Saya bukan anak utara atau orang kelahiran Pulau Pinang. Tetapi kalau dihitung tempoh berada di Pulau Pinang sejak menamatkan pengajian di universiti sudah 5 tahun saya di sini. Dan dalam hampir 7 tahun tidak pernah sekali saya menjejakkan kaki ke Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang ini. Boleh hampir dikatakan kesemua tempat Nasi Kandar telah saya pergi. Dari Nasi kandar Kayu, Nasi Kandar Zubaidah/Subaidah, Nasi Kandar Cergas dan pelbagai lagi sudah saya singgah. Tetapi tidak tahu kenapa Nasi Kandar Line Clear ni susah betul saya nak pergi.
Dari dulu lagi perkataan Nasi Kandar Line Clear ni saya dengar. Ada kawan yang ajak tetapi saya sambut dengan hangat hangat sahaja. Ramai yang kata sedap. Malah kalau diwaktu kerja pun, pada waktu tengah hari ada kawan yang sanggup memandu jauh ke “town” semata mata nak “pekena” nasi kandar yang dikatakan paling sedap di Penang. Sampai macam itu sekali. Serius saya langsung tidak tahu bagaimana rupa makanan ataupun kedai tersebut. Tetapi kalau dah asyik semua kata sedap dan hinggakan kalau kita tidak pernah makan disana boleh dianggap belum sempurna “ke-penang-an-nya”, sesiapa pun tiba tiba terasa ianya sesuatu yang wajib dilakukan.
Nasi Kandar Line Clear Penang Review
Minggu lalu adik lelaki saya singgah ke Penang dan kebetulan saya tiada dirumah. Beliau dengan rakan rakan berjalan jalan ke Penang dan kebetulan singgah ke Nasi Kandar Line Clear. Seminggu selepas itu beliau datang lagi ke rumah saya dan menceritakan pengalaman pertama kali beliau menikmati Nasi Kandar yang sangat sangat sedap. Malah disebakan itu beliau mengajak saya sekali lagi dan kebetulan ini pertama kali untuk merasa sendiri keenakkan Nasi Kandar Pulau Pinang yang popular itu.
Keadaan Kedai dan Kebersihan Nasi Kandar Line Clear
Bila pertama kali sampai ke tempat yang dituju, segala pandangan saya berubah 100%. Restoran ini tidak seperti saya bayangkan. Saya ingat disebabkan ke-famous-annya itu kedainya sangat sangat besar, kedai yang sangat cantik dan pelbagai lagi. Ternyata banyangan saya salah sama sekali. Kawasan kedainya agak sempit bagi saya dan kebersihannya agak kurang sedikit. Maksud saya agak berterabur sedikit. Maaf bukan saya bermaksud hendak merendahkan akan tetapi saya boleh katakan kedai nasi kandar yang lain dari segi persekitarannya adalah lebih baik dari yang ini.
Video Nasi Kandar Line Clear (Bukan milik peribadi) – Sumber Youtube
Bagaimana Dengan Rasa – Nasi Kandar Line Clear
Secara jujurnya pada pertama kali rasa, rasanya tidaklah sesedap mana. Bukan maksud saya tidak sedap tetapi rasanya boleh saya katakan seperti ini “boleh lar”. Tidak ada faktor “wow” yang buat saya teruja pun. Lagi pula saya kurang suka dengan makanan satu pinggan yang terlalu penuh. Maksud saya di dalam satu pinggan itu terdapat nasi, potongan ayam yang besar dan banyak, sayur dan kuah yang banyak. Ini menyebabkan saya sukar untuk menikmati juadah oleh kerana ada kesukaran untuk mengambil nasi dan mencubit daging ayam akibat penuh satu pinggan dengan pelbagai benda.
Di Penang ini, nasi kandar yang saya paling suka setakat ini adalah Nasi Kandar (Nasi Lemak) Zubaidah/Subaidah dan juga Nasi Kandar Kayu. Teringat dahulu pernah sekali ambil nasi putih, ayam goreng masak madu dan juga udang goreng besar. Belum termasuk air bil sudah mencecah RM19. Wahhh mahal sangat. Tetapi walaupun mahal saya berpuas hati sebab sedap. Apa apa pun saya telah pun singgah dan menjejak kaki ke Nasi Kandar Line Clear. Kawan kawan macam mana. Apa apa pun selamat menikmati juadah. Kita satu Malaysia memang terkenal dengan aneka dan kepelbagaian corak rasa makanan. Jom pekena Nasi Kandar Line Clear. Bye
Maklumat Tambahan
Address & Location : https://plus.google.com/106503385922089339386/about?gl=my&hl=en
3 Comments
Kalau kepala ikan besar macam tu berapa dia caj ye. Takut jugak nak ambik besar2 macam tu
aku pun x tau bro, risau plak tgk, hehhe