Salah satu kepuasan apabila berblogging adalah apabila target kita untuk cari dan dapat duit melalui internet itu BERJAYA. Berapa banyak duit atau komisen yang kita dapat bukanlah ukuran sebenar samada kita dikira berjaya atau tidak. Bagi saya perkara itu adalah subjektif. Yang penting walaupun saya dapat RM1 sekalipun, itu sudah dikira berjaya bagi saya. Oleh sebab itu di dalam artikel ini saya ingin berkongsi dengan anda akan komisen affiliate Klikjer yang saya terima pada bulan lepas iaitu Januari 2017. Ianya sebagai penanda aras awal tahun untuk memberikan semangat kepada saya dan juga anda.
Apa itu Klikjer? Ianya adalah sebuah website marketplace di mana hanya ebook berkualiti tertentu sahaja dipasarkan di situ. Dan blogger seperti saya dan juga internet marketer di luar sana berpeluang untuk menyertai program affiliate di bawah kendalian Klikjer. Dan kita boleh mempromosikan ebook keluaran klikjer dan buat duit melaluinya. Setiap ebook yang terjual melalui link affiliate kita, kita akan mendapat komisen. Anda jelas?
Komisen Affiliate Klikjer
Anda hendak tahu apa kelebihan buat duit dengan Klikjer ini? Tidak lain tidak bukan kerana program Klikjer memberikan komisen setinggi 70% untuk semua produk ebook keluarannya. Kalau anda berjaya mempromosi dan terjualnya ebook yang berharga RM100. Maknanya anda akan mendapat komisen affiliate Klikjer sebanyak RM70. Banyak bukan? Nampak macam senang. Tetapi anda kenalah bersaing dengan blogger blogger Malaysia yang ramai ini di Malaysia. Saya pun baru sahaja mula. Bagaimana dengan anda?
Untuk tahun 2017 ini, alhamdulillah, pendapatan hasil dari komisen affiliate Klikjer saya untuk Januari adalah sebanyak RM91. Tidak banyak mana pun. Tetapi tetap dapat duit. Saya pasti, ada ramai lagi blogger yang belum pun berjaya mendapat RM10 minima setiap bulan. Saya sudah dikira berjaya walaupun kecil. Sebenarnya klikjer ini adalah salah satu cabang duit yang saya buat dari program affiliate. Pelbagaikan saluran buat duit online agar kita dapat meningkatkan pendapatan online yang kita cari.
Perkongsian komisen affiliate Klikjer ini hanyalah untuk memberi semangat kepada diri sendiri, pembaca blog dan juga kepada rakan rakan di luar sana yang mungkin terfikir Klikjer ini sebuah program scam yang tidak membayar dan sebagainya. Ianya berjaya membayar saya setiap bulan tanpa gagal. Jadi jangan lah ragu. Mari bersama sama dengan saya dan kita jadikan bidang blogger ini sebagai salah satu saluran kerjaya kedua yang boleh memberikan kita pendapatan tambahan. Selamat buat duit dengan Klikjer.
8 Comments
bagus klikjer ni… boleh katakan tiap-tiap bulan dapat duit dari klikjer ni.
Whoaa.. ini sudah bagus. buat duit dengan klikjer. Kira besar tu komisennya.
jom jom join
klikjer sgt mnarik bgi yg mnat penulisan
bro pun pasti suka
Oh klikje ni rupanya program affiliate.. Boleh tahan jugakan komisen sampai 70%.. Rugi kalau tak cuba..
jom lah join bro
tiap-tiap bulan dapat.
sikit atau banyak aje.
hoho..