Sejak ada anak kecil (baby) ini, ada banyak perkara baru yang kami sebagai ibu bapa belajar. Antaranya apabila anda mula demam, batuk, selsema dan juga ada kahak. Memang tidak tahu hendak buat apa. Hanya harapkan doktor di klinik untuk memberikan panduan perubatan. Dan dalam bulan ini, saya dan isteri mula belajar berkenaan mesin nebulizer untuk membantu mengurangkan kahak yang mengganggu pernafasan ketika tidur. Risau juga kami sebagai ibu bapa bagi anak pertama kami ini.
Ceritanya begini, isteri mengadu yang bayi kami seperti sukar tidur. Dan ada bunyi seperti berdengkur iaitu akibat dari kahak di dalam mulut. Dengan selsema lagi. Jadi anak akan mula meragam dan asyik menangis ketika hendak tidur. Kita yang dewasa pun susah hendak tidur di dalam keadaan sebegitu. Lagilah kalau bayi yang tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesakan diri mereka. Kita sebagai ibu bapalah yang kena prihatin akan masalah tersebut dan membantu mereka.
Boleh Beli Mesin Nebulizer Untuk Kegunaan Anak Di Rumah
Jadi saya dan isteri membawa anak kami ke klinik swasta pakar kanak kanak. Dari situlah kami belajar berkenaan kegunaan mesin nebulizer untuk mencairkan hingus selsema dan juga kahak yang berada di dalam mulut. Selepas diberikan ubat gas melalui mesin nebulizer tersebut, maka bayi akan selesa sedikit bernafas dan selesa ketika tidur. Tetapi proses untuk menghidu ubat gas nebulizer bukan hanya sekali. Biasanya paling kurang kena 3 kali berturut turut untuk memberikan kesan terbaik.
Sebenarnya kalau ikutkan panduan doktor, bayi yang dibawah 2 tahun memang tidak digalakkan mengambil ubat ubatan untuk merawat selesa, batuk dan kahak tersebut. Maka jalan penyelesaian terbaik dan selamat bagi bayi (baby) adalah dengan menggunakan mesin nebulizer tersebut.
Kami sudah ke klinik pakar kanak kanak beberapa kali dan nampaknya kesan pembaikkan kurang berkesan. Kami ke klinik yang lain pun sama. Maka keputusan terkini kami ke hospital sahaja. Dan di hospital doktor mengesahkan keadaan kahak agak sedikit berat, maka anak kami perlu melalui dan menggunakan mesin nebulizer sebanyak 3 kali berturut turut. Sesi pagi sekali, sesi petang sekali dan sesi malam sekali. Dan keesokkan harinya doktor mahu membuat pemeriksaan status semasa pula.
Dari pengalaman kecil ini, apa yang boleh saya katakan adalah, masalah anak kecil kalau menghadapi selsema, batuk dan jugaa kahak ini akan mengambil masa dan juga kos wang ringgit. Proses untuk menghidu ubat gas melalui mesin nebulizer ini agak lama. Kadang kala anak anda tidak selesa dan pasti akan menangis. Kalau ke klinik swasta pula, lagi lagi klinik pakar kanak kanak, setiap kali hidu gas dari mesin nebulizer mesti kena bayar dalam RM45-RM50 tanpa ubat ubat lain.
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Hasil pemeriksaan dan carian di internet, saya mendapati yang mesin nebulizer ini rupa rupanya boleh anda beli sendiri secara online. Anda sendiri boleh berikan gas ubat ini kepada anak anda sendiri di rumah. Saya sendiri sudah bertanyakan kepada doktor, adakah kami boleh beli dan buatnya sendiri di rumah. Jawapan doktor adalah YA BOLEH. Malah lebih murah dan menjimatkan masa anda untuk ke klinik atau ke hospital semata mata untuk menggunakan alat ini.
Sebenarnya alat mesin nebulizer ini seperti alat untuk check tekanan darah tinggi. Kepada anda yang pernah membuat ujian semakan tekanan darah, pasti penat hendak ulang alik ke klinik bagi mengambil bacaan tekanan darah betul? Lebih mudah kalau anda ada beli alat check tekanan darah. Check di rumah sahaja. Sama halnya dengan mesin nebulizer ini. Untuk elak bazir kos dan masa, rasanya lebih mudah kalau anda sendiri beli alat ini di rumah. Bila bila sahaja boleh berikan rawatan kepada anak anda. Tetapi saya nasihatkan anda untuk pergi ke klinik terlebih dahulu untuk dapatkan rawatan pertama kali dan barulah meminta nasihat berkenaan isu ini kepada doktor ya. Bye.