Bulan lalu, saya berkesempatan untuk bercuti ke Cameron Highlands dengan isteri. Dan percutian tersebut adalah percutian pertama kali saya ke bukit Cameron Highlands Pahang ini. Sudah lama teringin untuk ke sana kerana berpendapat ianya sebuah kawasan yang sangat indah, damai dan menyejukkan. Terbayang di otak kepala tentang kecantikan panorama ladang teh dan keenakkan buah strawberry. Tetapi ada satu benda yang saya tidak rancang tetapi ianya merupakan salah satu tempat wajib pergi iaitu restoran nasi lemak abang strawberry. Menarikkah?
Asal cerita begini. Saya bertanya kepada rakan tentang tempat dan lokasi yang wajib saya pergi jika Cameron Highland nanti. Dan mahukan panduan dari rakan yang pernah ke sana. Jadi tahulah saya akan apa yang ada dan patut saya lawati. Dan ketika bercerita tentang soal makan sarapan pagi dan tengah hari. Rakan saya mencadangkan saya “mesti” pergi ke kedai makan nasi lemak abang strawberry tersebut. Dan selepas itu saya membuat carian berkenaan kedai makan abang strawberry ini di internet untuk maklumat lanjut.

Menu nasi lemak abang strawberry yang menyelerakan
Pengalaman Makan Di Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry
Hampir hampir sebenarnya saya tidak ke restoran nasi lemak abang strawberry ini. Ini kerana saya dan isteri terbangun lewat dari tidur kerana ke enakkan tidur di bilik hotel Century Pines Resort ini. Sudahlah sejuk, nyaman pula. Macam mana tidak terlajak tidur. Di sebabkan rakan saya mengatakan saya perlu bersarapan pagi di restoran abang strawberry ini, jadi saya ingatkan yang restoran ini sudah tutup pada tengah hari. Rupanya tanggapan saya silap. Ianya juga menjual juadah makanan yang lain juga. Ada nasi putih dan juga makanan berbentuk kek, western dan lain lain. Jadi memang sampai malam pun kedai di buka.
- Permandangan hadapan restoran nasi lemak abang strawberry
- Permandangan belakang restoran nasi lemak abang strawberry
Kalau anda bercuti ke Cameron Highlands. Salah satu lokasi tempat makan kedai melayu yang dicadangkan adalah di restoran nasi lemak abang strawberry. Apa yang menariknya dengan nasi lemak kedai abang strawberry ini. Nasi lemaknya bagi saya biasa sahaja. Yang menarik adalah pada sambalnya. Mereka berikan sekali 2 jenis sambal. Satu sambal cili macam biasa. Dan satu lagi sambal yang diperbuat dari “strawberry”. Apa rasa dia? Bagi saya sedap.

Menu makanan di kedai makan nasi lemak abang strawberry
Kedai makan di restoran nasi lemak abang strawberry ini nampak moden dan bersih. Menu pun menarik. Sudah tentulah menu nasi lemak abang strawberry adalah menu utamanya. Di Cameron Highlands, kedai makan biasa biasa sahaja. Macam tempat kawasan bandar atau taman yang anda tinggal.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Cuma yang menjadi tarikan bagi pandangan saya yang baru pertama kali ini adalah kerana faktor suasana kedai yang agak menarik, dan menu nasi lemak yang menggunakan tema “strawberry”. Itu sahaja. Namun jangan kecewa, menu yang dihidangkan adalah menarik dan rasanya sedap. Tidak mengecewakan. Selamat bercuti ke Cameron Highlands.
Leave a Reply