Facebook Twitter Instagram
    Trending
    • Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP
    • Laptop Murah Bawah RM1000 Untuk Student
    • Beli XRP Dan XLM Dan Simpan Di Ledger
    • Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank
    • Kenapa Kena Pakai Crypto Hardware Wallet
    • Penapis Udara Storm Coway
    • Akaun Simpanan Maybank Yippie Untuk Kanak Kanak
    • Prestasi Saham Selepas Sebulan Guna Gotrade Malaysia
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest RSS
    MyRujukan
    Leaderboard Ad
    • Home
    • About Me
    • Contact Me
    • Privacy Policy
    MyRujukan
    You are at:Home»Panduan»Komisen Aktif Simkad Bemobile

    Komisen Aktif Simkad Bemobile

    2
    By admin on 15/03/2023 Panduan, Telekomunikasi

    Simkad Bemobile adalah simkad dari syarikat telekomunikasi bertaraf MVNO terbaru di Malaysia. Dan simkad ini telah dilancarkan secara rasmi pada March 2023. Bila kita tahu yang telco ini bertaraf mvno, maka fahamlah kita yang simkad seperti ini biasanya menawarkan program atau pelan bisnes untuk pengguna buat duit dan menjana pendapatan melaluinya. Jadi di artikel ini saya ingin memfokuskan salah satu jenis pendapatan yang boleh anda jana iaitu komisen aktif simkad Bemobile. Berminat ingin tahu? Jom!!!.

    Komisen aktif yang saya maksudkan adalah jenis income iaitu pendapatan berbentuk komisen yang anda dapat dari kerja anda yang anda lakukan secara terus. Anda buat, anda dapat duit. Anda tidak buat, anda tidak dapat duit. Dan di dalam program bisnes kad sim Bemobile, pendapatan jenis aktif ada 2 jenis. Yang pertama komisen dalam bentuk menjual simkad. Dan komisen yang kedua dalam bentuk pendaftaran dari pengaktifan Dealer. 

    Simkad prepaid Bemobile 5G
    Simkad prepaid Bemobile 5G

    3 Jenis Pendapatan Komisen Aktif Simkad Bemobile

    Katakan nama saya Ali. Saya mengajak Ahmad untuk mencuba menggunakan sim kad Bemobile ini. Ahmad bersetuju. Jadi Ahmad pun membeli simkad Be Mobile ini dari saya. Harga simkad Bemobile ini adalah RM10 sahaja. Dan kos untuk saya mendapatkan simkad ini dari syarikat (HQ Bemobile/Stokist) adalah berharga RM5. Jadi komisen yang saya dapat dari hasil jualan 1 keping simkad ini adalah sebanyak RM5 sekeping. Inilah dia bentuk komisen jenis pendapatan aktif dari penjualan simkad. Pengguna simkad Bemobile yang biasa ini kita sebut sebagai USER atau Account Holder ya.

    Dan kemudian saya mengaktifkan simkad Ahmad dengan mendaftarkan simkad tersebut di bawah rangkaian network saya. Ingat ya, ketika ini Ahmad hanyalah pengguna simkad Bemobile yang biasa. Komisen jenis pendapatan aktif yang kedua ini dipanggil sebagai Member Get Member (MGM). Syarat untuk dapat duit komisen aktif yang kedua ini adalah, pengguna iaitu User/Account Holder mestilah mengupgrade akaun mereka menjadi Dealer.

    Yuran keahlian sebagai dealer V1 & V2 pelan program bisnes telco Bemobile
    Yuran keahlian sebagai dealer V1 & V2 pelan program bisnes telco Bemobile

    Pakej Dealer V1 berharga USD50. Pecahan USD 50 adalah USD35 adalah untuk yuran keahlian program Member Get Member dan USD15 untuk mobile. Komisen Member Get Member untuk downline anda di Level 1 adalah sebanyak 20%. Dengan kata lain, anda akan dapat komisen aktif simkad Bemobile yang kedua hasil dari user anda upgrade kepada Dealer, adalah sebanyak USD35 x 20% = USD7.  Kebiasaannya anda akan dapat kedua dua bentuk komisen ini sekaligus jika pengguna membeli simkad dan mengupgrade akaun mereka menjadi Dealer. Jelas?

    Komisen pendaftaran dan pengaktifan simkad MEMBER GET MEMBER BeMobile
    Komisen pendaftaran dan pengaktifan simkad MEMBER GET MEMBER BeMobile

    Pendapatan Aktif BeMobile

    1. Jualan Simkad BeMobile – Harga jualan simkad RM10. Komisen jualan adalah RM5 sekeping
    2. Upgrade Dealer (V1 @ v2)(MGM) – Harga bayaran yuran menjadi dealer V1 adalah USD50. Komisen direct downline L1 upgrade jadi Dealer adalah sebanyak USD35 x 20% = USD7 (~RM30)
    3. Emas (Dealer V2) – Jika direct downline (L1) kita upgrade jadi Dealer V2. Maka komisen tambahan anda dapat adalah USD50 x 2.5% = USD1.25 (~RM5)

    Komisen aktif simkad Bemobile ini biasanya lebih kepada, anda rajin jual simkad dan taja ahli baru, maka dapatlah duit. Lebih rajin anda menjual dan mempromosikan pelan bisnes telco BeMobile, lebih banyak duitlah yang anda boleh jana. Lebih rajin anda bekerja, lebih banyaklah duit yang anda boleh dapat. Sifirnya mudah sahaja.

    Beli Simkad Bemobile

    • [ Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile

    Dalam telco BeMobile, kita juga ada komisen pendapatan aktif dari emas. Komisen yang saya maksudkan adalah jika downline anda dari USER biasa atau Dealer V1 mengupgrade pakej langganan mereka menjadi Dealer V2. Dalam pakej Dealer V2 ada pembelian emas berharga USD50. Jadi anda boleh dapat komisen aktif simkad Bemobile dari pakej emas downline anda sebanyak USD50 x 2.5% iaitu sebanyak USD1.25 ya. Jelas? Kalau masih kurang jelas, klik group Whatsapp kendalian saya di atas untuk pertanyaan dan pembelian simkad Bemobile ya. Kalau dah faham, boleh sambung baca pendapatan pasif Bemobile pula ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    admin
    • Website
    • Facebook
    • Twitter

    Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

    Related Posts

    Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP

    Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank

    Tukar Mata Wang Asing Secara Online

    2 Comments

    1. mrhanafi on 15/03/2023 9:39 pm

      saya masih ingat lagi bersama bro untuk jalan bisnes telco suatu ketika dahulu..tapi bukan rezeki kita untuk pergi lebih jauh

      Reply
      • admin on 17/03/2023 11:33 am

        ya betul bos, simkad apa ya. saya pun x ingat

        Reply

    Leave A Reply Cancel Reply

    Copyright © 2023 ThemeSphere. Powered by WordPress.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.