Saya adalah pemegang polisi skim insurans dari PruBSN Takaful. Semua sedia maklum yang polisi insurans majoritinya dibeli dari agen insurans yang mempromosikan produk tersebut. Ini adalah sesuatu yang umum. Tetapi bagaimana pula jika anda ditawarkan insurans secara penggilan telefon. Saya akan kongsikan beberapa pengalaman saya yang menerima panggilan telefon yang menawarkan skim insuran kemalangan dan juga kematian.
Saya telahpun beberapa kali menerima panggilan telefon yang menawarkan skim insurans tertentu yang meminta saya bersetuju membuat pemotongan wang terus dari kredit kad secara bulanan, tahunan dan juga sekali seumur hidup. Oleh kerana tertekan dengan bil kredit card yang senantiasa kurang kerana telah dipotong oleh pelbagai insurans. Saya meminta pihak bank untuk “terminate” mana mana skim yang bersangkut paut dengan kad kredit saya. Nasihat dari pihak, saya seharusnya TIDAK MENERIMA LANGSUNG akan apa apa skim yang berbentuk insurans dari pihak secara panggilan telefon.
Terima Panggilan Telefon Untuk Produk Skim Insurans
Kali kedua pula, saya telah menerima panggilan dari pihak skim insurans juga yang mengatakan saya perlu membuat bayaran premium insurans untuk kredit kad saya. Saya tanyakan, buat apa saya perlu bayar? Mereka menjelaskan yang saya memang dilindungi insurans untuk tempoh tertentu dan saya memang tidak dikenakan pada mulanya. Cumanya ini adalah tahun terakhir dan saya perlu membuat bayaran SEKALI SAHAJA bagi meneruskan premium insurans tersebut lagi 1 tahun. Saya meminta untuk diberi masa. Keesokkannya mereka telefon lagi, Saya tidak angkat panggilan tersebut. Sehingga kini tiada lagi panggilan dibuat. Adakah perlu saya membayar? Adakah memang betul adanya premium insurans yang perlu saya bayar? Pelik bukan?
Beberapa hari lepas saya menerima panggilan lagi dari pihak yang menawarkan skim insurans ini. Tetapi pada kali ini pihak tersebut adalah dari pihak PRUBSN Takaful sendiri. Oleh kerana percaya, saya memberi peluang untuk mendengar. Untuk pengetahuan anda, skim insurans yang mereka tawarkan adalah dalam bentuk “tawaran tambahan” bagi menambah baik polisi insurans yang sedia ada. Ianya khas hanya kepada pemegang polisi yang diberikan sahaja. Bagi saya ianya menarik.
TETAPI, akibat dari pengalaman lalu, duit kredit kad saya terus sahaja berkurangan akibat dari pelbagai polisi. Saya bertindak untuk tidak menerima polisi tersebut kerana mahu di BERIKAN MASA. Secara peribadi saya mempercayai akan skim insurans yang ditawarkan. Dan saya perlu membayar RM50 sebulan tambahan secara potongan kad kredit. Yang menjadi masalah bukannya wang. Tetapi urus niaga yang dilakukan secara panggilan telefon. Ianya sangat cepat dan membuatkan saya tidak mengambil polisi terbabit.
Saya meminta maaf kepada mana mana pekerja yang betul yang menjalankan promosi produk skim insurans sebenar melalui talian telefon. Bukan kerana tidak percaya. Tetapi saya kini tidak berapa suka dengan sistem yang secara halusnya seakan “memaksa” dan menyebabkan pelanggan terasa perlu dan tersudut untuk membuat keputusan “on the spot”. Kalau terlepas, saya tidak akan dapat tawaran tersebut. Bagi saya perkhidmatan sebegini tidak adil. Saya sendiri berasa tidak selamat, tidak sempat berfikir dan tergesa gesa.
Saya tidak katakan anda menipu, malah saya percaya. Cumanya teknik sebegini yang mengikat pelanggan secara “laju” sebegini mendatangkan ketidakselesaan pada saya. Lebih baik saya terlepas promosi tersebut daripada saya tertanya tanya apa yang telah saya lakukan dan tidak mampu berpatah balik. Nasihat saya, berikan masa dan benarkan pelanggan untuk membuat latar belakang background produk yang dipromosikan untuk lebih yakin. Sekian. Apa pendapat anda?
4 Comments
yalah kan..sepatutnya berkenalan dulu baru best
setakaf ini belum pernah dapat tawaran seperti ini jadi tahulah takkan terima skim insurance lewat telepon
pernah juga dapat penggilan macam ni…. tp tak angkat pun
huh aku pernah kena, tau-tau dah potong dalam akaun. cepat2 pergi bank batalkan. Senang jer depa nie ..:)