Saya tahu, ramai yang kecewa untuk ada akaun adsense. Sudah cuba berkali kali tetap juga gagal. Jadi peluang hendak buat duit melalui blog terpaksa anda car melalui saluran lain seperti Nuffnang, Innity dan juga H12 Media. Saya pasti ramai yang kurang berpuas hati dengan Nuffnang sekarang. Dan Innity pula tidak semua mampu untuk apply kerana syarat yang ketat. Akhirnya tinggallah H12 media sahaja. Apa kata anda beri peluang dan cuba buat duit dengan mobile ads pula. Anda mahu?
Seminggu lepas saya baru sahaja cuba menggunakan program pengiklanan smartphone berbentuk mobile ads. Nasihat saya, kalau anda mahu mudah lulus untuk apply program ini, sila pastikan Organic Traffic anda mestilah sekurang kurangnya 1000uv (anggaran saya sahaja) dan trafik anda mestilah mempunyai pengguna dari mobile yang agak baik. Contoh, kenapa blog ini diterima adalah kerana traffic organic dari Google adalah sebanyak minima 2000uv sehari dan 30% adalah dari pengguna mobile smartphone.
Buat Duit Dengan Iklan Dari Mobile Ads
Bagaimana untuk anda dapat duit dengan mobile ads. Trafik yang masuk ke blog kita majoriti selalunya adalah dari Google. Selalunya akan ada 4 jenis trafik yang masuk ke blog kita iaitu trafik organik Google, trafik dari social media, trafik dari smartphone dan juga tablet. Ambil contoh blog ini. 30% trafik adalah dari smartphone. Dan 30% trafik inilah yang mendatangkan hasil atau earning buat saya dengan mobile ads ini. Anda lihat gambar di atas. Itulah earning saya sejak seminggu lepas.
Apakah iklan mobile ads ini? Begini, kalau anda pasang kod iklan dari mobile ads. Ini bermakna iklan hanya akan keluar dan terpampang hanya kepada pengguna atau pelawat yang masuk ke blog kita melalui mobile seperti smartphone dan juga tablet. Kalau pelawat datang masuk menggunakan komputer mahupun laptop, iklan tidak akan terpapar. Harap anda faham.
Bagaimanakah untuk mendapat earning yang banyak dari mobile ads ini. Tiada jalan lain melainkan blog anda memang menerima trafik dari mobile user dan juga mempunyai trafik yang agak tinggi. Nasihat saya, jika anda mempunyai trafik yang baik dari mobile user. Adalah satu tindakkan baik jika anda dapat memastikan atau menggunakan theme yang responsive atau mobile ready. Ini akan memudahkan pelawat singgah dan baca blog anda. Dan sudah tentu membantu meningkatkan trafik dan juga earning anda sekiranya anda mahu sertai program buat duit dengan iklan dari mobile ads. Kalau anda berminat, sila klik link di bawah untuk mendaftar.
7 Comments
mobicow???….masih lagi decline….x tahu la knp…huhu
memang best, bayar hosting aku bulan-bulan je cukup le..:D dan beli premium plugin memane yang best kan..baru-baru ni beli theme…hehee
Oh..pengiklanan Mobile Ads ni bro Anarm pernah kongsi dulu, banyak komisen dia dapat. Dah boleh bayar domain kan..Aku pulak.. nanti aku join sekaki..hehe belum register
dah join, tapi rasanya syarat dia takde sampai 1000uv, sebab 2 blog aku dlm 400uv dpt approve, mungkin prefer trafik banyak dari SE atau mobile kot
cam best je…leh try ni……..
memang best kalau blog punya banyak trafik dari mobile seperti ini bisa manfaatkan mobile ads
terima kasih. belum cuba lagi, boleh dipraktikkan.