Kalau di Johor terkenal dengan “Mee Bandung Muar” sebagai resepi asli tempatan yang di percaya paling original dan paling sedap. Tetapi berlainan pula dengan Pulau Pinang. Di Penang Mee Udang adalah salah satu tarikan utama makanan melayu yang paling top dan sedap. Sejujurnya saya tidak pernah makan udang. Ianya bukanlah mee goreng yang diletakkan udang tetapi mee kuah yang menggunakan udang sebagai bahan utama di dalam menghasilkan kuah mee dan udang itu sendiri sebagai tarikkan utama di dalam penyediaannya.
Suatu hari rakan mengajak untuk mencuba mee udang yang dikatakan paling sedap di Penang iaitu di Sungai Dua. Sebenarnya ada beberapa kedai makan atau restoran yang berdekatan antara satu sama lain yang mana masing masing juga ada menyediakan menu mee udang. Di kawasan sungai dua, mungkin ada 3-4 kedai makan yang menyediakan menu mee kuah udang ini. Lain orang lain rasa selera kehendaknya. Bagi saya semuanya sedap tetapi ada satu tempat yang betul betul dengan selera saya.
Mee Udang Sungai Dua
Semasa pertama kasi merasa mee udang di sungai dua sudah jatuh hati. Serius sedap. Antara inti utama “SEDAP” itu sendiri adalah datang dari kuah mee udang itu sendiri. Saya sendiri memang jenis yang memang selalunya jarang untuk menghabiskan kuah apa apa hidangan pun yang dari jenis berkuah ini. Tetapi berlainan pula dengan kuah mee udang ini. Saya makan sampai habis. Memang sedap. Sebagai seorang yang sukakan apa apa maklumat tentang makanan yang sedap ini membuat saya tertarik untuk mengetahui akan resepi pembuatan mee udang ini. Kalau pembaca artikel ini sudi berkongsi resepi, saya amat alu alukan dan saya akan pos di dalam blog ini sebagai penghargaan.
Maaf saya tidak ingat akan nama restoran kedai makan ini. Tetapi jika anda singgah di Sungai Dua Pulau Pinang dan bertanyakan tempat untuk menikmati mee udang pasti ramai yang tahu dan sudi untuk memberi tahu anda akan lokasi tersebut. Gambar kadang kala sukar untuk memberikan gambaran tepat buat anda. Anda sendiri perlu mencubanya sendiri. Anda nilaikan sendiri. Saya pasti anda akan suka dengan “RASA” dari mee udang sungai dua ini. Sebelum terlupa, selalunya kalau hendak sedap sila order mee udang sepinggan dengan harga RM10 ke atas kerana udang yang akan diberikan adalah dari udang laut, segar dan besar. Sedap oiii.. 🙂
16 Comments
Aku penah try mee udang sg dua..mmg power..
yep, memang betul sedap kan… 🙂
Kalau dpt share gambar kedai tu lagi best..senang nak cari
insyaallah untuk artikel akan datang akan saya tangkap gambar dan beri lokasi.. 🙂
kuahnya macam cair aje.
ke memang macam tu resipinya..
ada tempat buat cair dan ada tempat buat pekat, satu kawasan yang sama, lain lain kedai, tetapi rasa tetap SEDAPPPP
memang sedap pun..aku sampai terpengaruh, sanggup drive dari Ipoh ke sana sebab nak rasa mee udang je..heh..sekali rupa-rupanya taktau kat Kuala Sepetang pun ada..haha
wahh, jauh bro drive dari ipoh tuh, tp xpa sebab bro kata “memang sedap pun”, hehehe, terbaik
Nampak menyelerakan. Nak pergi jauh pula.
jom jom try pekena.. 🙂
hee..ada makan dekat area ipoh mee udang katanya um tak sedap…cukuplah sekali makan.sakarang suka buat dekat rumah. nak pekat cair nak letak udang banyak layan.
ni makan ada baca doa tak 😉
ada baca doa kak suri.. 🙂
Ada kedai yang kisar udang segar untuk dijadikan kuah. Ada yang pakai udang kering. Ada juga yang kisar kulit dan kepala udang saja….Tapi belum pernah makan mee udang kuah cair ni…
tu la, ramai juga yang tegur kenapa cair, tp saya makan rasa sedap
Yup! Its taste good indeed. Got 2 shops there, this one is located before across the river where another one just on the other side of the river bank.. both are comparable. Some says the other one tastier, no?! don’t ask me ‘coz I wasn’t sure. Anyway, a bit proud to tell my kampung is located just nearby… ^_^
Saya suka yg kedai sebelah kiri,lepas sikit dari bus stop..sebelum petrol station tu..tepi bendang