Close Menu
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
  • Home
Button
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
Home»Tips»Kewangan»Apa Itu Luno Malaysia?
Kewangan

Apa Itu Luno Malaysia?

adminBy admin29/07/2023No Comments4 Mins Read
Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Telegram Email

LUNO adalah sebuah platform CRYPTO EXCHANGE!!!. Kalau anda biasa dan pernah melakukan transaksi jual beli saham di mana mana platform seperti MPlus misalnya, maka LUNO ini adalah sama 100%. Cuma yang berbeza adalah Luno adalah tempat untuk anda berdagang jual beli aset digital crypto. Buat masa ini, Luno Malaysia hanya memperkenalkan krypto seperti Bitcoin (BTC), ETH, ADA, LINK, BCH, UNI, AVAX, LTC, SOL dan juga XRP. Jelas ya.

Adakah Luno Malaysia berlesen? Jawapannya adalah YA. Luno adalah platform crypto exchange pertama yang menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk beroperasi secara sah di Malaysia. Dengan adanya kelulusan undang-undang, maka transaksi perdagangan crypto di Malaysia pasti akan menjadikan pelaburan dalam aset cryptocurrency menjadi lebih selamat. Apa bukti Luno berlesen dan sah beroperasi di Malaysia? Sila baca artikel ini – [ LIST OF REGISTERED DIGITAL ASSET EXCHANGES ].

Luno boleh menyimpan coin crypto anda
Luno boleh menyimpan coin crypto anda

Adakah Krypto Patuh Syariah? Crypto di klasifikasikkan sebagai aset digital (digital asset) oleh Securities Commission Malaysia (SC). Dan majlis penasihat syariah mengeluarkan kenyataan begini iaitu “pelaburan dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat-syarat .… dan didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan SC” sahaja. Luno Malaysia merupakan salah satu syarikat yang mendapat lesen untuk menjalankan operasi Digital Aset Exchange daripada Suruhanjaya Sekuriti. Baca di sini – [ Keputusan Majlis Penasihat Syariah SC ].

BERITA TERKINI LUNO (July 2023) – Di Malaysia, Luno telah beroperasi secara rasmi sejak 2019 yang lepas. Untuk pelanggan tempatan sahaja, Luno mempunyai 840,000 pengguna berdaftar, dan telah memproses lebih 73 juta transaksi melibatkan Bitcoin sahaja setakat ini (credit artikel Amanz.my)

Adakah Selamat Beli Crypto Di Luno? Jujur cakap, selagi syarikat tersebut bukan di atas kawalan kita 100%, maka tidak ada jaminan yang ianya selamat 100%. SC Malaysia hanya memantau dan berikan lesen kepada Luno Malaysia yang memerlukan Luno mematuhi syarat syarat yang telah di tetapkan oleh SC sendiri. Cuma dari pengalaman peribadi, saya boleh katakan yang Luno di Malaysia adalah selamat untuk kita melakukan transaksi jual beli crypto.

Kelebihan Luno – dari pengalaman peribadi, proses untuk mendaftar dan menggunakan platform Luno adalah sangat mudah. Rasanya orang yang tidak ada asas trading pun boleh faham cara guna. Kepada yang mahir pula, boleh tukar chart view kepada paparan professional untuk analisis terperinci. Tahap keselamatan pula sudah sangat selamat kerana banyak ciri sokongan seperti cap jari, PIN, 2FA, dan kebenaran khas untuk menghantar cryptocurrency.

Chainlink Uniswap Luno Malaysia
Chainlink Uniswap Luno Malaysia

Kekurangan Luno – buat masa ini, kekurangan yang ketara adalah tidak ada pilihan pembelian dan pembayaran menggunakan kad kredit. Hanya boleh deposit duit melalui bank in dan FPX (online banking) sahaja. Dan cas transaksi agak tinggi berbanding platform lain yang serupa. Tetapi tidaklah mahal mana. Cumanya ianya agak mahal berbanding pesaing lain. Itu sahaja. Jelas ya.

Digital Asset Exchange (DAX) Malaysia

  • [ LUNO ] – sila klik website ini, daftar dan login.
  • Sila deposit duit di akaun Luno anda menggunakan online banking
  • Boleh mulakan trade beli dan jual bitcoin secara sah di Malaysia
  • DONE!!!

Kalau anda daftar melalui link di atas ini. Kalau anda deposit minima RM 250 ke dalam Luno dan beli Bitcoin (BTC) ke semua wang tersebut. Kita sama-sama dapat Bitcoin (BTC) percuma bernilai RM 25.00. Terpulang kepada anda.

Di dalam Luno buat masa sekarang ada crypto Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litcoin (LTC), Bitcoin Cash (BCH), Avalanche (Ava), Uniswap (Uni), Chainlink (Link), Cardano (ADA) dan juga Ripple (XRP). Saya sendiri hanya membeli BTC, ETH dan juga XRP yang bagi saya adalah bagus untuk jangka panjang. Ini hanya pendapat sayalah. Ada banyak lagi coin token crypto yang bagus yang tiada di dalam Luno Malaysia. Apa apa pun sila buat kajian sendiri sebelum mula melabur dalam dunia blockchain cryptocurrency ini ya. BYE!!!.

Luno Malaysia
admin
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Related Posts

Ringkasan Apa Itu Bitcoin

21/11/2023

Sistem Auto Trade Gold Malaysia

19/11/2023

Aplikasi Penghantaran Makanan Misi Rakyat

16/11/2023

Cara Bayar Cukai Tanah Johor Online

13/11/2023

Cara Guna Sistem MudahTrading.Com

11/11/2023

Robot Auto Trade Emas Malaysia

11/11/2023
Add A Comment

Leave A Reply Cancel Reply

Don't Miss

Cara Withdraw Duit Tiktok Shop

26/11/2023

Ada orang tanya susah ke tidak untuk buat duit di Tiktok? Jawapannya adalah 100% mudah…

Ringkasan Apa Itu Bitcoin

21/11/2023

Buat Duit Dengan Involve Asia

20/11/2023

Sistem Auto Trade Gold Malaysia

19/11/2023
Stay In Touch
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram
  • WhatsApp
About Us
About Us

We're accepting new partnerships right now.

Email Us: moham29577@yahoo.com
Contact: +60174836797

New Comments
  • admin on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • A NAZERI on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • anas on Homestay Aqil Penang Luas Dan Selesa
  • Haikal on Kos Upah Tukang Paip Plumbing Mahal Atau Murah
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
© 2023 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Ad Blocker Enabled!
Ad Blocker Enabled!
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.