Saya mempunyai 2 biji motor nouvo s dan sedang merancang untuk menjual salah satu darinya. Mahu jual kerana motor skuter tersebut sangat jarang saya pakai dan sering diperbaiki kerana jarang pakai. Kenderaan ini pelik. Anda pakai lagi bagus dari anda tidak pakai. Kalau anda tidak pakai, motor akan pancit, enjin payah hidup dan bahagian mekanikal yang lain akan berkarat dan lain lain. Dan di sebabkan itu saya mahu menjual salah satu darinya.
Nampaknya motor tersebut sudah ada pembeli yang mahu membeli. Saya pun cuba memperbaiki mana yang patut. Dan nampaknya ada satu masalah besar iaitu motor tidak boleh memecut. Dengan kata lain, kalau saya memulas pendikit minyak, motor akan bergerak tetapi berada pada kelajuan tetap iaitu pada 50KM/Jam walaupun saya pulas lebih dari biasa. Jadi ada masalah.

Masalah timing belt Yahama Nouvo S
Masalah Motor Skuter Tidak Boleh Memecut
Apabila di bawa ke kedai. Dan tauke bengkel pun menguji motor berkenaan. Dan YA, beliau pun mengatakan motor tidak boleh memecut laju. Dan apabila di check, nampaknya sistem bearing yang berkaitan dengan “timing belt” tidak berfungsi dengan betul. Secara normalnya, sistem bearing akan merapat atau menjauh dari timing belt untuk memberikan kelajuan. Tetapi ianya statik sebegitu.
Atas sebab itu, walaupun saya memulas pendikit minyak lebih dari biasa, sistem tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, motor hanya bergerak pada kelajuan tetap. Masalah ini adalah masalah biasa bagi motor jenis skuter yang menggunakan sistem gerakkan berasaskan timing belt. Dan kos yang perlu saya keluarkan untuk menukar sistem bearing yang bagus sebanyak sebanyak RM250. Jujur cakap, kos ini terpaksa saya keluarkan kerana motor tidak berfungsi, karat dan tidak bergerak kerana sudah lama tidak digunakan.

Bearing timing belt Nouvo S rosak
Masalah tidak boleh laju walaupun pendikit minyak dipulas lebih dari biasa ada banyak sebabnya. Dan salah satu masalahnya adalah seperti apa yang terjadi kepada Yamaha Nouvo S saya. Saya tidak tahu apakah nama panggilan yang tepat untuk barang dan peralatan yang saya tukar tersebut. Yang boleh saya lakukan adalah dengan menunjuk terus gambar kepada anda melalui gambar di atas. Harap anda maklum. Sila gunakan motosikal anda dengan berkala untuk jangka hayat yang lebih lama. Sekian.
Assalamualaikum,
Berkenaan masalah tuan, bukan pulley set tersebut yang menjadi masalah. Tetapi ia berpunca dari getah dalam carburetor yang dipanggil diaphragm. Fungsinya adalah untuk menyedut naik slide carburetor, sekiranya ada kebocoran/keras, slide carburetor tidak dapat berfungsi dengan baik, iaitu slide tidak dapat naik ke tahap maksimum, kerana itu kelajuan moto tuan cuma boleh pergi ke satu tahap dan terus mendatar, kebiasaanye bawah dari 80KMH. Maksudnya, walaupun tuan memulas hingga maksimum, tetapi slide cuma naik separuh sahaja dan itu menyebabkan pulley belakang tidak dapat bukak sepenuhnya kerana tiada daya yang cukup dihasilkan oleh enjin. Harganya hanyalah cuma RM40 tidak termasuk upah pasang.
Harap perkongsian ini dapat membantu.
Terima kasih.
terima kasih Hakim di atas pandangan dan pendapat