Sebelum ini saya ada menulis tentang pengalaman saya membeli rumah pertama saya. Dan kalau anda baca artikel tersebut, anda akan perasan yang saya memang zero di dalam bab bab ini. Saya pergi seorang sahaja jumpa pihak management developer perumahan tersebut. Dan saya kata saya hendak beli rumah. Saya hanya setuju sahaja dari A-Z. Selepas siap perjanjian agreement pun saya memang tidak berapa faham akan prosedur yang terlibat. Yang penting saya berjaya beli rumah. Kalau anda tanya saya berkenaan kos kos beli rumah yang terlibat, saya hanya boleh cerita tetapi saya sendiri pun kurang faham.
Alhamdulillah apabila saya menemani isteri untuk membeli rumah kedua kami. Dan mula faham tentang step step prosedur yang perlu dilakukan. Malah yang penting saya boleh nampak apakah jenis kos beli rumah yang terlibat yang kami perlu keluar dan sediakan. Bila saya sedar dan perasan berkenaan isu pembelian rumah dari segi kos yang terpaksa dikeluarkan, baru saya sedar betapa mahalnya untuk memiliki sebuah rumah idaman. Lagi lagi di dalam era kos sara hidup yang semakin meningkat kini.
Jenis Dan Senarai Kos Beli Rumah Utama
Sebenarnya ada beberapa kos yang terlibat yang perlu anda sediakan jika ingin membeli rumah. Akan tetapi saya hanya mahu berkongsikan dengan ada tentang 3 jenis kos beli rumah yang paling besar yang perlu ada sediakan. Ini kerana, kos inilah yang paling akan ditanya oleh pemaju jika anda benar benar ingin membeli rumah. Kalau tidak ada 3 bajet untuk pembayaran ini, maka gagal lah untuk mendapat dan memiliki rumah tersebut. Ini yang perlu anda ambil tahu dahulu.
KOS 1 (Downpayment) – Bila anda hendak membeli rumah, biasanya anda memang tidak akan ada wang 100% pun untuk membeli rumah terbabit. Kalau rumah tersebut berharga RM200K. Anda ada duit RM200K untuk membayar secara tunai? Majoriti memang tidak akan ada bajet setinggi ini. Yang perlu anda buat adalah membuat pinjaman loan rumah dari pihak bank. Dan pihak bank akan berikan pinjaman sebanyak 90% atau 95% atau full loan (100%).
Kalau pihak bank hanya ingin berikan pinjaman sebanyak 90% sahaja. Itu bermakna anda perlu keluarkan modal anda sendiri sebanyak 10% untuk mencukupkan pembelian rumah. Kalau rumah berharga RM200K, 10% dari harga rumah adalah RM20K. Soalannya, sudahkah anda bersedia dan mempunyai wang muka pendahuluan (downpayment) sebanyak RM20K ini? Ingat!!! Bukan semua bank akan berikan pinjaman sebanyak 95% atau full loan ya.
KOS 2 (Lawyer) – Proses mengurus dokumen memerlukan anda mengupah seorang peguam. Ada orang hendak uruskan sendiri dipersilakan. Tetapi percayalah, 95% gagal uruskan dokumen pembelian rumah secara pandai pandai sendiri. Pihak peguamlah yang akan uruskan dokumen Sell & Purchase (S&P) iaitu dokumen jual beli dan pelbagai lagi dokumen berkaitan dengan pihak bank. Kos bayaran peguam akan mengikut harga rumah yang anda beli. Pengalaman saya, kos peguam dalam lingkungan RM5K – 12K untuk sebuah rumah semahal RM250K.
KOS 3 (Insurans) – Tahukah anda, jika anda membeli rumah, anda memang kena ambil pakej insuran sekali. Ini bukan insurans nyawa/peribadi/life atau medical card tu ya. Ini adalah insurans rumah. Ianya bagi melindungi pembeli rumah dan pihak bank. Bank keluar modal yang sangat tinggi. Kalau anda beli rumah RM200K, pihak bank bayar pemaju sebanyak RM180K dan anda pula bayar pemaju dalam RM20K. Kalau apa apa berlaku kepada anda sebagai pembeli rumah, siapa yang ingin bayar wang bank? Sebab itu perlu insurans. Kalau berlaku kematian anda sebagai pembeli rumah, insurans akan bayar penuh hutang bank dan anda akan dapat rumah free 100%.
Ebook Panduan Membeli Rumah/Hartanah
- LulusPinjamanRumah – belajar bagaimana mudah beli rumah beberapa kali
- Ilmu Kewangan/Hartanah – panduan kewangan dan hartanah dari Key
Inilah dia 3 kos beli rumah yang paling besar yang perlu anda tahu dan sediakan. Sebenarnya ada cara hendak menjimatkan kos ini. Salah satu tipsnya adalah anda mencari pihak bank yang boleh berikan pinjaman setinggi 95% atau full loan. Jadi anda kurang terbeban dengan downpayment yang tinggi atau zero downpayment. Insurans itu wajib. Dan kadang kala ada sesetengah peguam boleh kenakan kos bayaran lawyer yang sedikit rendah. Kalau anda kenal mana mana lawyerlah. Ada lagi kos kos pembelian rumah yang lain. Tetapi kecillah. Yang penting 3 yang saya sebutkan di atas tadi. Buat persediaan ya. Bye.