Saya dah lama ada dan guna kad kredit CIMB Petronas Platinum Credit Card. Ini adalah kad kredit saya yang pertama. Masa tu hanya tahu guna sahaja. Langsung tidak lihat kelebihan setiap kad kredit pun. Tetapi apabila sampai satu tahap, kesedaran mula muncul dan saya mula mahukan sebuah kad kredit jenis ISLAMIK. Ini adalah matlamat utama saya. Mahu tidak mahu saya terpaksa batalkan kad kredit semasa saya dan mohon semula kad kredit yang baru yang patuh syariah. Dan alhamdulillah saya berkesempatan ke CIMB bank untuk membuat penukaran kad kredit konvensional kepada shariah.
Ada orang cakap, kenapa hendak tukar kad kredit. Sama sahaja antara konvensional dengan yang islamik. Lebih kurang sama sahaja. Ya, pertanyaan anda itu betul sama sahaja. Akan tetapi di dalam Islam, satu benda itu tidak dikira sama walaupun ianya tampak baik atau lebih baik. Malah kadang kala kad kredit atau apa apa loan pinjaman bank yang konvensional lebih murah dari apa yang islamik tawarkan. Dalam Islam, murah bukan ber erti lebih baik dan patuh syariah ya. Pokok pangkal di dalam pengurusan islam adalah mestilah proses kewangan atau pelaburan itu tidak melihatkan riba barulah dikira halal. Faham?
Permohonan Kad Kredit CIMB Islamic
Mudah sahaja, anda pasti pernah dengar hadis yang mengatakan “Allah dan Rasul SAW mengisytiharkan perang terhadap orang yang terlibat dengan riba (Imam Malik mengatakan; “Aku semak seluruh Al-Quran, tidak ada dosa yang Allah dan Rasul SAW isytiharkan perang kecuali terhadap pemakan riba) – [Al-Baqarah: 279]. Anda tidak perlu pandai dalam bidang Al Quran dan Hadis. Anda baca ini pun sudah pasti akan faham dengan mudah. Benda nampak remeh, nampak kecil tetapi ianya tetap dosa. Jadi lebih baik saya bertukar kepada kad kredit CIMB yang islamik dari hati tidak tenteram asyik teringatkan masalah ini.
Saya ke CIMB bank dan nyatakan hasrat saya. Staff CIMB bertanya kenapa saya mahu batalkan iaitu terminate kad kredit CIMB? Saya katakan yang saya tidak berhajat pun untuk terminate CIMB kredit kad ini. Yang saya mahu buat adalah saya mahu bertukar dari kad kredit konvensional kepada kad kredit Islamik. Itu sahaja. Maknanya saya masih mahu terus pakai dan gunakan credit card CIMB cuma mahu yang halal iaitu yang islamik. Itu sahaja.
Staff CIMB mengatakan proses yang betul adalah, saya kena apply kad kredit yang baharu terlebih dahulu. Jika lulus, barulah saya buat permohonan mahu tutup terminate kad kredit yang lama. Jadi mereka berikan saya borang untuk saya isi permohonan untuk apply kad kredit Islamik. Saya pilih CIMB Platinum-i Credit Card. Kalau anda tanya kenapa saya pilih CIMB Platinum-i Credit Card adalah kerana saya kurang berminat hendak gunakan kad kredit jenis Petronas kerana saya biasanya tidak kisah untuk isi minyak kereta di mana mana stesen pam minyak. Jelas ya. Tambahan pula saya jenis suka online shopping, maka CIMB Platinum-i Credit Card adalah sesuai untuk saya.
Selepas permohonan saya diluluskan, kad kredit CIMB Islamik akan dihantar dan dipos ke alamat rumah saya. Dan di rumah nanti saya perlu mengaktifkan kad kredit tersebut mengikut arahan yang telah diberikan sekali. Selepas berjaya proses mengaktifkan kad kredit Islamik yang baru, saya membuat panggilan kepada staff CIMB untuk membantu saya di dalam proses membatal iaitu terminate kad kredit saya yang jenis konvensional. Proses berjalan lancar dan selesai. Alhamdulillah.
Mohon Kredit Kad Online Di Sini
- [ Apply Credit Card ] – sila klik dan pilih (Islamic). Anda akan dipaparkan dengan senarai Shariah compliant credit card.
- [ CIMB Islamik Credit Card ] – anda boleh lihat kredit kad islamik yang saya pilih di sini
Sebenarnya anda boleh sahaja mohon iaitu apply kad kredit secara online. Tetapi saya lebih suka untuk ke bank dan bercakap terus dengan staff bank di sana. Jadi ada apa apa soalan boleh terus tanya. Bagaimana untuk apply kredit kad yang mudah dan senang lulus? Mudah sahaja. Sila pastikan yang loan pinjaman bank anda ada dengan mana mana bank telah anda bayar cantik selama 1 tahun dan pastikan gaji minima untuk apply kredit kad adalah mencukupi. Itu sahaja.
Alhamdulillah setelah berjaya lulus dan dapat kad kredit CIMB yang islamik dari CIMB Platinum-i Credit Card, jiwa terus rasa tenang. Jadi tidaklah saya asyik terfikir bilalah hendak tukar kad kredit dari konvensional kepada islamik. Terima kasih Allah telah berikan saya masa dan kekuatan hati untuk pergi ke bank untuk mendapatkan yang halal dan Allah redha. Aminn. Kepada anda yang masih gunakan kredit kad konvensional cepat cepatlah bertukar ke patuh syariah dan jangan fikir banyak. Terus pergi dan selesaikan. Semoga Allah memudahkan urusan kalian. BYE!!!.