Apa maksud Multiracial Reverted Muslim Malaysia? Ianya bermaksud mualaf dari pelbagai kaum di Malaysia. Mudah cerita, orang yang baru masuk dan memeluk agama Islam. Dan orang yang beragama Islam ini kita sebut sebagai “muslim”. Jelas ya. Penulisan saya pada kali ini lebih kepada jiwa saya yang tersentuh kerana melihat penerangan yang jelas dari saudara Firdaus Wong Wai Hung tentang Islam dan juga Kristian. Dan penerangan beliau itu akhirnya membuatkan saudara Kristian faham tentang perbezaan tersebut dan akhirnya memilih untuk mengucap dua kalimah syahadah iaitu masuk ke agama Islam.
Untuk pengetahuan anda, Multiracial Reverted Muslim ini adalah sebuah pertubuhan NGO. Ianya ditubuhkan oleh saudara bro Firdaus Wong Wai Hung sendiri yang juga adalah seorang mualaf sebelum ini. Tujuan organisasi ini adalah untuk mencipta kesedaran kepentingan menyampaikan dakwah kepada yang belum terima Islam, mendidik orang Islam sendiri akan cara cara berdakwah yang betul, menerangkan kekeliruan tentang Islam terhadap non Muslim dan juga Muslim, menyediakan platform untuk orang ramai bertanya tentang Islam dan untuk memberikan bantuan sokongan terhadap mualaf yang masuh baru.

Barisan Ahli Di Dalam Multiracial Reverted Muslim Malaysia
Mari Belajar Islam Di Multiracial Reverted Muslim (NGO)
Sebenarnya saya sudah lama sangat teringin adanya kumpulan atau pertubuhan yang boleh membuat “Street Dakwah” di Malaysia. Ini kerana di luar negara aktiviti sebegini sangat aktif. Dan Alhamdulillah, yang pasukan Multiracial Reverted Muslim Malaysia telah berjaya memulakan aktiviti ini sejak beberapa tahun lepas. Sebuah kempen yang baik. Lagi lagi dengan aktiviti penerangan dan penjelasan tentang Islam kepada sesiapa yang hendak tahu.
Saya pernah ke Penang Street Art. Dan ketika berjalan, kami sampai ke kawasan berhampiran dengan Masjid. Dan di hadapan masjid terdapat 2 orang yang menunggu di situ dengan berpakaian baju melayu dan juga banner “I Love Jesus”. Kepada yang tidak pernah melihat aktiviti ini di YouTube, saya pasti mereka akan keliru dengan kenyataan tersebut. Kenapa ada orang Islam (muslim) yang berpakaian seperti orang Islam tetapi menulis Saya Sayang Jesus. Mesti terasa pelik.
Cara Menjadi Muslim Di Malaysia
- MRM Official – Facebook page untuk Multiracial Reverted Muslim Malaysia
- Firdaus Wong Wai Hung – Facebook page Firdaus Wong Wai Hung
Tahukah anda yang Nasi Isa (Yesus) itu sendiri adalah salah satu nabi di dalam Islam yang wajib dipercaya. Mudah cerita, bagi orang Islam, Jesus itu sendiri adalah nabi bagi orang Islam. Cumanya, fahaman orang Islam adalah, Jesus (Isa) adalah seorang nabi, bukan Tuhan, membawa ajaran dari Allah melalui Kitab Injil (Bible) dan tidak pernah membawa ajaran agama baru iaitu Kristian.
Mudah cerita, Nabi Isa (Jesus) itu sendiri adalah seorang muslim. Beliau membawa pesanan melalui Kitab Injil dari Allah. Dan untuk melengkapkan ajaran agama iaitu Islam, maka Allah menurunkan Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir dan juga Al-Quran sebagai kitab terakhir yang lengkap. Jadi, tujuan Multiracial Reverted Muslim adalah untuk menerangkan kisah dan perkara ini kepada non-muslim terutamanya orang Kristian. Jadi orang yang pakai baju atau bentang banner “I Love Jesus” adalah untuk menarik perhatian non muslim untuk ketahui apakah kaitan antara Jesus dan juga Islam. Jelas?
Leave a Reply