Lempeng adalah salah satu masakan dan makanan orang melayu sejak dulu lagi. Saya tidak pasti samada lempeng ini adalah menu makanan dari bangsa lain. Tetapi yang saya pasti, sejak kecil saya sudah makan lempeng ini di rumah. Dan lempeng bukanlah makanan asing dalam budaya orang melayu. Saya orang Johor. Sudah biasa keluarga kami makan lempeng dicicah dengan gula, sambal ikan bilis, sambal cili api ikan bilis dan lain lain. Kadang kala ada orang juga suka lempeng dicicah dengan susu. Saya pun suka juga. Cuma jarang berbuat demikian. Pada kali ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang lempeng serunding daging.
Kalau anda perasan, banyak makanan sekarang sudah di modenkan atau di “fusion”kan. Anda pasti sudah biasa melihat donat yang disapu dengan coklat, susu atau serunding di atasnya. Anda pasti sudah biasa melihat goreng pisang disalut coklat dan juga cheese di atasnya. Anda juga sudah pasti melihat apam balik dengan inti jem strawberry, blurberry, kekacang dan lain lain perasa. Dan jujur saya cakap, ini adalah pertama kali bagi saya merasai lempeng yang dibuat gulung ala ala “Wraps” seperti McD atau KFC dengan inti serunding. Sebab itulah saya mahu tunjukkan kepada anda akan menu lempeng serunding daging ini.
Cara Buat Lempeng Serunding Daging Di Rumah
Sedapkah lempeng dengan inti serunding daging ini? Saya bukan jenis yang terlalu memilih makanan. Asalkan ada rasa, saya tetap terima juga. Cumanya kalau disuruh memilih, saya biasanya akan memilih menu makanan yang “biasa” yang ada “orginality” dan bukannya yang telah dimodenkan dengan campur itu dan ini. Namun, seperti yang saya katakan tadi, saya tidak terlalu memilih. Kalau sedap saya makan juga. Sebab itulah saya terima sahaja apabila isteri saya mengusulkan mahu membuat lempeng serunding daging untuk sarapan pagi. Isteri masak, kita sebagai suami makan sahaja. Terima kasih sayang.
Lempeng memang saya suka. Dan serunding ayam, daging atau apa sahaja memang saya makan juga. Cumanya kombinasi antara lempeng dengan inti serunding daging saya memang belum pernah cuba. Jadi apabila isteri mahu buat lempeng serunding daging, saya mengiyakan sahaja. Mahu tahu juga apa rasanya. Dan setelah merasanya, saya boleh katakan yang ianya sedap juga. Cuma kena biasakan bagi lidah biasa. Dari pandangan saya lempeng memang boleh dicicah dengan apa sahaja. Anda boleh buat sama seperti makan orang barat iaitu “pancake” kalau mahu. Jom lihat macam mana hendak buat lempeng serunding daging ini. Maaf tiada resepi. Rasanya lempeng semua orang tahu buat. Serunding cari sahaja di kedai. Kalau susah jumpa, beli sahaja serunding daging secara online. Selamat mencuba.