam 50 untuk 25 thun dan kalau kita dah bayar 300 sbulan untuk 5 tahun = 18000
kita tak dapat ke rm18000 tu kalau kita terminate loan?
Bulanan bukan kira mamcam tu AMM, bank pun nak untung dia jugak. Sila baca pasal ASB artikel yang terbaru dalam blog ini, saya ada tunjukkan
ASB Loan RM200k
Monthly RM1150
dah bayar setahun 2 bulan
kalau terminate skrg berapa saya akan dapat?
nak terminate sbb loan rumah tak lepas sbb ada loan asb nie.
tu saya x leh kira la edah, sikit sangat, tu pun baru bayar “INTEREST”, rasanya x dapat apa apa pun malah rugi
Encik, boleh tak buat perkiraan untuk saya. Saya buat pinjaman 15000 dalam tempoh 25 tahun. Bulan-bulan bayar RM96. Saya terminate lepas 2 tahun. Modal yang saya dapat cuma RM296 macam tulah.. ade sen2 tak ingat pula. Takkan banyak tu je modal yang saya dapat? Sepatutnye ade dalam RM700 lebih..bila saya tengok statement by online saya tengok ada tolakkan sebanyak RM400 lebih. Kenapa jadi macam tu ye?
Salam…sy dh bwt permohonan terminate. Easy rhb asb. Dh 3 tahun sy bwt tp sampai la ni acc 30k je terminate. Yg 100k senyap je..bla tya bank diorang call center bila call center diorang kta dlm 1 mggu btugas. Tp dh dkt 1 bln ni..stress btl..
itu saya x tahu nak tolong, siti kena follow up mereka lagi
siti.. sila call rhb pusat.. mereka akan buatkan report.. pastikan amik no report.. slps 1-2 hari dpt sms ..penamatan diterima..kes same dgn saya.. cuma sy loan 20 kje..genap 3 taun da..tp update buku baru2 nie dpt 3 ratus lebih je.. pelik..member 10 k je after 3 years terminate dapat 2700 include dividen..
Encik nak tanya kalau saya nak terminate Loan asb rhb… Loan dlm 20k..tahun 2011-2017 ni…sbb saya kira nak terminated nanti… Bulan rm128 25tahun….brp saya dpt dlm Tangan
hi admin sy baru terminate asb rhb bulan October lepas..genap 3 tahun.. dpt surat dari rhb yg bank da teima pembayaran 20k.. shortfall xde..means 0.. lepas 3 minggu dapat 320 je.. memang mcmtue ke? .. xkn cume 300 lebih.. member sy pernah terminate 10k dpt cash after 3 weeks 2300..dan awal tahun lepas still dpt dividen.. persoalan sy ..mengapa loan sy 20k ,terminate genap 3tahun jugak(member pn same) sy dpt 3++ je sedangkan loan 10k dapat 27++ temasuk dividen.. mohon pencerahan..tq
Hi admin. Saya amik asb loan 200k. Monthly 1190. Dh amik 3 tahun. Klu terminate rasanya ada untung tak? Or admin ada suggestion utk sya memaksimumkan keuntungan?
Salam..sy terminate asb loan maybank tapi sy dapat pulangan rm20.85 sahaja.kenape ye.boleg sy tahu
Salam semua. Saya tgk dlm ramai yg dlm chat ni terminate loan asb kurang drp 3 thn. Setahu sy kalo kita terminate awal (x pasti kurang 3 atau 5 thn), pastinya ada penalti sbb . So mungkin sbb apa korang dapat kurang tu sbb kena tolak penalti.
Hello admin,sy buat pinjaman 140000,17tahun bulanan 1050 genap 7 tahun sy off berapa sy dapat,,
dari kiraan kasar saya lebih kurang RM42K
kenapa ye tak dapat berapa yang kite dah bayar laon tu semula,bukan ke divent tu hak kita,duit bayaran loan tu patut kite kena dapat balik,cuba fikir balik mcm tak logic je,rugi lah mcm tu,sbb bank dapat apa yang kite dapat serupa tak ada keuntungan apa2 dari asb loan,baik simpan sendiri kita dapat divident duit pokok yang kite simpan2 tu tak digunakan,patut bayaran kita tu sudah jadi duit pokok pada kita bank patut ambil interest sahaja. mcm contoh saya pinjam 55k bulan2 bayar rm295x12 bulan RM3540x4 thn jika saya nak cancel 14,160,jika dikenakan interest patut tak boleh tinggi sebab apa duit 50k yang dia letak didalam ASB tu mereka dapat balik RM50k tu,tak ada untung apa2 malah kita rugi lagi
bro. bukan kira macam tu bro, saya perlukan info bawah ni
1. 55K
2. berapa tahun ikat?
3. interest berapa?
bro xleh kira macam bro kira tu, bank buat untung sebab tu kena interest.
ya betul dividen hak kita 100%.
bulanan yg kita bayar kita patut dapat balik? ni salah faham ni bro. kita bukan dapat balik berapa yang kita bayar. tu kan kita bayar, mana ada benda yg kita bayar kita boleh dapat balik? x logik tu. nama pun kita bayar. yang kita dapat balik adalah BAKI pokok selepas kita bayar. x faham? baca balik tulisan saya betul betul, bro akan faham. kalau x faham juga, saya sarankan bro buat carian dan bacaan TENTANG “amortization” kat google. bro baca dan buat kira kira. baru faham, kalau x faham jugak, kena tanya face to face minta penerangan macam mana kiraan dibuat.