Setiap orang pasti ada bulu yang tumbuh di tubuh badan mereka. Cumanya samada ianya banyak atau tidak itu sahaja. Dan bukan semua produk atau alat sesuai untuk digunakan untuk memotong dan mencukur bulu tersebut. Untuk rambut ada mesin gunting rambut. Untuk misai dan jambang ada pencukur khas. Bagaimana dengan bulu yang tumbuh pada peha dan juga betis? Mungkin orang lelaki tidak kisah dengan bulu di kaki mereka. Orang perempuan agak sensitif dan sebab itulah adanya alat pencukur bulu kaki untuk wanita. Anda pernah guna?
Biasanya bulu rambut yang tumbuh pada kaki wanita tidaklah seperti bulu yang tumbuh pada kaki orang lelaki. Bulu kaki orang lelaki agak lebat dan juga tebal. Sedangkan bulu kaki wanita lebih halus dan nipis. Dan ada di antara wanita yang sedikit lebih lebat akan bulu yang tumbuh pada kaki mereka oleh kerana hormon yang berbeza. Jadi mereka memerlukan alat khas untuk mencukur bulu yang terdapat pada kaki mereka kerana merasakan malu dan sebagainya.
Alat Pencukur Bulu Kaki Wanita Jenis Elektrik
Saya sendiri sebagai lelaku baru tahu akan kewujudan produk dan alat seperti ini. Bahasa sebutan yang betul untuk pencukur bulu kaki wanita adalah “EPILATOR”. Dan hanya setelah membeli dan melihat sendiri alat ini di depan mata, barulah saya tahu dan faham bagaimana alat ini berfungsi. Rupa rupanya ianya BUKAN MENCUKUR ya. Alat ini direka khas untuk menarik bulu yang tumbuh pada kaki mengguna pakai kaedah mencepit dan menarik bulu keluar terus dari akarnya. Kedengaran nampak sedikit menyakitkan akan tetapi berjaya untuk melambatkan pertumbuhan bulu pada kaki selepas itu.
Jangan cakap kata hanya orang perempuan mahukan alat ini ya. Orang lelaki terutamanya suami pun pasti sukakan kalau betis kaki isteri mereka kelihatan bersih dan licin. Kalau kaki isteri anda sedikit berbulu, apa salahnya anda sebagai suami belikan epilator wanita ini untuk isteri anda. Jangan risau dengan harga. Ada yang mahal dan sudah tentu ada juga yang murah. Namun murah bukan bermaksud tidak berkualiti ya. Ianya masih berkualiti, ramai para wanita yang guna dan memberikan review pengalaman menggunakan yang bagus. Berminat?
Tadi saya beritahu anda yang pencukur bulu kaki ini bukan mencukur betul? Ianya hanya mencepit bulu dan menarik bulu terus dari akar dari betis kaki anda betul? Cumanya kaedah ini di mudahkan lagi dengan adanya motor elektrik. Jadi proses untuk mencabut bulu kaki anda akan dilakukan dengan cepat dan mudah. Cuma kena tahan sakit sikitlah. Biasalah sakit cabut bulu kaki dan bukannya sakit dari mencukur bulu kaki. Ada beza ya.
Kenapa kita tidak boleh mencukur bulu kaki kita dengan menggunakan pisau pencukur misai dan jambang seperti biasa? Bukan tidak boleh tetapi kurang sesuai. Bulu misai, jambang dan janggut pada muka orang lelaki memang biasa tumbuk dalam jumlah yang banyak. Sudah tentulah kita tidak mahu bulu pada kaki kita juga tumbuh lebat seperti di muka betul? Bila anda cukur bulu kaki guna pisau pencukur, anda sebenarnya sedang mencukur lebih banyak bulu bulu kaki yang halus dan kecil yang akhirnya membuatkan bulu tersebut tumbuh lebih lebat dari biasa. Sudah tentu tidak mahu betul?
Beli Epilator Online Di Sini
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Konsep mencepit bulu dan mencabut bulu terus dari akar adalah untuk mengelakkan lebih banyak bulu halus tumbuh dan menjadi besar dan memperlambatkan bulu untuk tumbuh selepas itu. Biasanya orang orang lama suka guna pencepit bulu manual guna tangan bukan? Cumanya alat pencukur bulu kaki ini adalah jenis elektrik. Jadi proses untuk mencukur bulu kaki anda akan mudah dan cepat dilakukan tanpa menghabiskan banyak masa.
Orang lelaki pun boleh guna pencukur bulu kaki elektrik ini. Cumanya saya pasti tidak ramai orang lelaki yang membeli alat seperti ini hanya untuk mencukur bulu di kaki. Orang lelaki hanya mencucur bulu rambut yang biasanya tumbuh di muka untuk kekemasan penampilan mula. Orang perempuan pula mahukan betis kaki mereka kelihatan cantik, mulus dan bersih lagi lagi untuk suami apabila sudah berumah tangga. Klik sahaja link di atas ini untuk mencari dan membeli epilator ini ya. BYE!!!.