Kepada yang telah duduk atau sedang berkira kira untuk membeli rumah dan tinggal di Bertam Kepala Batas pasti menyedari sebuah masjid baru yang besar dan tersergam indah di Bertam ini. Sejujurnya saya tidak pernah ke Bertam. Tetapi tidak sangka pula kalau daerah Bertam ini membangun dan akan terus membangun. Ianya bagaikan sebuah kawasan penerokaan baru untuk penempatan baru yang lebih mewah dan moden. Dan Masjid Abdullah Fahim ini menjadi mercu tanda terbesar dikawasan bertam ini.
Ada kawan berkata yang rekaan Masjid Abdullah Fahim ini ada seakan akan sama dengan rekaan Masjid Putrajaya iaitu dari segi bentuk dan juga rekaan moden. Maaf saya tidak tahu nama Masjid Abdullah Fahim ini di ambil bersempena nama siapa. Kalau anda tahu boleh kongsikan dengan saya dan rakan rakan pembaca melalui ruang komen di bawah ini.

Masjid Abdullah Fahim Bertam Kepala Batas
Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas
Ada kawasan perumahan baru yang sedang dalam pembinaan berdekatan Masjid Abdullah Fahim ini iaitu Pinggiran Bertam Perdana yang telah saya tulis artikelnya semalam. Kawasan bertam ini dibangunkan banyak taman perumahan. Tetapi yang menarik sekali adalah tentang Bertam ini sendiri iaitu kawasan sekelilingnya penuh dengan pusat dan juga institusi pendidikan. Saya boleh katakan yang bertam boleh menjadi sebuah bandar pendidikan suatu hari nanti apabila semua projek sudah disiapkan.
OFFICIAL FACEBOOK : https://www.facebook.com/MasjidAbdullahFahimSpu
Kalau anda tinggal di Penang, kawasan Bertam masih boleh dikatakan mampu memberikan lebih nilai terhadap wang anda jika ingin membeli rumah. Ini kerana, rasanya tidak mungkin ada lagi di mana mana tempat yang boleh memberikan anda rumah yang berharga lebih murah dari di Bertam ini. Kalau ada pun, mungkin kawasan agak jauh dari bandar dan persekitaran kurang membangun seperti pekan. Tetapi lain orang lain pula minat mereka. Tidak mengapa. Adakah anda mahu tinggal di Bertam? Sebuah kawasan penempatan terbaru. Sudah singgah di Masjid Abdullah Fahim?
Abdullah Fahim inilah datuk kepada Tun Pak Lah…Ahli Falak, Pengasas pondok. Orang yang memberi tarikh kemerdekaan kepada Tunku Abd Rahman….
owh yer ke bro, terima kasih kerana sudi kongsikan info ini
MASJID ABDULLAH FAHIM ADALAH SEMPENA NAMA DATUK HAJI ABDULLAH AHMAD BADAWI (MANTAN PERDANA MENTERI YANG BERASAL DARI KEPALA BATAS, SEB. PERAI