Sebagai seorang blogger, saya pasti anda pernah mendengarkan nama nama seperti Panda, Penguin dan juga Hummingbird. Dan pada kali ini saya akan cuma menjelaskan kepada anda seringkas yang boleh untuk membantu meningkatkan lagi kualiti penulisan artikel anda menurut apa yang difahami oleh saya (jika salah, sila betulkan saya). Perkongsian ini adalah kerana saya sendiri sebagai seorang blogger faham yang ramai blogger kurang tahu atau jelas akan perkara seperti diatas ini tentang Panda, Penguin, Hummingbird ini.
Panda – Tahukah anda apakah peranan Panda Update ini? Panda diperkenalkan untuk engin carian Google untuk melawan artikel artikel blog yang tidak berkualiti seperti “COPY PASTE“. Saya sendiri sejak tertubuhnya blog ini sejak 1 tahun yang lalu sangat sangat mengelak untuk melakukan aktiviti peniruan artikel yang tidak beretika. Laman website/blog yang melakukan aktiviti seperti ini dianggap sebagai TIDAK BERKUALITI dan akan diturunkan ranking-nya di halaman engin carian Google yang boleh menyebabkan kehilangan trafik kerana ditendang jauh ke dalam.
Penguin – Bagi Penguin pula, tujuannya di perkenalkan adalah untuk melawan website/blog yang melakukan aktiviti “SPAM“. Tahukah anda sebelum ini iaitu beberapa tahun yang lepas, kebanyakkan blogger menggunakan taktik penyalahgunaan kata kunci (keyword) yang keterlaluan untuk menipu Google dan seterusnya menyebabkan website/blog artikel akan meningkat ranking dengan cepat. Perbuatan ini dipanggil sebagai melakukan “Keyword Stuffing“. Bagi menghapus website/blog artikel yang tidak jujur seperti ini, Penguin menjalankan tugasnya untuk menyingkirkan artikel tersebut dari halaman pertama Google.
Hummingbird – Update ketiga selepas Panda dan Penguin adalah Hummingbird. Ianya mendatangkan kebaikkan kepada hasil paparan engin carian Google dan juga baik buat blogger. Hummingbird akan menilai artikel yang berkualiti untuk diberikan keutamaan yang lebih berbanding artikel yang kurang berkualiti. Jadi kepada mana mana blogger yang menulis artikel yang berkualiti akan mendapat kesan kebaikkan dari Hummingbird ini.
Mungkin anda kurang jelas akan Hummingbird ini dan juga kaitannya dengan Artikel Berkualiti. Tidak mengapa, anda hanya perlu terus membacanya dan akan memahami kaitannya sedikit masa lagi. Saya pasti ianya akan merubah cara anda menghasilkan artikel selepas ini. Saya pasti. Tetapi sebelum itu biarkan saya menceritakan tentang Latent Semantic Indexing (LSI) dahulu.
Apa Itu Latent Semantic Indexing (LSI)
Dari pemahaman saya membuat sedikit bacaan, Latent Semantic Indexing (LSI) adalah satu bentuk kata kunci (keyword) yang membawa maksud yang hampir sama dengan maksud dan tujuan KEYWORD UTAMA. Latent Semantic Indexing ini sangat penting didalam menghasilkan Artikel Berkualiti.
Begini, setiap kali anda menghasilkan artikel pasti ada “keyword” tertentu yang anda gunakan secara berulang ulang bukan? Apa yang anda buat itu adalah baik tetapi tidak cukup baik untuk menghasilkan artikel yang berkualiti. Artikel berkualiti memerlukan artikel anda nampak “natural” dengan memerlukan Latent Semantic Indexing ini.
Katalah anda buat artikel pasal “Apple”. Anda tidak perlu berulang ulang perkataan Apple ini. Apa yang anda perlu buat adalah membawakan keyword yang lain yang hampir sama dengan Apple dan membawa maksud yang hampir sama yang menyebabkan engin carian memahami apakah maksud artikel anda untuk lebih berkualiti dan releven. Apakah Apple anda bermaksud produk Apple? Atau bermaksud buah Apple? Jadi anda memerlukan Latent Semantic Indexing seperti “buah buahan Apple”, “Apple di tanam”, “Apple berwarna hijau”, “Apple sedap rasanya” dan sebagainya untuk menunjukkan artikel anda itu bukan SPAM dan sedang menceritakan tentang “buah” Apple secara baik.
Mungkin anda masih kurang jelas tentang LSI. Mari lihat gambar dibawah ini untuk penjelasan lebih mendalam.
Lihat gambar diatas. Satu adalah “Keyword Utama” dan 8 yang lain adalah Latent Semantic Indexing (LSI) bagi kata kunci utama. Kita ambil contoh dengan gambar diatas.
Katalah anda sedang membuat artikel tentang “Akauntan”. Jangan sesekali membuat artikel dengan kata kunci “akauntan” yang keterlaluan banyak. Ini akan nampak seperti “keyword stuffing” dan nampak tidak natural. Perbuatan anda ini menghasilkan artikel yang tidak berkualiti dan berkemungkinan akan dikenakan tindakkan oleh PENGUIN. Oleh sebab inilah kenapa artikel anda tidak berjaya untuk ranking dengan baik di Google.
Jadi apa yang perlu anda buat? Apabila buat artikel tentang Akauntan, gunakanlah KEYWORD YANG LAIN YANG MENERANGKAN KEYWORD UTAMA seperti akauantan gred w41, tugas tugas akauntan, kerjaya sebagai akauntan, gred gaji akauntan, penyata gaji akauntan, akauntan Malaysia, jabatan akauntan negara, portal rasmi jabatan akauntan dan sebagainya. Maka artikel yang anda hasilkan ini nampak lebih baik dan lebih bermutu malah tidak nampak yang anda sedang menggunakan kata kunci “akauntan” secara satu dan berulang ulang yang boleh dianggap sebagai SPAM.
Tadi diatas saya ada bertanyakan kepada anda tentang kaitan antara Hummingbird dengan artikel yang berkualiti itu penting bukan? Secara ringkasnya, anda perlu menghasiklan artikel yang berkualiti dengan menggunakan keyword yang minimum dan memperbanyakkan kata kunci dengan kaedah Latent Semantic Indexing (LSI) ini. Artikel berkualiti yang anda hasilkan ini pula akan dinilai oleh Google Hummingbird dan akan di ranking baik di laman carian dan seterusnya berupaya meningkatkan trafik yang masuk kedalam blog anda. Engin carian Google bukan lagi seperti dahulu. Ianya semakin bijak menilai artikel anda. Jadi tulislah dengan ikhlas dan berguna buat pembaca dan sudah tentu usaha anda berbaloi dengan niat murni anda. Selamat berblogging… 🙂
21 Comments
Terbaik satu penerangan yang jelas jadi semua jangan main tulis je kalau mahu berada di tempat yang baik 🙂
betul tuh bro
tak suka 3 binatang tu. tamparkan aje. haha..
kenapa bro, depa buat jualan hang kurang ker aper, hehee
Tapi kadang-kadang boleh jadi juga tiga-tiga binatang ni salah buat kerja.. boleh ke kita report kat Google eh?
kena tgk juga apa yang salah, takut yang salah tu dari kita dan kita x perasan
Thanks bro…
sama sama
oh, baru tahu mengenai LSI ni, sebelum ni pernah dgr mengenai LSI tapi x pernah cuba untuk kaji.. BTW thanks atas info ni bro..
sama sama Adib
Sesekali kena ambil tahu juga pasal ni
bukan sesekali, tp memang kena tahu sebab SEO akan datang akan jadi lain… 🙂
Emm ni baru tahu..terima kasih kongsikan…
sama sama
Google makin lama makin menunjukkan sifat kebinatangannya 🙂
tiga benda ni buatkan susah nak rank keyword dah
betul x kata saya, kali ni susah dah kan, dulu senang jer trafik masuk, hehee
Bro pakai SEOPressor tu ke? Multi site license ke?
SEOpressor pakai kat blog lama, blog ni dan blog baru yang lain pakai yeost jer
Moral the story buat artikel jangan copy paste.
itulah isinya