Setelah sekian lama berblogging, anda pasti perasan atau sedar yang kadang kala ada sesetengah dari artikel yang anda hasilkan sepertinya tidak muncul di engin carian Google bukan. Kalau ada pun sangat lambat. Saya tidak katakan semuanya, tetapi ada sesetengah artikel pasti jadi begitu. Malah kalau anda perasan, ada juga artikel yang tidak muncul di engin carian walaupun sudah berminggu minggu. Anda pasti hairan bukan. Benda sebegini sukar untuk dijelaskan. Yang pasti hanya Google yang mempunyai jawapan akan hal ini.
Apa yang saya perasan, menurut pengalaman saya, tidak pasti samada ianya benar atau tidak. Blog yang mempunyai nilai “pagerank” selalunya akan mudah diindex oleh Google berbanding yang tiada pagerank. Ini saya sedar apabila blog saya yang satu lagi yang mempunyai pagerank = 2, hanya didalam beberapa minit malah kadang kala didalam tidak sampai seminit terus sahaja diindex dan telahpun berada di carian Google. Tetapi bagi blog ini yang masih tiada pagerank, ianya boleh mencecah sehingga 3-5 hari untuk diindex jika Google mahu. Walaupun begitu ianya hanya pendapat saya sahaja, mungkin betul mungkin tidak. Saya pasti setiap blogger juga melalui pengalaman berbeza.
Index URL Blog Anda Dengan Webmaster Tools
Sudah agak lama saya tidak membuka Google Webmaster Tools. Apabila dibuka dan dilihat, saya perasan yang “URLs Submited” dan “URLs Indexed” memaparkan dua nilai yang sangat berbeza. Bayangkan yang submit bernilai 300 tetapi yang di index hanya 210. Ini bermakna, dengan maksud lain ada 90 URLs yang tidak diindex. Wow, satu nilai yang memberi kejutan buat saya apabila melakukan check data di Google Webmaster Tools ini. Apakah benar yang blog saya ini mempunyai 90 URLs yang tidak diindex? Apakah pendapat anda tentang hal ini?
Jadi apa yang saya lakukan? Saya men-submit semula “sitemap.xml” blog ini di Webmaster Tools. Dan hanya didalam masa beberapa hari sahaja nilai indexed telah meningkat dari 210 kepada 250, kepada 260 dan sekarang URLs Submited = URLs Indexed iaitu 304. Saya gembira akan hal ini. Ini bermakna kesemua URL atau artikel blog ini telah berjaya diindex dan terpapar didalam senarai carian Google.
Apa yang saya mahu sampaikan disini adalah, blogger selalunya mengabaikan akan hal ini. Saya pasti ramai yang kurang mengambil berat dan melihat data yang terpapar di Google Webmaster Tools. Saya pun begitu. Tetapi oleh kerana merasakan trafik tidak begitu naik secara berkala dan merasakan pelik apabila ada artikel yang tidak muncul di Google barulah saya hendak melihat apa yang tidak kena dan mencari punca. Nasib baik saya perasan awal akan hal ini. Saya harap anda blogger juga jangan terlepas pandang akal hal ini. Nasihat saya segerakan lawatan anda ke Webmaster sekarang. Jika ada link yang “broken”, sila selesaikan dengan kadar segera. Rawatan anda dari sekarang mampu mencegah blog anda tenat di kemudian hari. Pengalaman saya adalah pengalaman anda juga. Selamat berblogging…