Pernah tidak anda mendengar tentang website viral? Saya pasti anda selalu dan biasa sangat mendengar perkataan “viral” di media sosial. Tahu tidak anda bahawa kenapa ada sesetengah orang suka membina website viral ini? Adakah kerana mereka rajin untuk memberikan anda info atau bahan bacaan yang menarik yang menyebabkan anda hendak tahu, hendak selalu singgah dan sebagainya? Sebenarnya tujuan website sebegini adalah untuk menjana pendapatan secara online lagi lagi apabila ianya berpotensi mendapat income dalam USD dollar.
Ramai yang tahu tetapi masih tidak “nampak” dan berasa “tidak yakin” kerana salah satu faktor iaitu TRAFIK. Dan semua blogger pun tahu yang lagi tinggi trafik lagi tinggi potensi pendapatan yang terjana. Kes ini adalah benar jika anda mengambil kira jika anda buat duit USD dengan Google Adsense. Mungkin nilai cpc anda rendah iaitu hanya $0.10 sahaja. Tetapi bagaimana jika jumlah klik anda adalah sebanyak 100 klik sehari minima. Ini bermakna anda bakal mendapat 100 klik x $0.10 = $10 sehari iaitu = $10 x 30 x RM4.0 = RM1200 sebulan.
Buat Duit Online Mudah Dengan Membina Website Viral
Mesti anda bakal katakan adalah mustahil dengan membina website viral anda akan dapat klik minima 100 klik sehari. Tuan puan, website saya ini mendapat trafik harian minima 1500 sehari. Jumlah peratusan dari 1500 pelawat, saya hanya mendapat klik sebanyak 15 – 30 klik sehari. Kita bukan bercakap tentang website berbentuk blog? Kita bercakap tentang website VIRAL. Dengan kata lain, tidak mungkin anda mendapat trafik sebanyak 1500 sehari. Kita bercakap tentang trafik minima 10000 view sehari? Anda rasa berapa klik yang terjana?
Kenapa pendapatan dengan membina website viral mesti dalam klik? Kebanyakkan pendapatan yang boleh di jana secara mudah adalah melalui program pengiklanan. Dan kita ambil contoh program pengiklanan dari Google Adsense. Dan memang program pengiklanan akan membayar anda dalam USD dollar dari setiap klik yang terhasil dari iklan yang dipaparkan.
Program pengiklanan lain pun ada banyak. Dan mereka membayar anda dalam bentuk page impression iaitu bayaran bagi setiap 1000 kali iklan terpapar yang kita sebut sebagai CPM(Cost per miles). Katakan pihak pengiklan membayar anda USD1 bagi setiap 1000 kali iklan terpapar pada pelawat website viral anda, maka dengan trafik sebanyak 10000 unique view, maka anda dengan mudah mendapat USD10 sehari.
Cadangan Theme Sesuai Untuk Membuat Website Viral
Untuk membina website viral, anda memerlukan sumber lubuk untuk menarik trafik dan juga theme yang menarik yang bersesuaian. Maaf saya tidak dapat kongsikan dengan anda di blog ini tentang sumber trafik mudah. “Hint” yang boleh saya beri adalah anda memerlukan trafik dari “social”. Dan anda boleh gunakan banyak theme yang sesuai dengan maksud “viral”. Theme wordpress cadangan saya jika anda mahu membuat website viral adalah dengan menggunakan theme SociallyViral ini. Anda boleh gunakan coupon ini untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20% untuk theme ini (selagi masih sah). Coupon ini adalah [ EBO20off ]. Mahu lebih mudah, tekan sahaja banner di bawah untuk melihat theme cadangan saya ini. Selamat mencuba.
4 Comments
Kasi lagi hint untuk jadikan viral bro hehehe
insyaallah bro, boleh
nampak angka tu memang menarik tapi bukan semudah tu trafik nak sampai..kena bersusah2 dulu baru dapat bersenang2 kemudian..hehe
yep, kena usaha