Close Menu
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
  • Home
Button
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
Home»Buat Duit Online»Pendapatan Pasif Income Food Delivery MISI
Buat Duit Online

Pendapatan Pasif Income Food Delivery MISI

adminBy admin15/11/2023No Comments4 Mins Read
Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Telegram Email

Salah satu sumber income dari pendapatan pasif yang saya sangat suka untuk tahun 2023 ini adalah program affiliate atau referral dari Aplikasi Food Delivery Misi. Kenapa? Kalau anda menjadi pembaca blog ini, anda akan perasan yang saya memang sukakan apa apa program yang boleh buat duit secara online. Lagi lagi program berbentuk passive income memang saya suka sangat sangat. Dan bila trend viral kini tentang aplikasi food delivery yang ada menawarkan income seperti ini walaupun sebagai user, saya terus register tanpa berfikir panjang. Sebabnya ianya memang kena dengan apa yang saya cari dan saya mahukan.

Salah satu fungsi aplikasi Misi adalah sebuah app food delivery yang dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia. Rider iaitu runner boleh buat duit sebagai penghantar makanan. Vendor kedai makan pula boleh menawarkan harga makanan di platform Misi sama 100% seperti di kedai mereka. Vendor kedai makan dan rider akan dapat keuntungan 100% dan tidak ditolak sesen pun untuk menggunakan app Misi ini. Menarik? Ya memang menarik pun!!!.

Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi
Harga makanan dan cas rider food delivery app Misi

Link Pasif MISI RAKYAT

Tapi apa kaitan pasif income dengan platform Misi? Untuk pengetahuan anda, ketika anda membuat pesanan makanan di Misi. Anda sebagai user iaitu pengguna akan mendapati ada 3 jenis bayaran yang perlu anda bayar ketika membuat pesanan iaitu order melalui app Misi antaranya adalah Bayaran Harga Makanan, Bayaran Upah Rider iaitu penghantar makanan dan bayaran sistem fees iaitu cas menggunakan app tersebut. Hendak lebih jelas, lihat sahaja resit pembayaran makanan menggunakan app Misi Rakyat di atas ini. Jelas? Faham? Jadi dari mana sumber income untuk bayaran pendapatan pasif ketika menggunakan aplikasi Misi?

Pecahan Sistem Fees 8% Misi Rakyat

  • 1% untuk pasif income Admin kawasan
  • 1% untuk pasif income Rider/Runner official
  • 1% untuk pasif income User MISI
  • 5% untuk maintenance

Setiap pembelian makanan ada caj sistem fees 8% di kenakan terhadap bil anda. Pecahan adalah seperti di atas ini. Anda faham atau tidak?

Kalau anda mahu menjadi rider atau runner iaitu penghantar makanan di platform Misi. Tahukah anda yang anda akan dapat 1% dari jumlah pembelian oleh user. Katakan Nadia membeli makanan di app Misi di kedai Ali. Anda accept tugasan tersebut. Bayaran upah sebagai rider sebagai penghantar makanan adalah RM5. Tetapi anda juga dapat 1% komisen dari jumlah iaitu harga makanan yang dibeli tersebut. Dengan kata lain, upah sebagai rider anda dapat. Komisen pendapatan pasif 1% pun anda dapat. Menarik? Memang pun!!!.

Join pasif income aplikasi Misi Rakyat
Join pasif income aplikasi Misi Rakyat

Cara Dapatkan Link Referral/Penaja Misi Rakyat

  • [ Login MISI ] – sila klik link ini untuk daftar dan log in masuk ke aplikasi Misi
  • Sila klik pada “JOIN PASIF INCOME SEUMUR HIDUP setiap kali customer order, anda dapat 1%
  • Anda akan dipaparkan dengan permintaan untuk membuat bayaran sebanyak RM100
  • Hanya selepas anda berjaya membuat bayaran, barulah “Link Pasif” akan dipaparkan
  • Sila copy link referral ini dan sebarkan kepada orang yang anda rasa suka untuk order makanan secara online menggunakan platform food delivery app

Bagaimana dengan anda iaitu sebagai pengguna (user) kepada app Misi ini? Ya, kita pun akan dapat 1% komisen dari jumlah harga makanan tersebut dengan syarat, pembeli makanan tersebut mendaftar menggunakan app Misi menggunkan link referral tajaan anda. Dan untuk mendapatkan fungsi link pasif ini, anda WAJIB membuat bayaran RM100 terlebih dahulu!!!. Hanya selepas bayar, barulah link referral anda akan dipaparkan. Jelas? Faham?

1% sedikit? Ya memang sedikit. Tetapi saya tidak kisah pun. Modal RM100 untuk melayakkan saya untuk mendapatkan link referral Misi bagi saya sangat berbaloi. Orang suka lihat nilai 1% adalah kecil dan tidak berbaloi. Bagi saya pula, saya lihat pelaburan RM100 adalah berbaloi kerana income dari pendapatan pasif sebanyak 1% ini saya dapat seumur hidup ya iaitu selagi user yang mendaftar Misi melalui link tajaan saya selalu order makanan melalui app Misi. Anda rasa?

Link referral pendapatan pasif income dan komisen app Misi Rakyat
Link referral pendapatan pasif income dan komisen app Misi Rakyat

Jangan kecilkan skop anda dengan melihat nilai income komisen 1% itu. Tetapi nilai berdasarkan kalau anda berjaya menarik ramai orang untuk menggunakan aplikasi food delivery Misi Rakyat ini. Inilah plan jangka panjang yang anda perlu fikir dan lihat. Saya tidak mahu bercerita panjang. Lihat sahaja berapa user yang telah daftar bawah saya dan bagaimana income dari pendapatan pasif Misi ini dipaparkan. Menarik? Jika ya, jom daftar Misi sekarang melalui link di atas ini. BYE!!!.

link pasif Misi Rakyat link penajan Misi Rakyat link referral Misi Rakyat link tajaan Misi Rakyat
admin
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Related Posts

Cara Withdraw Duit Tiktok Shop

26/11/2023

Buat Duit Dengan Involve Asia

20/11/2023

Sistem Auto Trade Gold Malaysia

19/11/2023

Cara Guna Sistem MudahTrading.Com

11/11/2023

Robot Auto Trade Emas Malaysia

11/11/2023

Cara Buat Duit Dengan Tiktok (AFFILIATE)

23/10/2023
Add A Comment

Leave A Reply Cancel Reply

Don't Miss

Cara Withdraw Duit Tiktok Shop

26/11/2023

Ada orang tanya susah ke tidak untuk buat duit di Tiktok? Jawapannya adalah 100% mudah…

Ringkasan Apa Itu Bitcoin

21/11/2023

Buat Duit Dengan Involve Asia

20/11/2023

Sistem Auto Trade Gold Malaysia

19/11/2023
Stay In Touch
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram
  • WhatsApp
About Us
About Us

We're accepting new partnerships right now.

Email Us: moham29577@yahoo.com
Contact: +60174836797

New Comments
  • admin on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • A NAZERI on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • anas on Homestay Aqil Penang Luas Dan Selesa
  • Haikal on Kos Upah Tukang Paip Plumbing Mahal Atau Murah
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
© 2023 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Ad Blocker Enabled!
Ad Blocker Enabled!
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.