Alhamdulillah, semalam telah selesai hari pertama berpuasa untuk 1 Ramadhan untuk tahun 2014 ini. Aminn. Pengalaman berbuka puasa bagi setiap orang pasti berbeza bukan. Ada yang terasa lapar, ada yang terasa dahaga, ada yang sangat suka dan ada yang berasa biasa biasa sahaja. Bagi saya secara peribadi, kedatangan bulan puasa iaitu bulan Ramadhan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berasa suka akan kedatangan bulan yang mulia ini. Salah satu sebab kerana ianya mempunyai satu dorongan untuk kita berbuat lebih baik dari bulan sebelumnya.
Seperti yang saya ceritakan tadi yang bulan puasa ini pasti dilalui berbeza oleh setiap orang. Bagi diri ini, saya jujurnya rasa lapar dan dahaga memang sangat sangat kurang. Ini mungkin berfaktor dari persekitaran dan pekerjaan saya yang tidak berat dan ditambah bekerja diruangan yang mempunyai “aircond”. Setuju tidak kalau saya katakan yang apabila kita semakin dewasa, ketahanan kita untuk berpuasa semakin tinggi berbanding semasa zaman kanak kanak yang terasa mudah lapar dan dahaga.
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama
Pasti ada antara kita yang membeli juadah di bazar ramadhan bukan. Dan pasti juga banyak menu juadah yang akan dibeli. Dan pasti jugalah ada antara kita yang terlebih membeli kerana nafsu yang akhirnya hanya menjadi pembaziran kerana tidak mampu untuk menjamah semua makanan. Sebenarnya tidak salah untuk membeli seberapa banyak, cumanya kalau keterlaluan itu ianya sudah dikira membazir dan amalan membazir tidak disukai oleh Islam. Mungkin hari pertama kita membazir dan hari kedua pula kita berpada pada. Ini lebih baik. Ianya cuma nafsu sahaja. Selepas makan sepinggan nasi, kebiasaannya kita sudah kenyang dan tidak perlu pun makanan yang berlebihan tersebut.
Alhamdulillah, hari pertama berpuasa saya lalui tanpa masalah. Dan berbuka puasa dengan Menu Berbuka Puasa yang simple sahaja tanpa kuih muih. Hanya nasi dan lauk sahaja. Cumanya ada special sikitlah iaitu ketam masak cili api dengan ayam masak kurma. Sebuah gabungan yang simple dan mantap. Sedap.
Saya ada satu tips untuk tahan lapar dibulan puasa ni. Rasanya ramai yang dah buat. Iaitu dengan mengamalkan memakan buah kurma semasa bersahur. Kenapa buah kurma? Ini kerana buah kurma sangat tinggi serat “fibre”. Apa apa makanan yang tinggi serat selalunya lambat dihadam oleh perut. Oleh kerana lambat hadam ini ianya bertahan lebih lama sebelum dicerna didalam perut. Dan secara tidak langsung menyebakan perut rasa kurang lapar. Jadi amalan memakan buah kurma semasa sahur memang digalakkan. Selamat berpuasa rakan rakan. Assalamualaikum.
8 Comments
Menu orang bujang. Selepas ini apabila berdua menunya sudah lain.
betul tuh akubiomed, hehehe
Makan dengan ketam tu. 🙂
sedap wehhh
selamat tengah hari. salam perkenalan dan selamat menunaikan ibadah puasa
selamat berpuasa juga.. 🙂
Ermmm… Sedapnya…
nyum nyum