Bila kita sebut hendak pakai pakej internet yang terbaik untuk penguna smartphone (mobile), pastilah apa yang kita cari dan lihat dahulu adalah penawaran dari segi harga dan juga quota data internetnya betul? Jadi di sini saya berminat untuk memperkenalkan anda dengan pakej internet Halo Telco. Berminat? Cuma kekurangannya adalah ianya adalah sebuah simkad prepaid. Kalau anda ok dengan simkad prepaid, maka simkad ini sesuai untuk anda dan anda boleh pertimbangkan simkad ini sebagai pilihan anda ketika mencari simkad yang menawarkan pakej internet terbaik.
SEBENARNYA simkad Halo Telco ini adalah sebuah simkad TuneTalk. Dan simkad TuneTalk memang sejak dulu lagi menggunakan rangkaian Celcom. Mudah cerita, di mana ada line Celcom, di situlah simkad TuneTalk boleh digunakan. Jadi macam mana simkad TuneTalk boleh jadi Halo Telco pula. Mungkin anda pernah mendengar Tone Wow, Tone Accel dan kini Halo Telco betul? Semua ini adalah TuneTalk. Cuma ianya di bawah program pakej yang berbeza. Program pakej berbeza inilah yang mewujudkan nama berbeza ini.

Langgan pakej internet Halo Telco unlimited guna aplikasi Halo Go dan TuneTalk
Langgan Pakej Internet Halo Telco Unlimited Murah Bawah RM50 SEBULAN!!!
Di bawah program Halo Telco, pakej internet Halo Telco yang paling mahal adalah RM48 sebulan SAHAJA. Tetapi pakej RM48 ini ada 2 pakej berbeza. Yang pertama (lama) ini menawarkan kelajuan internet tinggi tetapi dengan jumlah kuota data internet yang terhad. Dan yang kedua (baru) ini pula menawarkan kuota data internet tanpa had iaitu unlimited tetapi dengan kelajuan internet yang sedikit perlahan iaitu 6MB sahaja. Terpulang kepada anda mahukan yang mana. Masing masing ada pro dan con. Cuma di pihak saya, saya memilih Halo Telco Yang Unlimited.
Saya sendiri sebenarnya dulu menggunakan pakej internet Halo Telco RM48 yang high speed. Apa yang saya suka adalah kelajuan untuk download dan upload video memang laju. Kalau upload video ke YouTube sekejap sahaja sudah berjaya upload. Hendak upload fail 1 GB pun bukan masalah besar. Tetapi kekurangan adalah jumlah kuota internet utama hanyalah 10GB sahaja sebulan. Memang cepat habis pakailah kalau rajin upload video. Tetapi masih ok sebab kalau data habis, masih boleh beli 10 GB data tambahan dengan harga RM10. Masih dikira murah menurut saya.
Untuk pakej internet Halo Telco kedua ini ianya berharga RM48 juga dan pakej ini disebut sebagai Halo Telco Unlimited. Kenapa unlimited? Ini kerana ianya menawarkan kadar kuota data internet tanpa had (fair usage policy = 100GB) sebulan tetapi dengan kelajuan maksimun 6MB sahaja mengikut kawasan. Saya sendiri sekarang sedang menggunakan pakej ini dan saya suka. Cuma terpaksa berpuas hati dengan kelajuan download/upload 6MB sahaja. Jadi sudah tentu pengalaman mengupload video YouTube terasa sedikit perlahan berbanding sebelum ini.

Pakej langganan Halo Telco unlimited RM48
Cara Beli Simkad Prepaid Halo Telco
- Halo Go – sila download dan install aplikasi Halo Telco terlebih dahulu
- Sila klik pada “Self Registration”. Sila isikan ke semua maklumat yang di minta
- Semasa di minta isi referral code, sila isikan nombor ini ya “H8ZJH7TW“
- Sila siapkan proses mengisi maklumat sampai proses pembayaran
- Harga simkad dan kos kos hanya RM9.90 sahaja
- Tunggu simkad dipos ke rumah anda. Selesai
Soalannya, kenapa saya lebih sukakan pakej Halo Telco Unlimited speed rendah berbanding pakej Halo Telco 10GB tetapi speed laju? Oleh kerana kerja saya banyak berkaitan untuk upload video di YouTube, maka sudah tentu jumlah quota data internet yang banyak atau tanpa had adalah pilihan utama saya. Kelajuan yang sedikit rendah mungkin saya boleh terima kerana ketika sedang mengupload video memang saya membiarkan sahaja. Lagi pula, kelajuan 6MB ketika download atau upload tidaklah begitu lambat bagi saya. Masih ok.
Ketika ini dipasaran, pakej internet Halo Telco untuk simkad prepaid adalah yang paling murah setakat ini. Kita tidak bandingkan berapa murahnya bayaran bulanannya. Tetapi berapa “murah” dari segi pakej data internet yang ditawarkan oleh Halo Telco berbanding pakej pakej lain dari telco yang lain berdasarkan harga bulanan yang hampir serupa. Percayalah kata saya, buat masa ini, mana mana pakej telco prepaid yang menawarkan bayaran bulanan sekitar RM48 sebulan ini, hanya pakej internet Halo Telco yang memberikan nilai tambah yang lebih berbanding pakej telco lain.
Leave a Reply