Ini adalah tips blogging untuk membantu anda yang kekurangan idea untuk menulis diblog. Benda ini adalah suatu yang biasa terjadi kepada mana mana blogger. Ada kalanya kita banyak idea hendak menulis. Dan ada kalanya kita buntu dan boleh jadi berminggu juga kita langsung tidak menulis. Jadi bagaimanakah kita boleh menyelesaikan masalah kekeringan idea untuk menulis? Sebab tanpa artikel yang baru, blog kita umpama mati. Dan didalam tempoh yang lama jika tanpa artikel yang baru boleh menyebabkan kita kehilangan pembaca tetap kita. Betul tak?
Jadi pada kali ini saya ingin mengajak rakan rakan untuk Manipulasi Keyword yang masuk kedalam blog kita untuk dijadikan modal artikel terbaru. Sebenarnya trafik yang masuk kedalam blog kita adalah disebabkan keyword yang tertentu dari artikel yang kita hasilkan. Tetapi untuk artikel yang kita hasilkan itu pula bukan hanya satu sahaja keyword yang menjadi penyebab kepada pelawat atau visitor masuk dan baca artikel yang kita tuliskan. Ada pelbagai keyword yang masuk kepada satu satu artikel yang dihasilkan.
Manipulasi Keyword Dari Nuffnang Untuk Tingkat Trafik
Salah satu cara untuk Manipulasi Keyword adalah dengan melihat keyword yang masuk kedalam blog. Anda boleh baca artikel saya mengenai kaedah menguasai keyword melalui Google Webmaster. Tetapi pada kali ini kita ingin mencuba cara mudah iaitu dengan menggunakan data keywords dari Nuffnang. Saya pasti ramai blogger yang menggunakan Nuffnang bukan? Saya bukanlah guna Nuffnang untuk buat duit tetapi lebih kepada melihat trafik harian dan juga keyword yang masuk. Jadi dari sini saya boleh Manipulasi Keyword untuk meningkatkan trafik yang masuk ke dalam blog. Bagaimana caranya?
Di dalam akaun Nuffnang, akan ada data maklumat tentang jumlah trafik harian dan juga top 10 keyword yang masuk kedalam blog anda. Anda tidak tahu artikel manakah yang keyword itu masuk. Tetapi dari sini anda kena sedar dan faham yang blog anda “berjaya” dengan keyword tersebut dan menyebabkan anda menerima trafik pada hari itu. Tetapi bukan selalu yang keyword itu akan masuk dan memberi trafik kepada blog anda lagi lagi jika keywords yang dipaparkan masuk kedalam blog anda memberikan “hits” yang sedikit. Oleh kerana sedikit hits ini anda seharusnya terus boleh untuk Manipulasi Keyword tersebut dengan menghasilkan artikel berdasarkan keyword tersebut untuk mendominasi dan menguatkan keyword itu untuk terus masuk kedalam blog anda. Inilah caranya.
Senang cerita, anda kurang idea, anda nampak keyword yang masuk kedalam blog anda dan ianya memberikan impak hits yang kecil. Anda terus mengambil keyword tersebut dan hasilkan artikel berdasarkan keyword tersebut. Dan diharapkan dengan Manipulasi Keyword yang anda lakukan itu, kita mengharapkan keyword yang masuk yang memberikan hits atau view yang kecil akan memberikan lebih banyak trafik selepas ini kerana anda terus cuba untuk menguasai keyword tersebut. Saya harap anda jelas akan maksud saya disini. Inilah salah satu cara untuk meningkatkan trafik yang masuk kedalam blog anda melalui cara Manipulasi Keyword yang boleh anda lakukan. Selamat berblogging.
14 Comments
Thanks.. InsyaAllah akan apply nanti.. 🙂
good… 🙂
dulu masa guna Nuffnang kat blog selalu juga gunakan teknik ni, memang berkesan juga sebab analytic Nuffnang pun boleh tahan powernya cuma tak bagi info banyak2 sangat macam Google lah 😀
ni cara pantas la untuk dapat idea menulis
Boleh mengunakan keyword yang ada didalam Nuffnang untuk meningkat UV trafik.
betul tuh
tak buat lagi cara macam ini, pasal kebanyakan key word lebih kurang sama dengan entri
keyword memang hampir sama dengan entry bro tetapi adakah bro dah guna keyword tersebut didalam artikel?
Idea yg menarik, nanti nak cuba jugaklah waktu th kering idea..
cuba jangan x cuba
Salam.
Perkongsian yang sangat bagus. Saya baru je nak berbloging, tapi bolehlah faham sikit-sikit.
Keyword manipulation. Kena study lagi bab ini. Terima kasih tuan.
sama sama, anda boleh browse blog saya, didalam blog saya ada lagi tips blogging yang boleh anda pelajari, nak mudah, taip “tips blogging” kat bahagian search
aku tak percayakan sangat data NN ni…..hehe..sebab aku dah ceraikan..:P
xpa, kita cuma nak tau “keyword” dia ja untuk tahu perkembangan keyword