Sudah beberapa minggu isteri menyebut mahu pergi makan di Restoran ayam goreng Texas Chicken Malaysia. Katanya sebab cadangan kawannya sendiri yang mengatakan sedap. Saya sendiri sebenarnya baru pertama kali mendengar akan nama jenama restoran fast food ini. Katanya baru dibuka di Pulau Pinang. Oleh kerana si isteri memang suka mencuba makanan makanan baharu dan saya sendiri suka juga untuk mengetahui apakah konsep, jenis makanan dan “Rasa” dari kedai makanan segera ayam goreng terbaru ini. Apakah ianya mampu untuk bersaingan dengan restoran segera lain seperti KFC dan juga McD? Itu apa yang saya fikir sebelum ke sana.
Dan semalam semasa sedang memandu kereta berjalan jalan mencari makan malam. Isteri memberikan idea untuk makan di restoran ayam goreng Texas Chicken Malaysia. Saya terus bersetuju. Hasil dari jawapan rakannya, beliau memberitahu yang lokasi kedai fast food ini di seberang perai butterworth adalah di Jalan Raja Uda. Kami berdua memang tidak pernah pergi atau melalui kawasan ini. Dan setelah ke sana mencari akhirnya kami jumpa lokasi restoran tersebut. Kami sampai pada pukul 11.30 malam. Masih belum ditutup. Selepas bertanya baru kami tahu yang ianya ditutup pada pukul 12 tengah malam. Masih sempat lagi.
Restoran Fast Food Ayam Goreng Texas Chicken Malaysia
Pertama sekali. Apa pandangan saya setelah masuk ke restoran Texas Chicken Malaysia ini? Saya boleh katakan yang ianya hampir sama sahaja bentuk rupa kedai dan tempat order makanan dengan restoran fast food lain seperti KFC dan juga McD. Dan menu yang dipaparkan di papan board sebelah atas sangat jelas dan mudah untuk membuat pesanan makanan. Dan terdapat juga menu di atas meja untuk melihat lebih dekat. Apakah menu utamanya? Oleh kerana nama kedai ini adalah Texas Chicken Malaysia, sudah tentu menu utamanya adalah AYAM dan ianya bakal bersaing dengan KFC.
Apakah menu yang ada? Dari apa yang saya lihat, nampaknya menu yang ada di Texas Chicken Malaysia sepertinya adalah menu yang dikombinasikan antara KFC dan juga McD. Saya tidak katakan mereka meniru KFC mahupun McD. Cumanya menu yang ditawarkan adalah lebih kurang sama dengan apa yang ada di kedua restoran tersebut. Menu yang ada adalah seperti ayam goreng, kentang goreng, biskut madu yang sedap, burger, wrap, aiskrim, nugget, kentang lenyek, coleslow dan juga bubur. Bagaimana dengan harga? Mahal atau tidak? Lebih kurang sama dengan harga yang ditawarkan oleh kFC dan juga McD.
Jadi apakah pandangan saya setelah makan di restoran TexasChickenMalaysia Penang ini? Setelah makan ayam goreng sebagai menu utamanya, secara peribadi saya berpendapat yang rasa ayam goreng KFC dan juga McD lebih sedap menurut lidah dan selera saya. Bagi isteri saya, beliau sukakan rasa ayam goreng Texas Chicken ini. Dan makanan berbentuk “wrap” saya sangat suka. Memang sedap. Tetapi soal rasa ini adalah subjektif. Lain orang mungkin suka lain rasa. Apa yang menarik dan bagus tentang restoran ayam goreng Texas Chicken Malaysia ini adalah, saya suka dengan servis air minuman yang boleh “refill” tambah air dengan percuma tanpa masalah. Ini sangat bagus.