Teringat saya akan perkongsian hadis dari nabi kita yang kita umat Islam kalau boleh mesti belajar dan menguasai 3 kemahiran asas iaitu memanah, menunggang dan juga berenang (betulkan saya kalau saya silap berkenaan hadis ini). Dan negara kita memang di kelilingi oleh lautan. Oleh itu sebab sebab keperluan untuk menguasai asas berenang sepatutnya perlu ada. Saya sendiri teringin untuk menguasai teknik dan cara berenang. Bukan semua orang pandai berenang. Kalaulah “skill” ini menjadi matapelajaran wajib di sekolah, saya pasti akan menyokong.
Salah satu sebab kenapa perlu menguasai skill asas berenang berenang adalah kita tidak mahu isu isu orang mati lemas di laut atau di sungai. Saya sendiri cukup takut untuk ke sungai atau laut yang apabila kaki tidak menjejak lantai. Kalau kaki tidak menjejak lantai, saya pasti akan gunakan baju jaket keselamatan. Semua ini berpunca kerana tidak ada asas berenang. Kalau hendak kata berenang itu boleh, tapi kita membincangkan keadaan dalam situasi kita tidak menjejak lantai. Anda berani?
Ebook Belajar Asas Berenang
Saya pasti ada di antara anda yang pernah dan mampu berenang tanpa pernah menghadiri kelas berenang. Tetapi dengan berjalannya waktu, dan sudah lama tidak berenang, anda menjadi tidak yakin dengan diri sendiri bukan? Kalaupun anda boleh berenang saya pasti ramai yang tidak yakin untuk berenang di laut terbuka betul? Ini kerana ada banyak sebab sebab yang mendorong kepada situasi tersebut iaitu tidak mempunyai pengalaman atau ilmu asas berkenaan asas berenang.
Cemburu tengok anak anak orang putih (western) yang ke Malaysia. Dengan selamba sahaja anak anak mereka melompat masuk ke sungai, laut atau kolam yang dalam. Boleh berenang dan terapung tanpa masalah. Kalau sudah dari kecil boleh membina keyakinan dan skill sebegitu, sudah pasti ianya menjadi satu kekuatan pada diri ketika besar nanti.
Ramai orang berasa malu hendak belajar cara berenang dengan betul melalui kelas berenang yang lebih professional. Tetapi dalam hati ada niat mahu belajar. Kalau itu keadaan anda, apa kata anda belajar asas berenang melalui teori bergambar. Saya rasa ini mungkin adalah langkah asas yang paling baik yang boleh membantu anda belajar berenang secara sendiri di rumah. Teori yang diberikan termasuk gambar rasanya boleh membantu anda untuk permulaan. Kalau anda mahu, anda boleh dapatkan Ebook Belajar Berenang ini yang dikarang oleh pengajar berenang professional khas untuk anda. Klik sahaja banner di bawah ini. Selamat berjaya.