Panduan Buat Duit Dengan eBay – eBay, satu nama yang tidak asing lagi. Siapa yang tidak kenal dengan eBay. Ianya sebuah portal jual beli diatas talian online seperti Lelong.com.my di Malaysia. Tetapi eBay ianya lebih luas lagi dan merangkumi rangkaian seluruh dunia. Hingga ke saat ini, ebay adalah salah satu laman jual beli terbesar dan paling menguntungkan didunia ini dan bilangan ahli mendaftarnya sahaja sangat sangat ramai dengan kata lain prospek bakal pembeli yang sudah pasti sedia untuk menjadi pembeli.
Dalam entry post ini, saya tidak akan membincangkan tentang bagaimana ingin menjadi pembeli tetapi ialah bagaimana ingin buat duit dengan ebay. Bunyi macam senang jer kan. Tetapi bila nak buat mula buntu. Perkara perkara seperti nak jual apa, ada ke pembeli, macam mana sistem bayaran, boleh dipercayai ker, ada bukti ke boleh buat duit dan lain lain lagi menjadi soalan dan pertanyaan. Kalau anda serius, anda berada dihalaman yang betul.
Panduan Buat Duit Dengan eBay
Terus terang saya katakan yang saya adalah pembeli Panduan Buat Duit Dengan eBay ini. Kalau tidak bagus saya tidak akan menyusahkan diri saya untuk mempromosikan kepada pembaca atau pembeli yang ingin mendapatkan panduan ebay ini. Setelah membaca panduan yang panjang dari A-Z barulah saya faham bagaimana pemilik panduan ebay ini membuat duit dengan ebay. Saya secara jujur faham dan jelas nampak bagaimana ianya dilakukan. Nanti saya ceritakan serba ringkas melalui sambungan entry dibawah ini.
Ilmu Dari Tentang Buat Duit Dengan eBay
Apabila ingin menceburi bisnes ebay, tidak kira siapalah, perkara pertama yang menjadi penghalang pastilah ilmu. Masa inilah soalan dan pertanyaan banyak timbul. Saya sendiri begitu. Manakan tidak, orang lain asyik buat duit dan menunjukkan mereka boleh buat duit dengan ebay tetapi kita pula masih disitu tidak bergerak gerak. Jadi apa yang perlu anda buat? Tiada cara lain melainkan dapatkan ilmu itu sendiri
Buat Duit Dengan eBay Tidak Sesusah di Sangka
Mari saya ceritakan serba ringkas bagi membantu anda mendapatkan idea bagaimana proses mendapatkan hasil yang lumayan di ebay ini berlaku
1. Anda seharusnya terlebih dahulu mempunyai akaun di ebay
2. Cuba dapatkan idea dan produk yang ingin dijual
3. Dapatkan produk yang ingin dijual dengan harga yang sangat murah
4. Dapatkan info kos untuk membungkus barang dan juga kos penghantaran luar negara
5. Jual dengan harga didalam nilai matawang dollar usd $
6. Untung dijana
7. Selesai.
Nampak mudah sahaja kan. Begini. Katakan anda ingin menjual barangan mainan. Satu mainan itu anda dapatkan dengan harga RM10. Anda pula mengiklankan mainan anda di ebay dengan harga $10. Anda nampak perbezaan disini kan. Satu dapatkan barang didalam Ringgit Malaysia kemudian jualkannya dengan nilai yang sama tetapi didalam matawang Dollar. Jika jualan terhasil, secara ringkas kos hanyalah RM10 sahaja tetapi anda menjual dengan harga RM30 dan anda mendapat untung sebanyak RM20. Mudah bukan. Soalan saya, adakah susah ingin menggandakan wang anda melalui ebay? Tidak susah kan. Setuju!
Supplier Barang Untuk Bisnes Buat Duit Dengan eBay di Mana?
Memang betul, secara asasnya memang mudah untuk buat duit di ebay seperti yang saya ceritakan diatas tadi. Tetapi satu satunya benda utama untuk mendapat hasil jualan di ebay ialah barang atau produk itu sendiri. Di mana ingin cari barang atau produk dengan harga borong dan murah. Ini persoalannya!
Untuk pengetahuan pembaca, entry ini saya hanya ingin menfokuskan kepada satu produk dahulu sebagai contoh. Saya ambil contoh yang anda ingin “menjual produk mainan” di ebay. Didalam panduan buat duit dengan ebay ini ada ada diceritakan semuanya. Malah untuk mendapat supplier barang mainan murah pun ada diberikan sekali.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan ingin membeli Panduan Buat Duit Dengan eBay ini, sila klik link @ banner dibawah ini >>>>
dah lama aku tak sentuh akaun ebay aku. hoho..
ni mesti kalau tgk tgk dah ada ratus dollar dah
Business ebay ni saya dah tahu lama dan tahu selok beloknya, ermm kebayakkan kawan2 dari kalangan mereka. Apa2 kita kena berani kalau nak berjaya kan. saya ni budak business tapi takut nak ambil risiko, So planning dan modal tu dah ada, cuma tak realisasikan je.
wah, bolehlah kongsikan dengan kawan kawan jika ada ilmu pasal ni