Sejak akhir akhir ni ramai juga yang memulakan Bisnes Printing T-Shirt ini. Saya sendiri secara peribadi terfikir untuk turut serta didalam Bisnes Printing ini. Dan saya pernah menelefon seseorang yang terlibat didalam printing baju ini untuk menyatakan hasrat saya untuk berjumpa dengan beliau untuk melihat sendiri dan belajar bagaimanakah proses printing baju itu dilakukan agar kefahaman dan semangat diri untuk benar benar serius terlibat didalam bisnes ini. Walaupun pada akhirnya saya masih lagi belum berjumpa beliau sehingga kini. Bukan tidak berminat tetapi saya menunggu masa yang sesuai dan sekarang sedang didalam proses menyumpul wang untuk tujuan ini. Minat ada tetapi modal tiada pun susah. Jadi buat simpanan dahulu.
Setuju tidak kalau saya katakan sebelum kita mahu memulakan Bisnes Printing ini kita seharusnya perlu mendapatkan ilmu dan maklumat dahulu akan apa yang diperlukan untuk memulakan Bisnes Printing ini. Apabila saya menyelidikinya dan membuat sedikit kajian, saya dapati Bisnes Printing seperti printing baju ini ada beberapa teknik yang dilakukan. Ada yang teknik dengan cara mengecop cat printing, ada cara mengewap dan ada yang menggunakan kaedah sapuan dengan blok kayu dan pelbagai lagi. Jadi disinilah kenapa maklumat itu perlu sebelum memulakan apa apa jua bisnes. Saya memilih kaedah cetakkan dengan ink dakwat.
Bisnes Printing Baju T-Shirt
Secara ringkasnya sebelum memulakan perniagaan “Bisnes Printing” ini, apa yang saya nampak adalah kita memerlukan beberapa benda untuk diambil tahu secara ringkas iaitu Peralatan, Supplier, Kos dan juga Bisnes Marketing. Keempat empat ini saya ringkaskan supaya kita tahu akan proses yang perlu kita sedar sebelum terlibat didalam Bisnes Printing ini. Dimana hendak mendapatkan peralatan printing baju, dimana hendak mendapatkan suppy penyedar barangan seperti baju, berapakah kos minima yang diperlukan untuk permulaan Bisnes Printing ini dan siapakah prospek target bakal pembeli kita jika kita sudah mampu untuk menghasilkan sebuah baju. Pernah tidak anda terfikir sebegini?
Sebenarnya saya tidak mahu memeningkan anda. Sedangkan anda yang berminat hendak membuka perniagaan Bisnes Printing ini mesti mahu membaca artikel yang boleh membantu, mencadangkan dan menerangkan kesemua benda iaitu apa yang patut seseorang itu ketahui sebelum membuka Bisnes Printing. Dan bagaimanakah hendak memulakan Bisnes Printing ini. Ini persoalan anda!
Anda tidak perlu susahkan diri. Saya ingin memperkenalkan sebuah panduan lengkap dari awal sampai habis tentang bagaimana hendak memulakan Bisnes Printing ini dengan betul. Malah panduan ini lengkap dengan detail yang perlu anda tahu dari barangan, pembekal, harga, kos, model perniagaan malah anda diberi tahu pula akan bagaimana untuk membuat Bisnes Printing yang bukan baju T-Shirt seperti, kad kahwin, kad perniagaan, flyer, bunting, dan pelbagai lagi. Begini, apa kata anda lawati dahulu laman panduan dibawah ini. Anda lihat apa yang ditawarkan disana. Jika berminat anda boleh dapatkannya selepas itu. Saya doakan anda berjaya dengan Bisnes Printing anda. Insyaallah saya sendiri pun akan terlibat didalam Bisnes Printing ini. Aminnn