Simkad Bemobile adalah simkad dari syarikat telekomunikasi bertaraf MVNO terbaru di Malaysia. Dan simkad ini telah dilancarkan secara rasmi pada March 2023. Bila kita tahu yang telco ini bertaraf mvno, maka fahamlah kita yang simkad seperti ini biasanya menawarkan program atau pelan bisnes untuk pengguna buat duit dan menjana pendapatan melalui ini. Jadi di artikel ini saya ingin memfokuskan jenis pendapatan yang kedua yang boleh anda jana iaitu komisen pasif simkad Bemobile.
Saya sendiri sejak dari dulu memang suka dan berminat untuk buat duit dengan skim program berbentuk pendapatan pasif. Manakan tidak, anda kena usaha dan rajin pada awal awal anda menceburi apa apa bisnes. Dan selepas itu anda mendapat pendapatan yang konsisten setiap bulan dengan kerja yang sedikit. Ibarat anda menuai hasil setelah anda kerja berpenat lelah. Dan program menjana income dari pendapatan pasif dengan telco mvno seperti Bemobile adalah salah satu bentuk peluang yang boleh anda cuba. Berminat? Jom!!!.

Komisen Pasif Simkad Bemobile (Pendapatan Reload Downline)
Saya telahpun menulis dan berkongsikan dengan anda akan jenis komisen aktif simkad Bemobile. Anda boleh baca artikel tersebut terlebih dahulu untuk faham struktur komisen paling utama dari telco Bemobile. Cumanya di artikel ini saya ingin menyambung menulis siri struktur komisen yang kedua di dalam pelan telco Bemobile iaitu komisen berbentuk pendapatan pasif. Ianya adalah kesinambungan dari komisen yang pertama. Anda rajin jual simkad, mendaftar user baru di bawah anda dan pelanggan melanggan pakej tertentu dalam Bemobile, maka anda layak untuk menuai hasil dari komisen pasif simkad Bemobile pula.
Dalam program telco, pendapatan pasif biasanya adalah komisen dari topup atau langganan pakej telco oleh ahli downline anda pada setiap bulan. Contoh. Katakan anda berjaya mendaftarkan seramai 100 pengguna simkad Bemobile di bawah rangkaian anda. Ini bermakan 100 pengguna simkad Bemobile ini adalah downline ada pada Level 1. Dan dalam program bemobile, syarikat menawarkan komisen sebanyak 6% dari jumlah topup atau langganan pakej oleh setiap downline pada Level 1 kita.
Katakan ke semua 100 downline anda melanggan pakej telco unlimited Bemobile yang berharga RM49 sebulan. Jadi, komisen topup/langganan yang anda dapat dari 100 downline anda adalah RM49 x 100 orang x 6% komisen = RM294 sebulan. Sikit ke banyak? Bagi saya ianya satu jumlah yang banyak. Sebab di dalam program telco Bemobile, sebagai dealer, anda layak untuk dapat komisen dari topup/reload atau langganan pakej telco simkad Bemobile sehingga Level 3. Jadi anda kiralah sendiri akan potensi potensi pendapatan berbentuk pendapatan pasif yang anda akan dapat pada setiap bulan.

Struktur Komisen Topup/Reload/Langganan Pakej Bemobile
- Level 1 – 6%
- Level 2 – 2%
- Level 3 – 4%
Komisen reload di atas ini adalah komisen untuk anda yang bertaraf Dealer V1 dan Dealer V2. Pasti akan ada yang bertanya. Adakah kita cuma boleh dapat komisen pendapatan pasif sampai Level 3 sahaja? Jawapannya adalah YA!. Akan tetapi komisen pendapatan pasif yang pihak Bemobile tawarkan sebenarnya adalah lebih dari ini. KENAPA???
Dalam program telco Bemobile, anda yang ingin berniaga dan buat duit dengan syarikat Bemobile mestilah paling sekurang kurangnya bertaraf Dealer V1 atau Dealer V2. Untuk menjana lebih pendapatan pasif dalam setiap bulan, anda boleh untuk menaik taraf (upgrade) akaun anda dari Dealer kepada level yang lebih tinggi seperti di bawah.
Komisen Tambahan
- Area Dealer – Komisen Dealer + 2%
- Master Dealer – Komisen Dealer + 2% + 1%
- Merchant – Komisen Dealer + 2% + 1% + 1%
Katakan yang anda kini sudah bertaraf Area Dealer. Jadi anda akan dapat komisen reload downline anda sama seperti apa yang Dealer V1@V2 dapat. Yang berbeza adalah, anda akan mendapat tambahan komisen sebanyak 2% dari jumlah keseluruhan komisen dari Level 1 – Level 3 anda. Faham ya.
Syarat untuk mengupgrade akaun anda kepada Area Dealer misalnya. Anda mestilah kena ada sekurang kurangnya 5 dealer yang anda taja secara langsung di bawah anda iaitu Level 1. Dan dari 5 dealer itu pula kena ada total minima 100 dealer di bawah mereka. Jika cukup syarat ini, pangkat anda dari Dealer V1 atau V2 akan diupgrade menjadi Area Dealer. Jelas ya.
Beli Simkad Bemobile
- [ Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile
Kesimpulannya, komisen pasif simkad Bemobile adalah komisen yang berasaskan topup atau reload atau pakej langganan yang dibuat oleh downline kita. Jadi anda boleh bayangkan lah jika kita mempunyai lebih ramai downline pada Level 1, Level 2 dan Level 3. Usaha kita adalah mencari lebih ramai pengguna simkad Bemobile di Level 1 (Direct Downline). Dan kemudian downline kita pun akan mencari downline mereka pula yang menyebabkan rangkaian ahli di bawah kita berkembang. Bila itu berlaku, pendapatan pasif kita pun akan turut berkembang setiap bulan. Faham? BYE!!!.