Salam pembaca. Rasanya kepada yang mengikuti perkembangan blog ini tahu yang saya baru sahaja beberapa minggu lepas telah berjaya membuka akaun CDS dari CIMB Bank. Dan selepas itu terpaksa menanti selama 1 minggu kemudiannya untuk akaun CDS di aktifkan. Dan selepas kini, saya bercadang untuk mula bermain saham “trade” kemungkinan besar selepas hari raya ini. Anda boleh ikuti perkembangan saya bermain saham selepas hari raya ok. Dan untuk artikel kali ini saya ingin berkongsikan tools atau aplikasi saham yang bernama klse screener.
Aplikasi klse screener adalah tidak wajib tetapi perlu ada bagi anda seperti saya yang baru “beginner” ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk android dan juga iOS. Ini adalah aplikasi saham yang boleh anda pantau prestasi saham yang anda mahukan terus melalui smartphone anda. Kita bukan sepanjang masa dengan komputer dan juga laptop. Jadi kalau anda ada smartphone/tablet, maka memang pilihan yang baik jika anda dapat meng-install dan menggunakan aplikasi klse screener ini.
Kegunaan Tools Aplikasi KLSE Screener
Sebentar tadi saya telah berpeluang untuk menggunakan aplikasi klse screener ini. Sebelum ini saya bermasalah untuk mengira kiraan keuntungan yang boleh kita dapat melalui unit saham yang kita beli. Rupa rupanya dengan aplikasi klse screener ini, ianya sudah mempunyai “calculator saham” yang telah dibina sekali dan memudahkan saya dan anda terus membuat kira kira samada pelaburan unit yang kita pilih untuk labur itu mendatangkan keuntungan atau tidak selepas ditolak kos kos seperti kos brokerage.
Setelah menggunakan aplikasi klse screener ini. Apa yang saya dapati, anda sebenarnya boleh membuat keuntungan dalam saham dengan modal pelaburan serendah RM500 sahaja. Dengan keuntungan meningkat 10 sen, kos 1 unit saham di bawah RM1 dengan jumlah pembelian minima 5 lot, maka keuntungan sudah boleh dijana. Rasa seronok pula dapat bermain saham ini nanti. Setakat ini rakan sekerja termasuk saya sudah 6 orang yang membuka akaun CDS di Cimb. Dan kami akan sama sama belajar bermain saham.
Apakah tujuan saya untuk bermain saham ini? Tiada tujuan lain melainkan buat masa ini hanya untuk belajar dan mendapatkan ilmu dan menghilangkan tanggapan salah faham terhadap dunia pelaburan saham. Insyaallah, jika saya sudah tahu, akan saya kongsikan dengan kawan kawan di dalam blog ini. Buat masa ini tidak perlu modal besar besar. Cukup RM1000 sebagai permulaan pelaburan. Dan gunakan aplikasi klse screener untuk memudah anda bercerita dengan rakan anda bagaimana saham boleh mendatangkan keuntungan buat anda. Selamat berlajar.
2 Comments
Saya baca pun tak faham gak ni..memang kosong bab saham ni./.hadusss..semoga berjaya bro dan sekaligus dapat kongsikan dengan kami semua..hehe
Memang tiada ilmu langsung bab saham menyaham ni..kena berdikit-dikit la mendalami ilmu ni..