Semasa cuti sebelum hari raya hari tu kereta Proton Saya BLM ada masalah. Ini kali pertama kena. Masalah berlaku ketika berhenti untuk traffik light, membelok atau dari kelajuan kepada kelajuan sangat rendah, engin tiba tiba mati. Bayangkan bawa kereta jalan jalan pergi jalan bandar, sebanyak 8 kali engin termati sendiri. Nasib baik bukan mati ketika bawa laju. Serius saya tidak tahu apa masalahnya. Tetapi hati rasa tidak sedap sebab time time hendak dekat raya kereta buat hal. Kena keluar duit pasti.
Raya nanti, mahu bawa kereta balik kampung. Mahu tidak mahu terpaksa juga hantar ke bengkel kereta. Lebih baik mencegah dari terpaksa menanggung beban kos dari kerosakkan yang lebih besar. Sampai ke bengkel sahaja, terus beritahu kepada pomen berlaku masalah enjin campro kejap kejap mati. Soalan pertama yang dia tanya kepada saya adalah, sudah pernah tukar “plug”. Saya jawab tidak pernah. Jadi pomen mencadangkan saya menukar semua plug kereta.
Masalah Enjin Campro Dan Penyelesaian
Selepas menukar plug kereta. Masalah engin campro mati mati telah selesai. Nampaknya, kejadian dan simtom simtom engin mati banyak kali ada kaitannya dengan keadaan spark plug engin kereta yang sudah lama dan perlu di ganti. Maaf saya tidak ingat akan harga plug ini. Oleh kerana engin kereta saga mempunyai 4 piston, maka perlu ditukar sebanyak 4 plug sekaligus. Sekarang semua sudah dikenakan GST, maka anda perlu siap siap kos upah dengan wang tambahan untuk cukai gst.
Pengalaman menggunakan kereta Proton Saga BLM ini agak baik. Tiada masalah besar berlaku. Kalau hendak cerita tentang minyak, proton saga menggunakan petrol yang agak kuat. Mungkin saga FL atau FLX lebih jimat minyak. Ini biasa. Bagi kenderaan yang lebih baru, memang selalunya syarikat pengeluar kereta akan membuatnya lebih jimat. Ini dikatakan improvement. Kalau tidak, pasti ramai yang akan komplain dan tidak mahu membeli. Pembeli sekarang sudah semakin bijak.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Masalah enjin campro termati mati bukanlah masalah besar jika penyebabnya adalah di sebabkan spark plug. Ini kerana kos baik pulih tidak sampai RM50 pun. Dan setelah lebih 7 tahun memakai Proton Saga BLM ini, tidak ada berlaku masalah yang besar besar yang menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan kos baiki yang besar. Alhamdulillah setakat ini. Saya harapkan pihak proton baiki layanan servis center mereka, baiki kualiti kereta mereka dan tingkatkan prestasi untuk bersaing dengan jenama lain di masa akan datang. Untuk ketahanan kereta lebih lama, dapatkan panduan cara menjaga kereta dengan klik banner di bawah ini. Selamat memakai kenderaan tempatan.
4 Comments
time engin kreta mati tu, ada kluar symbol engin n batri x??? sbb smlm 8 perhentian aq balik dr kg.. disbbkan engin mati time begerak…
Sya selalu kna ni. Saga flx time jln slow engin selalu mati.. Kadang time bhenti kat trafik light pun nak mati…
sekarang kereta saya pun masih ada macam ni, cuma jarang selepas tukar spark plug baru dan cuci throttle body
Saga BLM saya pun tiba2 mati masa berhenti di traffic light. Dah bawa ke bengkel pun x ok jga.mekenik pun x tau apa punca.spark plug dah tukar
Nak raya plak ni?