Malaysia Reverted Muslim – Assalamualaikum. Seperti diketahui yang Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang unik yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Bumiputra Sarawak. Ada lagi kaum lain yang terdapat di Malaysia ini tetapi kelima lima ini yang paling besar, dominan dan paling dikenali di Malaysia ini. Alhamdulillah setakat ini kaum kaum yang terdapat di Malaysia ini mampu bertolak ansur sesama sendiri dan hidup aman harmoni walaupun terdapat disana pertelingkahan kecil yang bagi saya tidaklah membawa kepada rusuhan kaum yang keterlaluan seperti yang berlaku dinegara lain. Malaysia masih lagi terbaik setakat ini.
Malaysia sebuah negara Islam (majoriti) yang dianuti oleh kaum Melayu. Dan disebabkan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia ini, ianya memungkinkan akan ada dan terwujudnya orang Islam dari kalangan Cina, India, dan juga Bumiputra Sabah dan Sarawak. Oleh itu komuniti Islam yang kecil dan terpecah pecah ini seharusnya disatukan untuk membentuk persatuan atau komuniti Saudara Baru Islam di Malaysia. Tujuan persatuan atau komuniti yang disatukan ini dapat membantu mengurus dan menyelesaikan masalah yang berlaku samada sebelum ataupun selepas memasuki dan menganuti agama Islam oleh orang bukan Islam di Malaysia.
Pusat Da’wah & Bimbingan Malaysia Reverted Muslim
Disemenanjuang Malaysia, komuniti Malaysian Chinese Revert Muslim telah menukar nama komuniti kumpulan mereka kepada Malaysia Reverted Muslim dan telahpun mendapatkan pejabatnya sendiri untuk melaksanakan aktiviti dan operasi yang berkaitan dengan pendidikan Islam terhadap saudara baru dengan lebih efektif sebagai Pusat Da’wah & Bimbingan Islam. Dengan nama dan penjenamaan baru ini nampaknya ianya lebih kearah menerima sesiapa sahaja (latar belakang kaum berbeza) yang mahu untuk mengetahui akan apa itu Islam, belajar tentang Islam mahupun untuk memeluk agama Islam.
Saya sendiri suka melihat aktiviti yang dilakukan oleh organisasi “Malaysia Reverted Muslim” Center ini yang mula aktif didalam menjalankan “street dawah” iaitu menjalankan aktiviti secara terbuka dikawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk diberikan maklumat ringkas akan apa itu Islam dan seterusnya mengajak kepada Islam kepada yang beminat. Tahniah buat komuniti Malaysia Reverted Muslim Center diatas aktiviti yang sangat sihat dan baik ini. Dengan ini secara rasminya Malaysia juga telah mempunyai komuniti yang secara suka rela untuk menjalankan aktiviti street dawah Islam. Tahniah.
Malaysia Reverted Muslim Center Menjalankan aktiviti:
1. Program Dakwah – Street Da’wah Series
2. Mualaf – Kelas Fardu Ain dan Kaunseling
3. Program Kebajikan – Aktiviti Ziarah Orang Yang Tidak Berkemampuan
4. Program Khas – Kursus Perfecting My Solah (sembahyang), Bantuan Ramadhan, Reverts Gathering, Melawat Rumah Anak Yatim Rohingya,
5. Lebih banyak aktiviti bakal dianjurkan pada tahun 2014 nanti
Kepada yang berminat untuk turut serta aktiviti (muslim), dan kepada Non Muslim yang ingin mengetahui tentang Islam bolehlah menghubungi Malaysia Reverted Muslim Center melalui maklumat yang disediakan dibawah ini. Malaysia Reverted Muslim Center juga mengalukan individu atau sesiapa sahaja yang ingin membantu atau menyalurkan bantuan sumbangan melalui maklumat dibawah ini.
Facebook : https://www.facebook.com/messages/MalaysiaRevertedMuslim
Pertanyaan (Firdaus Wong Wai Hung) : 017-6479978 | June Yusoff : 010 220 4407 (Sisters Only)
Sumbangan Boleh di Salur Kepada (MRM CONSULTANCY AND SERVICES) – CIMB : 1205 0002 7501 05
4 Comments
sokong sangat-sangat usaha-usaha macam ni. Islam tu bukan Melayu. Islam tak perlu diMelayukan. Sbb tu pusat dakwah macam ni sangat sesuai untuk kawan-kawan kita yang bukan Melayu. Ada gak kawan-kawan bukan Islam yang salah faham, takut masuk Islam sebab takut kena buang budaya asal mereka dan ikut budaya Melayu. Pusat dakwah macam ni nampak lebih universal.
betul tuh, Islam seharusnya global, di Malaysia harap lebih ramai yang terbuka minda
usaha yang baik harus diteruskan…
itu yang kita mahukan