Pendapatan Bulanan Blog Bagi Bulan May 2014 – Nampaknya kita hampir untuk ke penghujung bulan May 2014. Seperti biasa seperti pada bulan lepas, saya telah mula berkongsikan tentang laporan pendapatan bulan April dan untuk bulan ini juga saya akan teruskan juga. Tujuan berkongsikan dengan kawan kawan adalah untuk memberikan gambaran sebenar akan bagaimana blogger boleh buat duit melalui blog dan berapakah jumlah yang mereka dapat. Adakah buat duit dari blog itu suatu yang realiti? Ini bagi membangkitkan minat bagi blogger newbie baru yang baru hendak belajar tentang dunia blog dan juga tarikan buat duit dari blog.
Buat duit dengan blog juga seperti melakukan bisnes yang lain, Tidak kira samada bisnes online mahupun offline, setiap bulan pasti ada pasang surutnya. Dan seperti yang anda ketahui, saya pernah memberi tahu anda yang saya sedang membina website/blog baru yang berorientasikan “english” 100% dan pertama kali saya mahu terlihat didalam industri yang berjeniskan “Niche”. Oleh kerana itu, anda dapat lihat yang blog MyRujukan untuk bulan Mei ini seperti kurang “update” dengan artikel terbaru kerana saya terpaksa memberi tumpuan lebih di blog/website yang baru.
Laporan Pendapatan Bulanan Blog May 2014
Nampaknya website/blog baru saya itu saya ada buat kesilapan yang agak besar iaitu tidak melakukan penilaian terhadap jumlah pesaing “competitor” yang agak sangat tinggi dibidang “Niche” tersebut. Walaupun begiru saya tidak boleh berpatah balik dan kena teruskan juga. Persaingan yang tinggi menyebabkan kita sukar untuk mendapat trafik dan sukar untuk menduduki rank terbaik disenarai engin carian seperti Google. Disebabkan “pertama kali” ini, saya berasakan tidak ralat. Ianya proses pembelajaran untuk diri. Selepas ini akan semakin mantap untuk melakukan sekali lagi.
Seperti yang anda tahu. Bulan lepas pendapatan dari blog mencecah sehinggan RM1100. Dan untuk bulan May ini ianya turun dengan agak ketara kerana kurang perhatian diberikan untuk melakukan promosi dan menerbitkan artikel terbaru. Kejatuhan pendapatan dari blog untuk bulan Mei ini masih lagi berada didalam lingkungan yang masih boleh saya terima kerana saya telah menetapkan sasaran minimum yang perlu saya dapatkan untuk setiap bulan iaitu RM500 sebagai asas minimum.
Dan alhamdulillah, dengan penetapan asas minimum RM500 sebagai basic asas pendapatan dari blog yang perlu saya capai itu membuatkan saya cuba dan terus berusaha untuk tetap berjaya melepasi target yang diberikan kepada diri sendiri. Dan untuk pengetahuan rakan rakan pembaca blog ini, pendapatan bulanan blog ini bagi bulan May 2014 adalah sebanyak RM600. Walaupun turun tetap juga bersyukur. Amin
14 Comments
Janji ada pendapatan setiap bulanan pun dah kira syukur.
bro mesti lagi banyak kan
ok dah tu. banyak gak tu.
tapi ko lagi banyak bro
Susah jugak nak dapatkan income melalui adsense ni. Dengan Innity rileks je ber k k sebulan kalau time iklan banyak.
Innity saya x pernah dapat, hehe
dapat RM600 sebulan tu memang terbaek tu bro.. den pun tak mampu
kamu mesti boleh bro
best tu, tapi otai biasa la kalau nak banding gua yang tersangat la nubis ni hehe
tipulah, trafik blog bro tinggi mesti duit pun dapat banyak kan, betul x
wow..memberangsangkan.. tahniah!! moga murah rezeki selalu. .
minnn
best tu..RM600 bleh buat bayar bill api, astro semua..rezeki tu bro 🙂
aminnn