Kalau di Malaysia, antara media sosial yang popular digunakan adalah seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan juga Whatsapp. Anda antara orang yang banyak menghabiskan masa dengan menggunakan sosial media seperti ini? Mahu tidak kalau saya kongsikan dengan anda cara mudah untuk anda buat duit atau dapat duit dengan hanya like dan share Facebook misalnya. Kerja tugasan Facebook ini adalah contoh sahaja. Anda mungkin diminta untuk melakukan kerja kerja tugasan selain Facebook asalkan masih dalam skop media sosial. Berminat?
Sebelum kita bercerita lanjut, mungkin ada yang mahu tahu tentang jumlah pendapatan yang boleh anda jana dari kerja kerja seperti ini bukan? Untuk pengetahuan anda, tugasan seperti ini termasuk dalam kerja “micro ekonomi”. Ada yang sebut buat duit cara ini dinamakan sebagai “gig ekonomi”. Tidak kisah apa nama panggilan yang diberi. Ianya bermaksud konsep kerja dan pendapatan dalam skala kecil kecilan. Pendapatan income bersesuaianlah dengan kerja yang diberi. Ianya dari sekecil 20 sen sehingga RM1 untuk setiap kerja yang diselesaikan. Teringat saya, pendapatan seperti ini hampir sama dengan tugasan kerja menjawab survey online.
Like Dan Share Facebook Pun Boleh Dapat Duit – Bagaimana?
Mungkin ada yang merasakan ianya sangat sedikit. TAPI…. jumlah pendapatan yang terhasil akan meningkat berdasarkan RANKING anda. Lebih banyak kerja yang anda berjaya siapkan, anda akan dinaikkan pangkat. Dan dari pangkat itu nanti setiap tugasan yang anda selesaikan akan dibayar lebih mahal dari biasa. Semuanya bergantung kepada usaha anda. Kalau anda jenis suka menghabiskan masa yang lama di media sosial, tidak kisah dengan bentuk tugasan yang diberi dan “ok” dengan jumlah komisen yang diberi, maka kerja kerja micro gig ini sangat sesuai dengan anda.
Sebenarnya apa bentuk kerja atau tugasan yang diberikan. Antara kerja tugasan yang anda boleh pilih untuk buat adalah seperti follow instagram, like, share dan tag Facebook, Google review, buat posting di Facebook dan bermacam macam lagi untuk kerja yang boleh dilakukan di sosial media. Contoh paling mudah begini. Saya sebagai advertiser misalnya. Baru buat akaun Facebook. Mahukan orang like page FB saya. Maka setiap orang yang like FB akan saya beri 20 sen. Jadi kalau anda like akaun FB saya, anda dapat 20 sen. Mudah bukan!
Jadi macam mana hendak join dan mula buat duit di Facebook untuk kerja tugasan micro gig ini? Sebenarnya bentuk tugasan ini dijalankan oleh website Cybertrooper.ORG. Anda kena daftar sebelum boleh melihat tugasan kerja yang diberikan. Selepas mendaftar, pangkat anda adalah yang paling bawah sekali iaitu sebagai “Prebet”. Biasanya anda hanya perlu memilih kerja yang anda mahu buat. Klik “Join” dan lakukan tugasan tersebut dan wajib upload bukti. Selepas dibuktikan anda telah siap melakukan tugasan yang berikan, barulah upah dimasukkan ke dalam akaun anda.
Jumlah yang terkumpul bolehlah anda keluarkan (withdraw) terus masuk ke akaun online bank anda. Mudah bukan. Untuk anda lebih mudah faham atau untuk meyakinkan anda yang program buat duit online seperti ini mudah dilakukan, saya sudah sediakan video untuk anda tonton di bawah ini. Bagaimana? Tugasan yang ada adalah mudah bukan? Kerja tugasan mudah dilakukan bukan? Berbaloilah dengan pendapatan yang diberikan. Orang kata sambil main sosial media pun boleh buat duit betul? Kerja seperti like dan share memang semua orang pun buat selalu. Saya pasti anda pun sama. Paling tidak hobi bersosial media di Facebook pun sudah boleh dapat duit. Dapatlah dari tiada dapat apa apa walaupun kecil?
Sebelum saya terlupa, jika anda seorang advertiser pun boleh sertai program ini ya. Advertiser inilah yang akan mengeluarkan “bajet” untuk memberikan komisen dalam bentuk pendapatan kepada peserta yang telah menyiapkan tugasan yang diberikan. Dengan cara ini anda boleh memperluaskan brand anda dengan mudah. Contohlah, anda mahu promote bisnes anda di FB. Anda sudah ahli yang like dan share posting produk anda di FB mereka dan akan membayar 50 sen setiap posting. Masing masing samada ahli atau anda sebagai advertiser pun dapat manfaat betul? Berminat? Daftar sekarang.
1 Comment
mcm mne nk joint??