Close Menu
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
  • Home
Button
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
Home»Info»Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
Info

Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang

adminBy admin28/03/2020Updated:17/11/20214 Comments3 Mins Read
Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Telegram Email

Semalam bos masuk ke dalam line (department) dan meminta kami mengisikan nama dan alamat rumah. Kemudian bertanya kami datang kerja naik apa dan parking di mana. Tempat kerja kami memang ada di sediakan tempat parking. Namun pekerja yang sangat ramai, menyebabkan terpaksa parking diluar kawasan tempat kerja. Dan kawasan parking tersebut adalah milik MPSP iaitu milik pihak majlis perbandaran negeri. Namun untuk tahun 2020 ianya telah dikuat kuasa yang kawasan petak parking tersebut memang kena mula bayar menggunakan aplikasi Penang Smart Parking (PSP).

Kawasan petak parking memang milik majilis perbandangan negeri Penang. Namun ianya adalah kawasan perindustrian perkilangan. Jadi sangat kurang untuk orang awam menggunakannya kecuali adalah para pekerja yang bekerja di kawasan tersebut. Penguat kuasaan terhadap cas dan kaedah bayaran petak parking kenderaan ini menyebabkan para pekerja yang terpaksa meletak kereta untuk masuk dan pergi kerja mula terasa terbeban. Maklumlah, bayaran cas parking dari pukul 8 pagi sehingga jam 6 petang adalah RM6 sehari. Jadi kalau setiap bulan parking memang kena RM100 ke atas lah setiap bulan.

Paparan dari apps penang smart parking
Paparan dari apps penang smart parking

Bayar Parking Kereta Di Pulau Pinang Dengan Aplikasi Penang Smart Parking

Sebenarnya bayaran parking tempat letak kereta memang kena guna kupon parking kereta yang tersendiri. Cumanya kaedah yang terbaru pula di mestikan menggunakan apps penang smart parking di Pulau Pinang ini. Ianya sebenarnya memudahkan urusan. Senang bagi pengguna seperti saya, dan senang bagi pihak majlis perbandaran untuk membuat semakan bayaran parking letak kereta dengan mudah.

Dan semalam saya ke tempat kerja. Berita mengenai selepas ini kena bayar cas parking kalau parking di luar membuatkan ramai pekerja yang datang awal dan mahu parking kereta di dalam tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan saya yang sudah lama parking kereta di dalam tiba tiba terpaksa parking diluar tempat kerja. Mudah cerita kena parking di tapak petak khas kenderaan milik majlis perbandaran negeri. Oleh kerana tidak mahu kena saman parking kereta, maka saya telah install app penang smart parking pada smartphone. Daftar, topup kredit dan bayar cas parking untuk sehari sebanyak RM6. Selesai. Agak mudah.

Cara Guna App Penang Smart Parking (PSP)

  • PenangSmartParking – sila cari dan pasang (install) aplikasi ini pada smartphone anda melalui Google Play (Android) atau App Store (iOS).
  • Register – sila jalankan (open) aplikasi tersebut dan daftar (register) terlebih dahulu. Anda kena daftar nombor telefon anda dan juga nombor plat kenderaan anda.
  • Reload – selepas itu sila klik menu “Reload” untuk membuat topap/tambah nilai akaun PSP anda terlebih dahulu.
  • Pay – selepas itu barulah klik “Pay” untuk membuat bayaran parking kereta jika anda parking di tempat letak kereta milik majlis perbandaran/bandaraya. Kredit di dalam akaun PSP anda akan automatik ditolak (deduct).

Untuk pengetahuan anda, ketika mahu membuat bayaran parking menggunakan apps penang smart parking, anda akan diminta untuk memilih kawasan anda parking iaitu di dalam pulau pinang atau seberang pulau pinang. Saya tidak pasti kenapa ada 2 pilihan tersebut. Mungkin kerana cas yang berbeza yang dikenakan atau mungkin majlis perbandaran/bandaraya yang menguruskan adalah pihak majlis yang berbeza. Mungkin lah.

Setelah menggunakan aplikasi penang smart parking ini buat pertama kali. Saya berpendapat ianya memudahkan dan wajib untuk rakyat Pulau Pinang memang apps ini di dalam smartphone masing masing. Cumanya dari pandangan saya sebagai orang awam, saya lebih suka kalau ada hanya 1 aplikasi parking kereta yang boleh digunakan seluruh Malaysia. Jadi pergi mana mana negeri di Malaysia pun jadi mudah. Tidak pening pening hendak tahu cara dan kaedah bayaran parking kereta yang berbeza beza. Apa apa pun saya ucapkan tahniah kepada app penang smart parking yang memudahkan ini. Selamat mencuba.

aplikasi penang smart parking app penang smart parking apps penang smart parking penang smart parking
admin
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Related Posts

Ringkasan Apa Itu Bitcoin

21/11/2023

Aplikasi Penghantaran Makanan Misi Rakyat

16/11/2023

Senarai Ejen We Kongsi Seluruh Malaysia

25/09/2023

Contoh Kos Bil Perubatan We Kongsi

25/09/2023

Link URL Referral We Kongsi

20/09/2023

Waiting Period We Kongsi

20/09/2023
View 4 Comments

4 Comments

  1. Tangbt on 21/10/2021 2:02 pm

    How to re install after changing a new phone

    Reply
    • admin on 24/10/2021 7:56 am

      Install sahaja yang baru, login pakai login yang sama

      Reply
  2. A NAZERI on 16/11/2023 12:26 pm

    Saya dah daftar ..dan apabila saya nak reload kali pertama melalui T&G ewalet tak masuk pun dalam PSP walaupun bayaran dan Approve.Tiga kali saya buat reload..satu pun tak masuk dalam PSP.
    Mohon Penjelasan.

    Reply
    • admin on 16/11/2023 12:35 pm

      saya cuba topup dan ok. cuma saya tak pernah buat bayaran guna TnG. Maaf saya x dapat jawab soalan ni. Cuma saya nak tanya satu soalan

      1. adakah duit dari TNG dah tolak? Jika belum, tu x success, kalau dah tolak tu dah success. Tapi belum masuk? Kalau saya dalam keadaan ni, saya akan tunggu dulu beberapa jam. takut sistem PSP atau TnG tu ada problem server delay atau apa. kalau dah berjam atau sehari pun sama, kena contact PSP tu atau TnG untuk check apa yang masalah

      Reply

Leave A Reply Cancel Reply

Don't Miss

Cara Withdraw Duit Tiktok Shop

26/11/2023

Ada orang tanya susah ke tidak untuk buat duit di Tiktok? Jawapannya adalah 100% mudah…

Ringkasan Apa Itu Bitcoin

21/11/2023

Buat Duit Dengan Involve Asia

20/11/2023

Sistem Auto Trade Gold Malaysia

19/11/2023
Stay In Touch
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram
  • WhatsApp
About Us
About Us

We're accepting new partnerships right now.

Email Us: moham29577@yahoo.com
Contact: +60174836797

New Comments
  • admin on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • A NAZERI on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • anas on Homestay Aqil Penang Luas Dan Selesa
  • Haikal on Kos Upah Tukang Paip Plumbing Mahal Atau Murah
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
© 2023 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Ad Blocker Enabled!
Ad Blocker Enabled!
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.