Adakah rumah di Malaysia semakin mahal? Jika anda bertanya kepada saya soalan ini, secara peribadi saya akan katakan YA. Rumah di Malaysia memang mahal. Secara umumnya kita menerima konsep ekonomi yang mana harga barangan dan kos kehidupan memang akan meningkat setiap tahun. Akan tetapi peningkatan yang keterlaluan di bahagian kos sara hidup ini nampaknya tidak selari dengan kenaikkan yang wajar bagi gaji semasa penduduk Malaysia. Adakah penyelesaian dengan memperkenalkan rumah mampu milik kepada rakyat membantu?
Saya bagi contoh begini. Saya telah pun bekerja di dalam sektor “SWASTA” sejak hampir 7 tahun lalu. Gaji seorang lulusan diploma (contoh) dan bekerja di sektor swasta pada 7 tahun lepas adalah sebanyak RM1500 (anggran). Dan kini, di tahun 2014 selepas 7 tahun berlalu, gaji pekerja di tahap lulusan diploma masih lagi di takuk yang lama iaitu RM1500 sebulan. Persoalan yang boleh kita pertanyakan adalah, adakah kos barangan semasa dan harga rumah semasa 7 tahun lalu adalah sama dengan tahun terkini (2014)? Jawapan logik adalah, sudah tentu tidak sama. Malah harga rumah telah pun melampau lampau naik sejak 7 tahun lalu. Jadi bagaimana dengan kemampuan untuk membeli rumah sebagai aset? Sudah tentulah terbeban. Kita tampaknya memerlukan rumah mampu milik bagi menyelesaikan masalah ini.
Permohonan Online Rumah Mampu Milik Negeri Johor
Di pihak kerajaan nampaknya ada menjalankan satu inisiatif yang bagi saya masih tidak cukup, namun begitu ianya sebuah usaha yang baik iaitu memperkenalkan projek PRIMA. Projek ini adalah projek yang diberi nama sebagai Rumah Mampu Milik untuk memberikan peluang kepada rakyat TERUTAMANYA yang kurang berkemampuan untuk membeli rumah untuk mendapatkan rumah dengan harga yang jauh lebih murah. Saya secara peribadi melihat kerajaan boleh memainkan peranan yang lebih luas dan besar untuk menyertai projek pembinaan rumah untuk memberikan rumah mampu milik kepada rakyat. Ini kerana saya menganggap rumah adalah salah satu benda KEPERLUAN dan bukannya barang dagangan yang senantiasa naik seperti barangan lain.
Bagi rakyat Johor, anda boleh mendapatkan rumah mampu milik Johor ini dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara online melalui lamanweb di bawah ini:
Daftar Permohonan Rumah Mampu Milik Johor di Sini – http://erumah.johor.gov.my/
Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan) Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak Kota Iskandar 79503 Nusajaya, Johor |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor |
Segala pertanyaan boleh hantar emel ke sukperumahan@johor.gov.my |
Nasihat kepada pemohon, sila isikan maklumat dengan betul dan tepat. Maklumat yang betul dapat membantu pihak berwajib menjalankan urusan dengan lancar dan tiada masalah yang timbul kemudian hari. Dan kepada warga muda, sila ambil berat mengenai peluang peluang rumah mampu milik Johor yang ada untuk kebaikkan masa depan anda. Ingat! Harga rumah semakin hari semakin mahal, gaji pula akan sentiasa di takuk lama. Dan ambillah peluang yang ada ini untuk membantu anda di masa hadapan nanti. Penulisan artikel ini adalah dari pandangan admin sendiri dan diharap tidak disalah ertikan. Admin berharap anda (pembaca) membeli rumah dengan segera. Assalamualaikum.. 🙂
11 Comments
terbaiklah bro, memang info begini patut di perbanyakkan, tentang PR1MA pun aku rasa masih ramai yang kurang tahu, so tugas lu nak hebahkan
kita just sebarkan untuk kebaikkan ramai
Saya dah daftar tapi tak bole nak semak pun?
mmg ssh nak tahu status terkini permohanan bagi pemohon pr1ma, kebiasaanya saya akan call sebulan sekali bertanya status terkini, wlu kebiasaanya jwpn yg sama..masih dlm proses…
Nama saya black list…..rumah dah lelong so sekarang saya layak memiliki rumah johor?
yang ini kena tanya pihak pemaju perumahan, mungkin mereka ada maklumat atau cadangan berkenaan masalah ini
Nk tukar maklumat peribadi knape x bole click utk tukar ye
Saya anak Johor sekarang dah bersara pencen sebulan rm 2000 ingin memiliki rumah mampumilik negeriJohor di daerah Muar dan sekarang ini adakah mana-mana projek perumahan tersebut dijalankan.
Saya nak buat pendaftaran baru utk rumah mampu milik johor,apa yg harus saya buat
Maaf ya Misran saya tiada info berkenaan ini
stresss rrrr mohon rumah xdpt dpt ntah aper kategori yg deme nak ntah..??