Kalau dulu rata rata loan pinjaman kenderaan kereta hanya sampai 5 tahun sahaja. Kini loan pinjaman kereta sampai 9 tahun maksimum. Dengan kata lain, majoriti pemilik kenderaan kini terpaksa berhutang dengan lama dan lambat habis bayar pinjaman kenderaan mereka. Lepas sahaja habis bayar, kereta pun sudah tua. Anda mungkin mahu menukar kepada kereta yang baru atau anda terpaksa menukar walaupun loan anda belum lagi tamat. Ada banyak faktor kenapa jadi begitu dan salah satunya pasti disebabkan amalan penjagaan kereta anda yang sangat teruk. Boleh jadi. Jadi di sini saya mahu perkenalkan anda dengan ebook panduan jaga kereta ini.
Saya sendiri salah seorang pengguna kereta yang dikira kerap. Saya pergi kerja naik kereta 100%. Dengan kata lain kereta saya hari hari saya gunakan untuk berjalan. Apabila melihat tarikh masa menukar minyak hitam, saya perasan yang saya sudah terlebih dari jadual masa yang ditetapkan. Dan dalam masa yang saya saya memang kurang pengetahuan asas berkenaan apa yang perlu saya ambil tahu tentang keadaan kereta.
Panduan Jaga Kereta Tahan Lama Tidak Mudah Rosak
Cerita mudah begini. Saya pasti ramai yang kurang tahu berkenaan panduan jaga kereta yang betul. Bilakah masanya air penyejuk radiator (air coolant) perlu di isi semula? Adakah boleh menggantikan air coolant dengan air biasa? Berapa kilometerkah yang diperlukan untuk menukar minyak gear auto? Adakah keadaan absorber kereta anda dalam keadaan masih baik dan tiada minyak leaking? Bilakah minyak compressor perlu ditukar dan banyak lagi. Anda tidak tahu bukan? Saya pasti ramai tidak tahu berkenaan hal begini.
Saya sendiri begitu. Bila bawa ke kedai, tauke bengkel suruh tukar dan servis perkara tertentu. Dan sendiri terkejut ada perkara yang perlu diservis yang saya sendiri tidak tahu kewujudan benda itu perlu diservis. Saya pasti anda pun pasti pernah mengalami keadaan seperti apa yang saya lalui bukan. Dengan keadaan begini, bagaimana kita boleh memastikan yang kereta kita dijaga baik dan tahan lama? Sebab itu saya mahu kongsikan dengan anda akan Ebook Menjaga Kereta ini untuk anda baca. Anda mahu?
Salah satu cara untuk kereta tahan lama dan tidak mudah rosak adalah dengan ilmu. Kalau kita ada ilmu, kita tahu apa persediaan dan cara menggunakan kereta dengan betul. Merawat dari awal adalah lebih baik dari mengubati betul? Semua orang bukan macam kita. Memang akan ada orang yang lurus bendul tidak tahu apa apa. Tahu isi minyak dan pandu sahaja. Bila rosak bawa ke kedai. Selepas itu kena keluarkan modal ratusan hingga ribuan ringgit. Tetapi masih tidak tahu di mana silapnya dengan cara kita menjaga kereta kita. Jom dapatkan ebook ini sekarang ya.
2 Comments
Walapun saya sendiri tak suka bergantung dengan orang bab kereta saya memang malas nak ambik tahu. Kalau semua saya ambik tahu nanti lelaki tak ada kerja pulak ha ha.Tapi info ni bagus sebab boleh save duit kalau pandai jaga kereta. Kereta ni liability .
sekarang pi kerja naik motor aje.
sebab rumah dah dekat dengan tempat kerja.