Mengkuang Dam yang disebut sebagai Empangan Mengkuang atau juga disebut sebagai Tasik Mengkuang yang terletak di Butterworth Penang Malaysia adalah empangan paling besar di Pulau Pinang menurut maklumat dari wikipedia. Empangan seperti yang diketahui ramai adalah pusat tempat simpanan air mentah yang dibina bagi menyediakan satu tempat simpanan bekalan air yang boleh dijamin untuk mampu menampung keperluan air dikawasan yang telah ditetapkan. Empangan memang dizaman moden ini kerana ianya adalah punca utama bekalan air sebelum ianya disalurkan kepada pusat rawatan air sebelum ianya dihantar kepada pengguna.
Mengkuang Dam Expansion Project
Projek pembesaran Empangan Mengkuang telah diluluskan dan dijangka ianya bermula pada tahun 2011 dan siap pada tahun 2016. Tujuan projek ini adalah untuk membesarkan lagi empangan sedia ada akibat dari permintaan yang tinggi dari tahun ke tahun. Kerajaan perlu memastikan bekalan air yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat akibat proses urbanisai, peningkatan populasi dan sebagainya. Persediaan awal memang perlu. Lihat sahaja untuk menyiapkan empangan baru Mengkuang Dam ini pun sudah mengambil masa hampir 4 tahun untuk disiapkan.
Mengkuang Dam Closure
Mengikut perkiraan, mengkuang dam bakal ditutup untuk projek pembesaran empangan ini. Sehingga artikel ini ditulis, Empangan Mengkuang masih lagi dibuka kepada umum. Tetapi dikawasan persekitaran Empangan Mengkuang ini sudah ternampak dengan jelas projek projek yang dijalankan. Saya tidak pasti samada ini adalah projek empangan mengkuang (saya hanya orang awam biasa), tetapi jika benar maka gambar ini adalah benar kerana saya ambil dari kawasan berdekatan Tasik Mengkuang. Untuk maklumat lanjut berkenaan mengkuang dam expansion project ini boleh baca melalui link yang saya “attach” kan dibawah ini.
1. Info About Mengkuang Dam Expansion Project Here (PDF)
Sebagai orang awam, saya sebenarnya tidaklah mengetahui serba detail berkenaan Tasik Mengkuang ini. Saya tahu ianya sebuah empangan. Mengapa empangan mengkuang ini terkenal di Pulau Pinang selain ianya sebuah empangan adalah kerana ianya juga salah satu tempat rekreasi popular di Penang. Mengkuang Dam is the ones of the best jogging place in Penang. Ianya salah satu tempat beriadah yang baik terutamanya sekali aktiviti “Jogging”. Di waktu petang sangat ramai yang datang kesini untuk aktiviti berjogging.
Best Jogging Place In Penang – Empangan Mengkuang
Mungkin ramai yang tahu dan tidak tahu, sangat ramai yang datang ke Mengkuang Dam untuk aktiviti jogging. Salah satu aktiviti yang sihat untuk dilakukan terutamanya untuk warga Penang. Kepada yang tidak tahu dan berhasrat untuk ke sini, saya akan paparkan beberapa gambar persekitaran di Mengkuang Dam ini untuk menjadi tatapan dan daya tarik anda untuk singgah ke sini diwaktu petang. Walaupun begitu, empangan mengkuang ini tetap dibuka dari pagi (subuh) hingga ke petang. Malam ianya ditutup. Jangan tidak percaya, diwaktu pagi (subuh) iaitu pada pukul 6 pagi pun ramai juga yang berjogging. Menarik kan.
Mengkuang Dam Pictures (Click Image for bigger images)
Sorry, i need to reduce size and quality for better viewing at this blog. The picture i uploaded not complete for whole area. I will update if i have the latest picture soon.Kawasan persekitaran empangan mengkuang sangat sangat luas. Ada dua tempat untuk berjogging di sini. Satu laluan jogging hadapan adalah bersifat lurus dan panjang manakala satu lagi dibahagian belakang bersifat bukit dan belok belok. Jika anda sukakan santai boleh memilih laluan yang lurus dihadapan dan jika anda memilih yang lebih cabaran maka pilih dikawasan belakang kerana laluannya berpusing, belok dan turun naik bukit. Saya sendiri sudah mencuba kedua dua laluan dan saya lebih berminat laluan belakang kerana dipenghujungnya akan sampai kepada kawasan permandangan tasik yang sangat cantik. Maaf saya tidak sempat mengambil gambar dikawasan belakang dengan banyak. Lain kali jika pergi, saya akan update disini. Adakah anda pernah kesini? Jom kongsikan pengalaman anda berjogging di Mengkuang Dam disini.. 🙂
Mengkuang Dam Google Map Penang Malaysia
GPS Code : 05°23′5″N 100°30′22″E
7 Comments
kalau kat banting.. 2 tempat aje best. dataran banting dengan bawah jambatan. Tempat lain..tak best.
bawah jambatan? ko bior betul, ke bawah jambatan tapi dibuat menarik
cantik empangan ni. sesuai bawak anak-anak riadah petang-petang.
memang sesuai bro Denaihati, ni saya ambil waktu org masih belum datang, ni kalau petang ni memang ramai sangat kat sini
Cantik. Nak kena p nanti bila balik penang…hehe
jom jogging bro, amalkan budaya sihat… 🙂