Sebenarnya langsung tidak rancang pun hendak makan secara shell out ini. Saja jalan jalan pusing pusing jauh sikit dengan kereta. Ingin ambil angin ronda ronda. Tetapi semasa jalan jalan pusing naik kereta ternampak kedai makan yang terpampang banner iklan besar iaitu SHELLOUT. Terus terfikir hendak cuba kerana kami masing masing belum pernah berkesempatan untuk menikmati sendiri apakah yang dikatakan shellout ini. Kami pun cuba.
Masuk ke dalam kedai kami terus pesan mahu cuba shell out. Pelayan menerangakn mereka ada lala, udang, ketam, sotong, kepah dan banyak lagi makanan laut (seafood) yang lain. Dan hidangan cara memasak pula kalau tidak silap ada 3 cara masakan. Kami memilih masakan berasaskan “pedas”. Makan hanya untuk 2 orang sahaja dan tidak sabar hendak melihat apakah bentuk dan rasanya.
Pertama Kali Ber – Shell Out
Apabila hidangan sampai, dari pandangan pertama kali, saya merasakan ianya nampak sedikit hambar. Kuah agak pucat dan nampak tidak meriah. Dan apabila sudah merasainya, rasanya pula kurang memuaskan. Kurang sedap, kurang rasa dan kurang fresh. Saya tidak katakan hidangan shell out ini tidak sedap, tetapi mungkin masakan di kedai ini yang kurang menjadi. Tetapi tidak mengapa, kerana ini adalah pengalaman pertama. Ianya bukan sesuatu yang teruk sangat.
Apa yang saya tulis ini hanyalah dari pandangan peribadi sahaja. Dari apa yang saya lalui ini, dapatlah saya fahami yang teknik makan secara shell out ini sebenarnya satu hidangan masakan yang berasaskan makanan laut (seafood) dan kita akan makan untuk buka cengkerang hidupan laut tersebut. Ada nasi di sediakan. Meja dilapis dengan helaian plastik dan kita makan di atas meja tersebut tanpa pinggan.
Bila tengok konsep makanan secara shell out ini, saya boleh ringkaskan ianya ibarat kaedah makan dalam budaya arab kita iaitu makan dalam dulang dan beramai ramai kongsi lauk yang sama. Cuma yang sedikit berbeza kita makan atas meja dan setiap orang dapat nasi masing masing. Itu sahaja. Bagi saya yang membuatkan shellout ini popular bukan kerana menu tetapi kerana konsep cara memakan. Itu sahaja. Insyaallah di lain masa saya ingin mencuba shell out di restoran kedai makan yang sedap yang dicadangkan rakan yang berpengalaman. Terbaikk