Selama hampir seminggu lebih kereta Perodua Viva saya telah menghadapi keadaan di mana pada bahagian tayar berbunyi. Bunyi yang dihasilkan seakan akan bunyi besi bergesel semasa sendiri ketika pemanduan perlahan atau ketika kenderaan dalam keadaan sejuk. Lebih terasa bunyinya ketika mahu menggunakan brek. Tidak tahu apa masalah yang berlaku. Adik memberitahu ada kemungkinan brake pad telah haus dan perlu diganti. Rakan juga memberikan jawapan yang sama. Namun begitu itu hanyalah andaian sahaja.
Rakan mencadangkan saya perlu membawa ke kedai kenderaan untuk di servis. Beliau yakin masalah bunyi yang berlaku adalah disebabkan masalah brake pad yang telah haus. Bahagian brake pad yang telah haus dan keras itu menyebabkan bunyi berlaku. Masalah dan kes ini boleh dikatakan berat dan serius kerana ianya membabitkan sistem keselamatan untuk memberhentikan kereta. Jadi ianya perlu di check segera.
Ganti Brake Pad Perodua Viva Yang Baru
Saya membawa perodua viva ke kedai servis kenderaan. Memberitahu masalah yang terjadi kepada mekanik. Dan ternyata, YA brake pad perodua viva saya telah haus dan menipis. Sebagai seorang awam, saya tidak pasti samada brake pad lama (gambar) itu menunjukkan kondisi sudah haus atau tidak. Tetapi menurut mekanik, saya perlu menukar kerana ianya memang sudah haus. Anda boleh lihat gambar brake pad dalam gambar iaitu yang lama dengan yang baru. Ketebalan brake pad adalah berbeza. Dan untuk pengetahuan anda, sejak membeli kereta perodua viva ini sejak 6 tahun lepas, saya belum pernah menggantikan brake pad ini. Jadi memang sudah perlu dan WAJIB untuk menukarnya sekarang.
Harga Brake Pad Kereta Viva
Kereta perodua viva hanya mempunyai brek disk (disk brake) untuk tayar hadapan sahaja dan “drum brake” untuk tayar belakang. Brake pad yang saya tukar adalah untuk tayar hadapan. Menurut mekanik, menukar brake pad 2 kali pada tayar hadapan, barulah kita perlu menukar brake pad pada tayar belakang iaitu dengan nisbah 2:1. Harga bagi menggantikan brake pad pada tayar hadapan untuk kedua dua tayar hanyalah berharga RM80 sahaja termasuk upah.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Mungkin ada di antara anda yang pernah diminta oleh mekanik kedai servis kenderaan untuk mencuci brek kereta anda. Anda pasti terkejut dan bingung kerana memikirkan “perlukah brek tayar dicuci bukan?”. Jawapannya, YA, anda perlu mencuci brek tayar kereta anda. Ini kerana, dalam tempoh tertentu ianya menghasilkan habuk yang banyak terutamanya brek jenis drum pada tayar belakang yang bersifat tertutup. Dengan membersih dan mencuci brek kereta anda, anda sebenarnya meningkatkan lagi kemampuan cengkaman semasa brek tayar anda termasuk boleh mengetahui kondisi sebenar akan brake pad kereta anda. Sudahkah anda menservis brake pad kenderaan anda?
15 Comments
Bagus juga ada blog yang share pasal benda2 mechanic ni. saya out bab kereta, pandai drive je
saya sebenarnya pun sama jer, hehhee
kalau sampai berbunyi tu memang haus teruk tu, dics pun makan sikit
tu yang aku tukar tuh
dah berbunyi mesti kena tukar, bab brake ni tak boleh main2, kena sekarang cuaca kerap hujan, ka;an licin.
memang musim hujan skrg ni, tu yang kena hati hati
Penjagaan brek perlu diberi perhatian terutama kereta automatik kerana penggunaan brek lebih kerap.
owh, betul juga tuh
Tekan brek byi sagat @ geselan yg sgt kuat
mmg rabak kalau tahap bunyi geseran…ok la rm80..ke zaman gst ni dah naik..tye hari tu dan rm100 sepasang haha
xpalah bro, beza skit ja harga, hehhe
Hari ni aku tukar brake pad total rm120 sekali upah dkat temerloh..dia ade dua jenis 1000 cc dgn 850cc
Lebih kurang tuh, dan sekarang pun harga sudah pasti lagi mahal
Harga brake pad viva 1.0 ni kat perodua cuma rm34 aje sepasang (tak termasuk harga upah). Kali terakhir tukar dec tahun lps. Baru2 ni kol perodua utk btnya harga. Masih sama. Upah psg dlm rm40
Saya juga sama..hanya pandai drive saja..sekurang kurangnya kita boleh survey harga market dan cara tukar brake..kadang2 pomen buat kerja cincai saja…kena lihat juga.sekurang kurang Tahu komponen komponen yang di tukar