Sejak mula berpuasa tahun ini 2018, isteri mengajak saya untuk berjimat. Iaitu kurangkan aktiviti membeli juadah makanan berbuka puasa di bazaar ramadhan. Sebagai suami, saya memang akan bersetuju dengan cadangan dan saranan tersebut asalkan isteri tidak berasa susah payah untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa. Tujuan utama adalah untuk belajar berjimat. Entah kenapa tiba tiba semalam isteri telah meminta saya masak bubur kacang hijau untuk juadah buka puasa, Suatu permintaan yang agak berat sebenarnya. Nampak macam mudah tetapi berat bagi saya. Kenapa?
Sebenarnya seumur hidup, saya hanya pernah memasak dan membuat bubur kacang hijau sekali sahaja. Dan alhamdulillah ianya menjadi. Namun, apabila di minta isteri untuk memasak bubur kacang hijau buat kali kedua, saya jadi bimbang pula. Saya tidak merasakan yang saya pandai masak. Mungkin itu hanya nasib sahaja. Dan kebimbangan saya menjadi lebih bimbang kerana isteri mahu mengajak adik adiknya (adik ipar saya) untuk turut berbuka puasa bersama kami. Sudah tentulah mereka akan merasa masakan bubur kacang hijau yang saya buat.
Masak Bubur Kacang Hijau Di Bulan Ramadhan Untuk Juadah Berbuka Puasa
Tidak mahu mengecewakan isteri, saya membuka kembali resepi bubur kacang hijau yang pernah saya kongsikan di dalam blog ini sebagai rujukan dan peringatan cara membuatnya. Selepas membacanya seketika, nampaknya ianya mudah sahaja. Cuma bagi orang yang jarang memasak macam saya, sudah tentu perasaan takut bubur kacang hijau tidak menjadi menjadi kebimbangan. Lagi lagi kalau ada orang yang mahu datang rumah dan merasa hidangan bubur kacang hijau kita.
Saya kongsikan resepi masak bubur kacang hijau berdasarkan pengalaman saya sendiri ok. Maaf kalau ada yang terkurang. Ini adalah kaedah memasak bubur kacang hijau cara paling ringkas dan simple. Ikuti resepi ini di bawah.
Bahan Bahan
- Kacang hijau satu paket, 4 gula merah, satu kotak kecil santan kelapa, sedikit garam dan 4 sudu gula pasir
Cara Memasak
- Saya rendam biji kacang hijau selama 1 jam. Lebih lama adalah lebih baik
- Saya rebus biji kacang hijau sampai agak lembut. 20% keras & 80% lembut
- Saya buang air rebusan. Masukkan air baharu dengan banyak dan juga santan
- Saya masukkan terus 4 gula merah, setengah sudu garam dan 4 sudu gula pasir
- Saya terus masak dengan api yang sederhana
Ingat ya, resepi masak bubur kacang hijau yang saya kongsikan ini adalah resepi ringkas. Hendak lagi sedap dan juga wangi sila tambahkan daun pandan kalau ada. Kalau anda suka durian, boleh masukkan durian di akhir masakan. Saya tidak pasti apakah khasiat bubur kacang hijau ini. Cuma dari fahaman saya, ianya adalah salah satu makanan berbentuk bijiran yang mempunyai serat (fibre) yang bagus untuk badan. Saya harap anda dapat ikuti resepi ini dengan mudah tanpa masalah. Bye
2 Comments
senang je masak bubur ni.
nak masak yang sedap aje tu yang kena belajaq tu.
haha
Indahnya hidup berkeluarga.. doakan saya sampai jodoh bro