Ada sesetengah orang cuba untuk mengisi minyak petrol untuk kenderaan mereka menggunakan stesen minyak yang sama. Alasannya adalah kerana minyak petrol dari stesen tersebut lebih menjimatkan. Entah betul atau tidak. Saya pula adalah dari kalangan yang tidak kisah stesen minyak petrol yang mana mana. Mana yang paling dekat dan mudah, itulah pilihan saya. Namun ada kebenaran juga akan kata kata mereka. Boleh dikatakan minyak petrol RON95 dan RON97 adalah dari kualiti minyak yang sama sahaja. Namun “berbeza” dari jenis dan jumlah sukatan “additive” yang mereka gunakan. Sebab itu ada perbezaan sedikit. Pernah dengar?
Mungkin anda perasan dan mungkin anda tidak perasan. Jika anda lihat iklan stesen minyak, apakah iklan yang mereka selalu mainkan? Mereka tidak promosi RON95 atau RON97. Ini kerana semua stesen pam minyak adalah sama sahaja. Yang mereka iklankan adalah penambahan iaitu “additive” yang mereka gunakan. Ada iklan seperti Petronas-Primax, Shell-Vpower, Caltex-Techron, Esso/Mobil-Synergy, BP-Quantum dan lain lain betul? Saya pasti anda pun perasan akan iklan ini di TV mahupun di stesen minyak petrol itu sendiri betul? Benda benda seperti ini adalah untuk meningkatkan kualiti prestasi engin, membersihkan engin dan menjimatkan minyak.
Mengisi Minyak Petrol Dengan Kad Debit/Kredit Di Pam Minyak
Bagi saya ianya terpulang. Kalau anda rasa sesetengah stesen pam petrol itu menyebabkan engin anda berbunyi lebih senyap dan lebih menjimatkan minyak dan mendapat lebih kilometer, maka teruskan dengan pilihan anda. Tahukah anda, selain dari anda mengisi minyak petrol menerusi kaunter dengan membayar cash tunai, anda juga boleh mengisi minyak petrol anda menggunakan kad debit mahupun kad kredit. Pernah cuba?
Saya pernah cuba mengisi minyak pam petrol kereta menggunakan kad kredit dan juga kad debit. Kalau kad kredit biasanya kita tahu ianya boleh digunakan. Asalkan ada tulis “visa” atau “mastercard”, maka sudah tentulah kad kredit boleh digunakan. Dan saya pernah tanya, kalau saya bayar petrol guna kad debit terus di mesin pam minyak, apakah boleh juga. Jawapannya adalah “boleh”. Dan saya mencuba kad debit dari Maybank dan ianya memang boleh. Jadi saya terfikir, kenapa mahu susah susah mengisi minyak petrol dan membayar duit cash tunai di kaunter kalau sudah ada cara yang memudahkann. Betul?
Penggunaan Kredit Kad Di Mesin Petrol Pam
- Di mesin kad di pam petrol, sila pilih mod pembayaran guna kad.
- Masukkan kad kredit anda.
- Pilih tetapan bahasa.
- Masukkan nombor password kad kredit anda dan klik “OK”
- Tunggu hingga selesai sehingga keluar notis “Berjaya/Success”
- Masukkan kad point rewards @ klik ok sahaja.
- Angkat gagang (nozzles) pengisi minyak dan isi minyak
- Selepas siap, sila letak balik gagang (nozzles)
- Ada pilihan mahu cetak (print) slip bayaran atau tidak
- Siap
Apakah anda beza ketika membuat bayaran menggunakan menggunakan kad debit mahupun kad kredit? Jawapannya adalah tiada. Boleh dikatakan hampir sama 100%. Pilih tetapan bayaran guna kad, masukkan kad, masukkan no pin, kalau lulus, angkat gagang (nozzles) dan mula pengisian minyak. Itu sahaja. Mudah dan cepat. Selepas itu akan keluar pemberitahuan di skrin bayaran samada anda mahu cetak resit atau tidak. Itu sahaja.
Kenapa saya mahu menulis dan berkongsikan dengan anda akan panduan mengisi minyak petrol guna kad debit/kredit ini? Ini kerana saya pasti rakyat Malaysia majoritinya mempunyai kad debit dan sebahagian lainnya mempunyai kad kredit. Kenapa anda tidak gunakan kemudahan yang ada. Masih ramai yang berminat membuat bayaran menggunakan duit cash tunai di kaunter stesen minyak. Saya rasa, masih ramai yang tidak sedar akan kemudahan ini. Dan masih ramai yang tidak sedar yang mereka boleh bayar menggunakan kad debit/kredit mereka terus di pam minyak tanpa perlu ke kaunter. Jadi diharap selepas ini anda bolehlah cuba ok. Bye