Saya tinggal di sebuah rumah jenis apartment iaitu rumah bertingkat. Dan semalam saya mendapat panggilan dari pejabat pengurusan yang jiran bawah rumah telah membuat aduan yang syiling di rumah mereka basah. Dengan kata lain ada berlakunya kebocoran paip di rumah saya. Dan saya mengambil tindakkan dengan memanggil tukang paip “plumbing” untuk menukar dan membaiki paip di rumah. Artikel ini adalah perkongsian sebenar dan hanya ingin meminta pendapat rakan pembaca berkenaan kos upah tukang paip yang telah dikenakan pada saya.
Cerita bermula begini. Tukang paip telah sampai di rumah dan melihat kerosakkan yang berlaku. Saya terus mencadangkan kepada beliau untuk beliau menukar yang baharu sahaja pili paip, dan juga juga tempat pancuran air mandi. Oleh kerana pili paip sebahagian badan tertanam dalam dinding, maka diperlukan untuk menebuk dinding iaitu menggerudi dan memecahkan dinding supaya boleh menukar pili paip yang baru. Melihat keadaan itu saya sudah mula bimbang dengan kos upah tukang paip yang akan saya bayar nanti.

Berapa Kos Upah Tukang Paip
Melihat saya sedikit risau, tukang paip memberi jaminan “Abang jangan risau, dinding pecah ini nanti saya simen semula, saya kasi buat elok semula!”. Kenyataan beliau membuat saya menjadi ragu. Apakah saya perlu menanggung kos bahan simen? Atau beliau yang menanggung? Sebab cara beliau kata sangat mudah. “Jangan risau, nanti saya kasi elok balik, saya buat semua!”. Tetapi ada beberapa siri kejadian yang saya tidak suka. Ini mencetuskan kebimbangan saya terhadap kos upah tukang paip ini nanti.
Hari Pertama – Beliau sudah tebuk dinding, ganti pili paip dengan paip baru. Semua siap 100% kecuali dinding belum di simen. Apabila membuka pili paip, air langsung tidak keluar. Saya katakan kalau air tidak keluar itu maknanya paip ada masalah. Beliau menjawab “Tidak abang, paip ok, saya baru beli, mahal harga RM35. Tidak rosak!”. Beliau menunggu beberapa minit dan air tidak keluar. Last last paip terpaksa dipotong balik dan betul paip baru bermasalah. Beliau meminta sambung esok.
Hari Kedua – Paip semalam yang rosak sudah dibaiki. Semua sudah pasang siap. Dan terakhir paip dalam dinding di sambung kepada pili paip dan diletakkan gam khas. Beliau terus minta saya buka air. Saya katakan “Eh nanti dulu, you baru letak gam. Kasi kering dulu, nanti air keluar bocor!”. Tetapi beliau menjawab “Tidak ada apa abang, terus buka air, boleh, jangan risau, ok punya!”. Kejadian pelik berlaku, sambungan pili paip kepada paip dalam dinding bocor. Masalah disebabkan gam tidak kering terus buka air. Beliau mengaku itu silap beliau. Beliau minta sambung esok.
Hari Ketiga – Beliau pasang siap semua dan tunggu gam kering selama 10 minit. Buka air. Tiada bocor. Masalah selesai, Dan kemudian beliau simen balik dinding termasuk plaster. Siap 100% dan tiada masalah. Masalah terakhir adalah berkenaan kos upah tukang paip. Anda rasa dari kes ini, berapa yang saya kena bayar?

Plumbing ini kata. Kos beli pili paip, beli pancuran air mandi dan juga simen habis sebanyak RM115. Untuk makluman anda, dinding tempat paip bocor memang sudah di pecah sebelum ini. Beliau hanya pecahkan dinding lagi sedikit sahaja. Berapa kos upah tukang paip yang perlu saya bayar. Kepada anda tukang paip yang baca artikel ini, saya tidak bermaksud mempertikaikan kos upah yang dikenakan. Tetapi sebagai orang awam dan pertama kasi menggunakan khidmat plumbing, saya berasa terkejut dengan kos upah yang dikenakan. Jika benar, saya tidak kisah, jika tidak maka saya katakan bagi kes saya ianya adalah SANGAT MAHAL.
Kos barang semua berjumlah RM115. Dan beliau meminta saya kos upah dengan nilai RM280. Saya terkejut. Melihat saya terkejut dengan kos tersebut. Beliau mengatakan kos upah itu dikira murah. Dan itu memang harga biasa. Beliau juga mengatakan beliau terpaksa siapkan dalam masa 3 hari. Dari posisi saya sebagai tuan rumah. Masalah membetulkan paip boleh disiapkan dalam masa 1 hari sahaja. Yang sampai 3 hari adalah kerana salah dari pihak plumbing dan beliau sendiri tidak professional dan tidak cekap dalam masalah itu. Adakah dengan memasang pili paip baru dan simen dinding mengambil masa sampai 3 hari? Dan adakah kos barang RM115 + kos upah RM280 = RM395 (semua sekali) dikira murah bagi kos upah tukang paip. Apa pendapat anda?
83 Comments
kalau tahu buat sendiri..buat sendiri je. hehe
masih murah tu bro..kalau buat sendiri perlu tool dan beli barang keluar minyak motor atau kereta..
kira ok lagi belum masuk angka ribu..
kesimpulan saya tentang plumber tersebut ialah dia masih belajar untuk buat kerja-kerja itu semua..
ni mesti x baca terus ketuk bagi kesimpulan
plumber tu problem dari hari pertama dengan kedua..kenapa tuan rumah yang nak kena bayar sebab masalah dia?
Assalam..sy tukang paip drpd kuantan pahang.sy penah buat tukar mcm tu,kos yg sy kenakan skali brg² adalah 250..sbb sy kerja seorang, sy akan ambil murah.klu syarikat atau yg dtg berdua akan jd 300..sbb kira kos pecah dan kesusahan utk buat kerja tu.memandangkan paip didalam dinding,kos akan jd mahal sikit drpd paip diluar.lagi 1 masalah,paip tuan adalah paip ABS,memerlukan gam khas warna biru..dan memerlukan masa yg lama utk kering,klu ikut buku 24jam..tp yg pro 1 jam dah ok.ada caranya.
Aslkm…pandangan sy,setelah membaca dan melalui hal sedemikian adalah memang relevan dan wajar harga yang dikenakan..lagipun kerja2 tersebut dilakukan sehingga diberikan jaminan…sekiranya ada kebocoran kali kedua ia masih tetap siapkan sehingga selesai….dengan pula kos harga barang yg semakin hari makin sentiasa naik…apapun sebelum meminta dibaiki dptkan penerangan dan harga yg dikenakan….
incase berlaku kesilapan semasa pemasangan dan pembaikan itu selalu berlaku kepada tukang cuma bezanya tukang senior xakan kelihatan brlaku kesilapan, tukang junior semuanya kelihatan…
dalam bab harga itu bergantung kepada jarak tukang ke rumah tuan rumah, cost barang, upah per kerja atau hari dan mengikut budi bicara tukang…
Salam..0164160396 Zam.. plumber area kulim/BKT Mertajam. Kes mcm ni 1/2 hari dah blh siap..rm300 upah+barang+mosek.siap pasang mosek balik..mosek warna putih mudah dapat
Kalo masa NK buat,paip DLM dinding reput..ok ke Kalo NK direct bypass Dr meter…buang tanki,SBB kecik sgt X support
Plumber nie, mereka dapat kerja bukannya hari2… so bila dpt satu job, itulah masanya mereka bikin duit habis2… Kalau paip kat luar, mmg mudah buat sendiri.. Tapi yg kat dalam simen mcm bro, tu masalah.. Kena yg ada mozek, lagi laaa.. Mmg terpaksa laa panggil plumber….
Saya pon hadapai masalah serupa.Terfikir untuk panggil plumber tapi dah tau kos nyer memang mahal lagi-lagi yang melibatkan tiles bilik air dan kena pecah dinding.Sebab dah call dan tanya memang bawah RM400. Jalanyer D.I.Y..belajar dari blog dan kedai hardware tu sendiri macam mana nak pecah tile..dinding..nak tampal simen ape barang yang perlu dan so on..kos beli barang tak sampai rm100.
nampaknya weddy pun nampak betul bukan yang kos plumbing ni mahal. Kos buat sendiri pun baru RM100 sahaja
Nak murah buat sendiri..
Org bole settlekan masalah sejam sbb pnglman dia 10 tahun..
Bayar sebab pengalaman dia buang 10 tahun tu bang…
x baca habis ke bos.
1. kita pertama kali kena, jadi memang rasa mahal
2. dia buat nampak amatur
3. dia cas mahal sebab buat kerja lama sedangkan tu kesilapan dia
4. kesilapan dia buat lama, tapi cas kat customer, boleh ka?
kalau dah terbiasa deal tukar paip, maybe boleh terima la cas tu sbb memang tu harga dia.
tapi, cas mahal yang dia kenakan sebab ke tidak pakaran dia dalam hal ni, tu yg xleh terima.
saya ada bawa tukang piping lain ke rumah, dia tgk masalah tu, dia siap kata boleh kasi separuh harga yang saya kena dan SIAP dengan mozek balik dinding yang kena pecah tu kasi cantik semula. so nak kata apa?
Emm memang tak kena la cara diorang ni..patutnya menda boleh disiapkan dalam masa sehari..tu la..lepas ni kena cari tukang paip yang profesional nampaknya..
aku rasa memang kena cari orang yang professional
kalau upah saya brg awak beli.. kepala pili paip dan pancuran air mandi.. simen sy akan beli sekilo rm4 pasir sekilo rm4 rm8.. upah saya pasang brg, tebuk simen, menyimen dan skill siap semua 100, tp kalau melalui compony upah akan menjadi rm250.. cari plumber yg betul mahir.. kerana kes cam ni paling lama ambil masa hanya 2 jam sahaja.. tips untuk memudahkan.. beli brg sendiri semua siap,, panggil je org pandai buat dan upah saja dia rm100..
tu la, mungkin mahal sebab dia kira berdasarkan jam dia kerja. Saya sendiri tgk benda tu rasanya x lama mana, tapi dia buat sampai berjam jam
Kerja2 plumbing jenis perkongsian ini boleh ambik masa antara 2-3 jam jer. Siap pasang balik tile.
Kalau saya, upah + barang = RM350
016-3336504 – Pakcik Haikal
Dengkil /Cyberjaya /Putrajaya /Sepang/Kajang
Ok, maknanya memang mahal seperti yang dijangkakan, rumah saya pun ada masalah pipe juga, kalau camtula harganya, saya rela buat sendiri.
masalah 3 hari tu, masalah dia, nampak sangat yang dia tak tahu apa2 sebenarnya. atau dia sengaja buat supaya benda tu jadi sampai 3 hari
yang x tahan, dia boleh kata, “saya buat susah ni abang, sampai 3 hari”… masalahnya yang buat 3 hari tu dipihak dia sendiri, pelik aku
Hehe..,bang kalau yg pro,abg lg tkejut harga dia..bg sy,harga tu dh ok cume dia tk pandai declair..ttg 3 hari tu biase bang..teknik+praktik+izin DIA terhasillah kesudahannye..
kalau pro, berapa tu agak2nya… sebab baru2 ni sy kena 1700.
Paip dalam tanah bocor, jadi plumber potong, buat paip baru di atas tanah (maknanya tak ada kerja2 menggali tanah), tembus ke dinding dapur dan tangki atas bumbung.
saya ini tukang paip dari penang. charge dia 3hari untuk 3 trip rm280 memang tak mahal.
beli paip sekerat dan simen tu tak sampai rm20 ringgit kot. barang mark up dia tinggi sikit. kalau saya charge pun satu jam pertama rm80. jam kedua rm60. dijangka kerja kurang dari 4 jam sekali testing dan simen.
saya rasa paling kurang pun kena rm350.
kesian dia buat sampai 3 hari. kalau dibahagi 3 hari upah baru rm100 satu hari. tolak minyak kenderaan. machine. insurance. gst. baik sahaja dia kerja sama orang.
setuju pendapat kamu … yg nak buat sendiri memang lah RM100 tapi lengkap ke tools!!?? risiko kecederaan pun ada, tak kena bagus lah tapi kalau dah kena jari lengan luka baru tahu berbaloi ke tidak dengan RM100 tu.
Terbaik bro..kadang org tak mahu paham yg setiap org ada peranan dlm sesuatu perkara..supaya jd balance..
Tapi bukan ke customer dh bgtau ke plumber tu jgn bukak dlu sbb gam belum kering. Lepas tu dh bgtau pn paip baru tu masalah sbb air tk keluar. Still tegakkan benang yg basah. Setiap dua hari tu dia bangkang ckp cust padahal dia sndr yg mengaku tu salah dia sbb tk check. Then dia nak merungut yg dia kena buat keje tu 3 hari. Skang ni salah customer ke dia kena 3 hri? Cust pulak yg tau lebih dr dia. Mcm mana tu?
Saya ingin berkongsi pengalaman saya. Saya baru pindah rumah dan ada masalah sink tersumbat. Air bertakung dan menitik setiap kali saya mencuci pinggan. Saya call plumber untuk atasi masalah tersebut. Beliau menukar sink strainer yang biasa dan menjolok saluran paip yang tersumbat. Kos yang perlu saya bayar adalah sebanyak RM120 (kurang dari 1 jam). Tiga hari kemudian, masalah yang sama berlaku. Sekali lagi beliau datang dan menjolok saluran paip yang tersumbat. Beliau meminta kos upah yang sama (120) untuk kali kedua. Saya rasa agak mahal sebab baru 3 hari guna sink & tersumbat balik. Bukan 3 minggu atau 3 bulan. Selepas negotiate, akhirnya saya cuma bayar RM40 untuk kos upah kali ke-2.
Terima Kasih atas nasihat Encik melalui blog Encik. Oleh sebab kami semua tidak mengetahui jarak plumber ke tempat tinggal Encik, jadi memang berpatutan kira kos pembayaran melalui tripnya iaitu RM 50 – RM 100 satu trip memang berpatutan. Yang penting, Plumber buat kerja, kami yang minta bantuan perlu sentiasa memberikan maklumat dan juga penyelesaian sendiri sebab membaiki paip-paip ni memang kerja macam PUZZLE sebab saya pun ada cuba baiki guna cara sendiri tetapi tidak efektif. Plumber yang saya kenali memang berhati baik juga, dia beritahu harga dia ingin dan saya pun beritahu harga saya, yang penting, sebab saya pun kira “menolong” dia, dapat lah discount sikit. Tapi pecah simen memang charge tinggi, saya pun pernah cuba beberapa plumber dulu, charge sampai RM 600 dalam sehari bersamaan tukar bola air sahaja. Oleh itu, apabila minta plumber, memang perlu sedia dua barang: RM 100 sekurang-kurang untuk sehari dan membantunya seperti alat-alat yang dia ada ataupun segala maklumat paip yang anda ketahui, memang boleh dapat discount sikit.
Melalui masalah yang sering berlaku dalam rumah Encik, memang Encik harus cuba renovate sikit rumah supaya paip terus sambung ke semua paip-paip modifikasi di luar dinding, lebih baik bayar harga sambung tak sampai RM 1000 atau lebih sikit daripada pecah dinding memerlukan kos-kos tinggi. Biar paip-paip dalam dinding dibiarkan sahaja dan gunakan paip-paip sambungan luar tetapi dipasangkan ke kawasan atas pun tak apa, yang penting, air mengalirkan?
Saya nak tanya pendapat. Saya ada masalah kebocoran paip dalam dinding menyebabkan siling basah dan berlubang, 2 saluran paip tersumbat di sinki dapur dan sinki dalam bilik air tingkat atas.Rumah 2 tingkat. Kabel elektrik kat main switch terbakar.Kos nak baiki dalam RM3700. Mahal tak kos tu. Berbaloi ke?
#barang dibeli oleh owner#
1)paip bocor dlm simen – pecah tiles & simen, inspect, tukar@baiki paip, pecahkan simen lg, tampal simen waterproofing (upah depends pd keluasan lantai), tampal tiles, waterproofing lg skali@crack sealent = +-Rm75-90/sqf + Rm150-200(pecah+tampal simen)
2) 2 salur sinki tsumbat – buka trap, korek, lalukan air, tutup trap, msukkan chemical drain cleaner, bilas = +-Rm100-150
3) kabel main suis terbakar – full & through inspection seluruh rumah = +-Rm100-200 (trust me..memang rumit leceh penat), inspection pd main suis – periksa kerosakan wayar@ komponen dlm main suis, tukar dB@main suis = +-Rm100(leceh rumit penat Bahaya)
Nice sharing Deen
Saya seorang mengecat rumah.saya pengalaman lebih kurang 3tahun lebih.saya mahir dalam bidang mengecat.tumpang promote ye boss…my number 01137120362..Arael selangor and kl sahaja.untuk perhimatan mengecat rumah.
Betul,kos selenggara bertambah dan tuan rumah kena tanggung pulak
Sy tukang paip. Kadar upah rm80 1jam pertama. Rm65 1jam seterusnya. Sbb, job x datang hari-hari. Harap maklum.
Ahmad, jangan bimbang, saya x pertikai kos upah tu, kalau dah cakap awal awal sejam RM80 so ok jer. NI x cakap apa apa, saya sebagai orang awam memang x tahu, tetiba kena “ratus” ringgit, terkejut. Kalau xda duit kan naya juga ka tukang paip sbb saya x leh nak bayar.
Dalam masa yang sama 2 tukang paip lain pun yang tiba ke rumah saya memberikan kadar RM100 lebih ja untuk tugas yg sama, jadi memang terasa mahallah
ya semua memang ada pendapat masing2 jadi yang dah terlanjur kira kalo mahal ya itung2 bantu dia orang ada baik jua DIY……..DO IT YOURSELVES CUMA SAYANGNYE TAK BANYAK orang punya masa…….
hahaha… tukang paip lain datang rumah tuan dia kata dia dia akan cas RM100..murah tu…nasib baik dia xckp rm20 jer….biasa la tuan… org kedua atau seterusnya, berapa pun dia blh cakap sebab benda dah jadi…silap2 kalau dia yg pertama lbh mahal…saja ambil kesempatan tu…maaf ni cuma pendapat dan dr pengalaman sy la…jgn marah…..seperkara lagi ada benda kita nampak mudah mcm blh buat sendiri tp blum pasti….kedua… tukang paip tu pun nak kata xpandai pun xjuga tp mungkin nasib dia kurang baik pada kerja dia kali ini…sbb kekadang apa2 kita buat ada masanya nasib xbrp baik, akan timbul masalah tak diundang…dah buat dah baiki semua jadi lagi…nak kata tipu xjuga..mkg nasib xberitu baik pada masa tu,,,bkn senang nak buat benda yang sama berulang2…jd jgnlah kita cepat menuduh..mmg ada yg begitu tp xsemua…..
saya setuju dengan kamalaziz
100 lebih itu tak Mungkin bro..pikir pakai akal,ketepikan sementara desakan hati,kan boleh dpt jwpn yg munasabah bro..cubalah…
Area mana ni boss?
Erm..just tukar kepala pili patah n ketuk sikit n xsimen dah kenakan charge rm200..keje x sampai setengah jam..sedih
Kos barang :
Stopcock tembaga ½ inci rm 16
Valve soket ABS ½ inci 2pcs rm 2
Soket ABS ½ inci 2pcs rm 2
Shower ( agak2 nampak mahal ) rm 25 kalau plastik je rm 6
Simen putih 2kilo rm 6
Upah rm 100.
Mmg agak tinggi harga yg encik bayar. Itu hanya pandangan sy..
murah…kalu saya rm600 kos bahn,.minyak ,tenaga kerja,dan jaminan kerja 6 bulan,,tapi saya bikin 1 hari je…hehe mcmni
kalu sub cina buka sebut harga jadi atau tak rm 50 sebab ambil kira gaji dulu…nak free dan murah sendiri bikin
Paip ape yg jenis ok dan tak mudah patah ye. Baru repair tadi DIY tapi tup tup paip patah dlm dinding. Beli jenis plastik punya. Mula2 patah kat paip je, masa nak keluarkan yg patah tu, bahagian sambungannya pulak patah. Aduilaaa.. Dahla dok apartment, bilik air ade mozek lagi. Ada sesapa boleh recommanded tak. Kalau ade plumber bolehla risik2 sikit. Anggaran kerugian agak2 berapa ye? Hmmm. Area klang.
saya x pasti paip plastik jenis apa yang tuan Shah pakai, selalunya batang paip jenis pvc x mudah patah tuan. Kena cari plumber berdekatan tempat tuan cepat skit, takut bocor sampai ke rumah jiran di bawah
Tuan..kalau nak khidmat plumber roger.. area lembah klang/putrjaya/serdang/balakong/seri kembangan.
0134890883
terbaikk
terbaik Amir
Kalau nak tukar kepala paip dan dan pelampung tangki air berapa upahnya?
Tuan ada no fon singki sy trsumbat
Paip plastik jenis PVC (berwarna kelabu) adalah yang terbaik setakat ini berbanding ABS (kebiasaannya berwarna biru gelap).
Kalau tak silap saya, paip PVC ada tiga (3) gred;
i. Class 7 (paling tebal)~biasanya digunakan untuk ‘outdoor’, ada SIRIM approval
ii. Class 6 (sederhana tebal)~biasanya digunakan untuk ‘indoor, ada SIRIM approval’
iii. Class D (paling nipis)~biasanya digunakan untuk paip sambungan sementara, TIADA SIRIM approval.
Sekadar perkongsian.
terima kasih Ahmad
sbb tu saya kata…kekadang kita rasa mudah cam boleh buat sendiri…contoh macam masak nasi la…semua orang bole masak, beza sedap ngan tidak jer…begitu juga ketukangan atau apa2 jer…kalau dh mmg kerja dia kita npk mudah, senang cam blh buat sendiri..tp si tukang tu pun sebelum nak jadi mudah atau pandai bg dia byk gak kos dn pengalaman susah senang marah herdik dia kena lalui…..tapi xsemua..bila buat baru tahu mudah atau tidak…dan barangan yang dibeli pun nampak cam real…malah kekadang kita bandingkan kenapa kedai tu mahal tp kat kedai lain murah…yang penting kita kena kenal barang juga, mana yang baik mana yang tidak..sbb tu murah…sbb skrg susah nak percaya samada barang tu betul2 bagus atau ori…lagi2 kalau bli kat kedai RM2 atai D.I.Y,,,semua produk CLONE(Tiruan) jer…sbb tu murah…
Sy pun buat kerja paip
pada saya caj yg dikenakan x mahal
sbb kos untuk 2 pekerja adalah 250/ day.
encik salah baca, cerita di atas adalah tentang kos seorang pekerja
Salam semua.
Sy juga seorg plumber & wireman.
Biasanya kes yg mcmni,
Kos siap semua dlm Rm200-Rm250. (Upah + brg + warranty)
Tumpang iklan admin.
Masalah dlm & luar rumah (hub:)
0193000631 zaidi
https://m.facebook.com/24hyourhomeservice/
boleh silakan
Salam.. Nak tanya kalau kos dan upah utk tukar kepala paip dan pelampung tangki air berapa ye…
Saye baru saje repair paip pecah dalam dinding Rm350.00…Itu adalah normal price..Saye ade panggil cina Rm650 dia nak caj…Bagi saye sekiranya caj tidak melebihi Rm400 adalah Ok..Yang penting cari yang terbaik jangan terburu-buru..Biaselah kita mengunakan servis/perkhidmatan nak tak nak bayar…Sama seperti GST… #Just share
setuju dengan apa puan cakap
Assalamualaikum. Bro nk kata upah dua hri dgn minyak kereta dua hari, makan tghri dua hari duit colection modal beli tools lg mesti nk kene collect pling tidak pun 10$ sekali turun padang ini adat tukang2 atau pun makenik outdoor..kot2 klo mesin atau tools rosak duit tools ni la yg kami gune… 395 tu memadai la tu…… Plumber tu punya bangang hri ketiga xpayah la crta….kire dua hri je la… Dgn harga patut ni bro..,klo awk panggil dia dtg sebb warranty blom tentu die nk dtg… Klo dtg pun dia buat cas baru… Sebb 395 die kire tu sekadar upah dan harga barang…warranty plumber tu da xhirau da…sebb dia bangang sikit je…hihihi🤣🤣😂😉
saya plumber kawasan lembah klang 0173993539 (whatsapp)
saya plumber yg buat kerja2 projek perumahan, bangunan high rise sekolah2.. saya juga buat kerja2 kecik mcm klu ada paip sumbat, paip bocor dlm dinding.. preassure air tak kuat… dan lain2 lagi yg melibatkan kerja paip bersih dan paip buang serta paip kumbahan. in shaa allah boleh diselesaikan. harga dan upah boleh bincang…. sekian terima kasih…
kalau tukar paip besi kepada polipipe,, 1rumah… 3kepala paip + 1paip mand siraman ,berapa kene cas ye
Kalau buat bypas dari meter luar ke atas siling depan rumah, paip tak tanam dlm dinding, guna paip pvc tp yg tebal, takde pecah2 dinding, brg beli sendiri ikut apa yg die nak, dlm rm300 (itupun ada yg brlebih2 dkat rm50 jugak), pengangkutan dia dah lepas sbb ambil dan hantar sampai umah, upah dia rm650 die mintak..mintak kurang dapatla rm500. Mmg mcm tu ye harganya?
Apalah korang ni. Dia tanya, kalau nak diikut profesionalisma sebagai tukang, kecuaian dan kealpaan sendiri sepatutnya tidak diambil kira.
Inilah yang diterapkan didalam Sistem Latihan Dual Nasional. Sifat profesionalisma perlu ada. Jangan aniaya pelanggan atas kecuaian diri sendiri.
Setiap kerja ketukangan ada prosedur, jika tidak tak adalah kualiti kerja, jika tidak ada kualiti kerja, pelanggan lari.
Sikap beginilah akan menunjukkan tukang masih ditahap lama dan tidak berkualiti.
Jika di luar negara, tukang begini akan kekal dengan upah yang murah. Tukang yang mahal terjamin kualiti kerja, kekemasan bekerja dan kekemasan selepas kerja.
Sebaiknya, runding dulu ngan plumber kos keseluruhan baik pulih dah setuju baru buat. Perkara yg perlu diambil kira; kos minyak, kos barang yg berkualiti, kepayahan kerje, masa yg diambil. Ini semua yg ramai kita tak sedar. Yg paling penting pastikn plumber buat betul2 dgn siap test seblm balik. Dan tanya warranty berapa lama, sekiranye masaalah sama berlaku dlm masa warranty, plumber kene perbaiki tanpa kos dikenekan. Sbb setiap masaalah plumbing berbeza walaupun keje baik pulih nampak cam sama. Tentu kos nye akan berlainan, yg penting bincang dan setuju dulu seblm buat. Kalau mahal atau murah pun anggap lah membantu sesama insan. Saya mmg sangat setuju kerje buat plumbing ni nmpk senang diy pun rasa boleh. Namun selalunye ” indah khabar dari rupa” kekadang diy akan memunahkn lagi masaalah yg sedia ade. Beli peralatan pun mahal, kalau salah beli kan pertambahan kos? Saran saya, cari yg betul2 faham ttg plumbing dgn uji dia utk cerite permasaalahan yg berlaku dan tanya solusi penyelesaian nye. Mgkn dari jwpn nye dpt juge kite agak2 dia pandai atau tidak. Waullahualam. Sekadar pandangan dan perkongsian.
Ini mesti cari plumber melayu… melayu ni meniaga apa pun nak kapak gila2 tak masuk akal punya…
Pasal dah terpengaruh cerita drama pkul 7 org2 kaya… nak kaya cepat…
Cari plumber cina la… lebih reasonable…
Plumber ke penyamun??? Cik joyah, plumber indon pon cekik darah juga.. hahaha….. dari gambar, paip biru jenis ABS, so ABS solvent yang digunakan akan mengeras dalam 3 jam, tak sama mcm gam PVC. So dinasihatkan dalam masa 3 jam tu tutup lah stop cork yang berkaitan, kalau tidak sambungan akan terbuka. Bab upah tu agak subjektif, tapi biarlah munasabah. Kalau caj lebih dengan alasan sampai 3 hari punya kerja padahal sehari boleh siap mmg mengarut tu. Setengah hari boleh siap dah…
tp knp plumber yg btol kan paip sya tu dia ckp bukak pili air tu kuat2..sya ckp lah kan br gam..biar lah dulu,nanti bocor balik..dia ckp xdelah…ke sya pon dah terkena ngan taktik dorg
yang ni saya x leh komen, mungkin gam tu jenis kena air terus kering kot, mungkin lah, atau baru lepas gam, kalau tutup pili air, tekanan air kuat dan bocor semula, maka kena bukak pili kuat kuat, mungkin lah,
Rumah aku ni rumah kampung, beberapa minggu lepas pindahkan meter air dari laman rumah ke seberang Parit tepi jalan…Kos RM500 tapi dia siap sarung besi untuk saluran yang menyeberang Parit tu…simen dan guna paip stainless steel.
Dibuat kerja tu berdua…tapi cepat…Sejam setengah dah siap.
Disebabkan PKP aku okey je. Lagi pun tukang paip tu pakai Baju komando.😆😆😆
Dia punya jarak yang ubah tu berapa jauh? Kiranya kerja ni dri sebelum meter la?
Kes ni mmg plumber itu kurang berpengalaman…. Sepatutnya setengah hari dah seattle hal ni, ini mengambil masa 3 hari disebabkan kecuaian plumber… Mmg tidak munasabah sebab yg diberikan oleh plumber itu, tapi upah dia kenakan tidaklah tinggi sangat, jikalau 1 hari kerja ini siap dan upah juga sama…. Bagaimana pula pandangan kita?
apa logik yg awak pakai ni? adoi..
kalau upah saya brg awak beli.. kepala pili paip dan pancuran air mandi.. simen sy akan beli sekilo rm4 pasir sekilo rm4 rm8.. upah saya pasang brg, tebuk simen, menyimen dan skill siap semua 100, tp kalau melalui compony upah akan menjadi rm250.. cari plumber yg betul mahir.. kerana kes cam ni paling lama ambil masa hanya 2 jam sahaja.. tips untuk memudahkan.. beli brg sendiri semua siap,, panggil je org pandai buat dan upah saja dia rm100..
salam..sya baru jer terkena..asl nya ade paip bocor time sya pasang kepala paip..pastu leh terlanggar.so dia bocor kt soket tmpt kita nk sambung kepala paip tu..sya da siap tebuk kt tmpt bocor tu..cume perlu potong gergaji n gantikan soket baru..pas dia cungkil2 tmpt bocor tu pkai skru driver..keje senang sebab simen tu jd senang nk korek psl dlm dia basah kan..buat keje xsmp 15minit..keje da siap..tau2 kena charge RM250…kalo ade tukar paip sya leh terima lg..ni tukar soket penyambung paip tu jer kot..
tu la, saya x pertikai “harga” kalau kena dengan cas barang dan servis yang mereka berikan. Kalau dari cerita tuan ni, tukar soket penyambung pastu kerja x sampai 15 minit, kena cas RM250 bagi saya agak mahal lah
Saya pernah menghadapi masalah yang betul2 sama dengan kes tuan. Saya telah di charged RM900 oleh plumber baiki kebocoran, tiada pecah atau apa2 . dia cuma tukar kepala paip sahaja . memang saya sangat terkejut . Katanya service plumber memang macam ni. Saya sangat kecewa tapi tidak ada pilihan. Katanya kalau pecah kan dinding mencecah beribu ringgit.
Di tempat Sya skrg ni,masalah air selalu sj berlaku dan ini menyebabkan penutupan bekalan air berhari -hari menyebabkan masalah enduduk di sni.Melihat akan keadaan ini,penduduk tlh berusaha untuk menyelasaikannya dgn membeli tangki besar UTK menampung air.Jd,sya bru dpt krja memasang paip sebuah rmh menggunakan poly paip 3/4 utk supply air dari meter naik ke tangki dan dari tangki pula Sya pasangkan poly paip ke tiga bahagian utk masuk ke dlm rmh.Jd masalah Sya skrg ni,mengenai kos upah kerja pemasangan poly paip dari meter naik ke tangki dan dari tangki pula Sya pasangkan ke tiga bahagian UTK masuk ke dlm rmh,tq
assalamualikum paip outdoor belakang dapur rumah saya dah burst dan air memancut dalam 4 lubang yang bocor , dan ada paip air depan rumah belakang paip yang dekat dengan dinding dah pecah , dan tangki air atas rumah dah bocor sebab tangki air dah berumur lebih 20 tahun sebab dah banyak kali tampal ……
saya nak tukar semua paip outdoor tu dalam 5 meter termasuk laa beberapa L joint n T joint dan tukar tangki air
dah bertanya kepada beberapa plumber ada rm 1600(non pro) dan ada rm 2000(pro) dan ada rm 2500 ++(pro) berbaloi dan murah tak harga barang tu smua termasuk upah ?
Assalamualaikum boss.. Sy kerja dalam bidang building management.. Tu kira murah lah.. Kalau boss cari yang betul professional harga lagi mahal.. Ya memang dia ada silap tapi tu problem dari skill dia.. Type rumah apartment memang harga mahal sikit.. Kalau boss rasa nak lebih murah boleh diy je kalau barang complete.. Tu belum kira repair plaster ceiling rumah bawah.. Kalau ikut undang2 Strata memang boss yang kena tanggung kos repair.. So conclusionnya lebih baik tanya harga dulu anggaran berapa sebelum jalan kerja supaya tak terjadi macam kisah orang ni..