Sudah ramai sebenarnya yang telah berjaya membuat side income dari blog dengan hanya mempromosikan produk affiliate. Tetapi saya pasti, masih ramai juga di luar sana yang tidak tahu atau kecewa sehingga sekarang kerana masih tidak berjaya mendapat 1 jualan pun dari produk affiliate. Ini menyebabkan mereka kecewa. Salah dimana? Pada yang telah mencuba membuat promosi melalui blog, saya rasa salahnya adalah dari cara dan teknik promosi tersebut. Betulkah? Betul! Saya ceritakan di bawah ini..
Saya berikan sedikit tips untuk anda yang mahu membuat side income dengan affiliate ini. Anda cuba buat satu artikel promosi produk affiliate. Kemudian tunggu 3-4 hari. Atau kepada yang telah ada membuat artikel promosi mana mana produk, sila salin “copy” kata kunci “keyword” produk tersebut pada carian di Google. Soalan saya, adakah artikel anda MUNCUL di hasil carian Google? Ada? Tidak ada? Anda faham apa yang ingin saya sampaikan?
Jana Side Income Melalui Blog
Begini. Katalah tajuk artikel anda tentang “Cara Membuat Kek Pavlova”. Artikel ini anda buat untuk mempromosi dan menjual DVD Video rakaman cara membuat kek pavlova. Cuba anda taipkan perkataan “cara membuat kek pavlova” ini di Google. Soalan saya, adakah engin carian Google memaparkan artikel anda di hasil carian mereka? Ada atau tidak ada? Kalau ada maka anda berjaya menghasilkan artikel jualan tersebut dan kalau tiada maka sudah tentu anda sukar membuat jualan dan seterusnya menjana side income dari affiliate.
Contoh yang saya berikan di atas adalah satu tips untuk anda faham kenapa anda berjaya atau tidak untuk membuat jualan dengan produk affiliate. Pengguna internet mahu mencari panduan cara membuat kek pavlova melalui Google. Tetapi kalau artikel anda GAGAL TERPAPAR pada halaman pertama Google, bagaimanakah untuk anda boleh membuat jualan? Pasti gagal bukan? Setuju? Saya harap anda sudah nampak akan peranan artikel dan kepentingan dalam memastikan yang artikel jualan harus mampu berada di carian Google untuk membuat jualan.
Anda mahu belajar asas asas di dalam mempromosikan produk affiliate melalui blog? Kalau mahu, saya ingin memperkenalkan ebook Panduan Affiliate ini untuk anda. Ianya bukanlah sebuah panduan peringkat tinggi. Ianya sesuai bagi yang baru belajar dan masih baru di dalam dunia affiliate. Ada banyak penerangan yang asas yang perlu diketahui sekiranya anda berminat untuk membuat side income dengan produk affiliate ini. Jika berminat, sila tekan link jualan di bawah ini untuk mendapatkannya. Jangan terlepas untuk membuat duit melalui blog. Saya pasti anda boleh.
1 Comment
Memang masyukk kalau rajin & tau pasai Affiliate nih.. Ramai dah yang leh wat duit ngannya.