Salam kepada pembaca, sebelum saya bercerita mengenai topik kursus pra perkahwinan di Pulau Pinang ini, jika anda ingin membaca mengenai pendaftaran kursus kahwin, sila baca di sini – [ daftar kursus perkahwinan ]. Untuk pengetahuan anda, di Pulau Pinang (Penang) ini, kursus pra perkahwinan atau di sebut sebagai kursus kahwin ini tidak dijalankan oleh pihak swasta. Ianya dijalankan dan dikendalikan sendiri oleh pejabat agama Islam daerah masing masing. Jadi jangan hairan jika anda tidak jumpa mana mana kursus yang selain dari kendalian pejabat agama. Setiap negeri berbeza aturannya. Harap anda maklum berkenaan ini dahulu.
Kursus kahwin adalah salah satu prosedur yang wajib dilalui oleh pasangan yang ingin berkahwin. Dan selepas tamat dan selesai menghadiri kursus pra perkahwinan ini, barulah anda akan mendapat sijil kursus pra perkahwinan. Dengan adanya sijil inilah barulah anda boleh berkahwin. Ini adalah syarat yang ditetapkan oleh majlis agama Islam Malaysia. Anda kena maklum dan faham tentang ini dahulu.
Prosedur Dan Pengisian Kursus Kahwin Penang
Kenapa perlukan sijil kursus kahwin selain kerana termaktub dalam undang undang perkahwinan Malaysia? Ini kerana anda hanya boleh mendapatkan kadi iaitu juru nikah yang untuk menikahkan anda dengan adanya sijil kursus kahwin. Prosedur untuk mendapatkan tok kadi iaitu juru nikah adalah perlu mendapatkan borang perkahwinan yang siap diisi oleh pasangan bakal suami dan juga bakal isteri TERMASUK dilampirkan sijil kursus pra perkahwinan. Tanpa sijil tersebut, anda tidak akan dapat “booking” juru nikah. Jadi ianya sangat penting.
Proses kursus kahwin di Penang hanya dijalankan 2 hari sahaja. Di bawah ini saya kongsikan dengan anda akan prosedur, pengisian, perkara perkara dan persoalan yang anda ingin tahu sebenarnya apakah yang dijalankan dan dilakukan ketika kursus pra perkahwinan mengikut pengalaman saya iaitu;
- Kursus kahwin dijalankan selama 2 hari
- Hari pertama dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Hari kedua dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang
- Pakaian mesti kemas, formal, menutup aurat dan bersongkok
- Ada makan pagi pukul 10.30 pagi dan makan tengah hari pukul 1.00 – 2.00 petang termasuk sembahyang
- Topik hari pertama merangkumi Akidah, Ibadah, Akhlak, Kewangan, Pengurusan masa dan lain lain
- Topik hari kedua lebih kepada Kesihatan, Perkahwinan, Perceraian, Stress, Kaunseling dan lain lain
- Hari kedua selesai semua topik dibincangkan, ada sesi menjawab soalan A, B, C, D. Jangan risau, soalan tidak sesusah mana.
- Kedatangan adalah penting dan anda akan mendapat sijil kursus kahwin pada hari ke 2 sebelum balik
- Selesai
Apa pendapat saya berkenaan pengalaman saya ketika kursus kahwin di Pulau Pinang? Saya sendiri secara jujur berpendapat yang kursus pra perkahwinan ini memang patut dijalankan dan diwajibkan kepada semua calon samada bakal suami atau bakal isteri. Kita akan nampak apakah yang perlu kita lakukan iaitu tanggungjawab sebagai suami/isteri ketika di alam perkahwinan. Apa yang perlu kita lakukan ketika menghadapi masalah. Dan yang lebih penting kita akan nampak tujuan perkahwinan dari sudut Islam itu sendiri. Baru kita sedar akan tanggungjawab dan beberapa perkara lain yang kita kurang faham. Apa apa pun selamat menhadiri kursus kahwin.
1 Comment
Alhamdulilah setel. exam betul semua ka?